tips persedian untuk ke laut ll

 
b) Pengaturan masa yang baik / good timing
Ini adalah satu faktor alam atau musim yang jika kita bijak mengeksploitasinya trip kita insyaAllah memperolehi kejayaan berganda.
Contohnya jika ingin bermain jig di Pulau Berhala nenasi Pahang anda perlulah pergi seawal  Mac hingga ogos contohnya. Bulan selainnya barangkali anda akan diziarahi oleh angin monsun Timur Laut yang membawa pakej angin , gelombang besar dan hujan yang boleh menggetarkan kepala lutut waima pemancing tegar sekalipun.
Begitu juga dengan musim yang cantik. Musim mencandat sotong di Terengganu contohnya bermula April hingga Julai.Itupun bergantung kepada perubahan iklim global yang tidak menentu. Adalah sangat baik jika anda mempunyai kenalan tempatan yang mahir diperairan tersebut. Di Rompin spesis berparuh seperi Sailfish dan billfish lebih aktif bermula julai hingga oktober namun itupun amat bergantung kepada perubahan arus/cuaca  global.
Barangkali keadaan cuaca di barat semenanjung tidaklah terlalu menggusarkan kaki pancing kerana kebanyakan bot memancing di sana boleh keluar sepanjang tahun hanya bergantung pada musim dan spesis tangkapan sesuai.
Good timing juga boleh diambil kira musim cuti umum atau cuti persekolahan. Jika musim cuti sudah tentu anda boleh mengagak bot-bot yang juicy telah habis ditempah jika terlambat namun jika memilih hari bekerja barangkali korum yang best memancing akan ada yang ketinggalan akibat tuntutan kerja. Saya lebih seronok untuk bersama team members yang sudah sekepala sewaktu turun memancing. Ha ha macam-macam  perlu difikirkan untuk mendapatkan keseronokan memancing.
To be continue... jemohid

Persediaan sebelum ke Laut

Ramai kaki pancing terutamanya beginner kadang-kadang tangkap muat aturcara memancing mereka tanpa ada perancangan yang rapi. Hal sebegini barangkali disebabkan mereka sekadar ingin mengikut rakan sebaya berekreasi ataupun memang sudah menjadi habit seseorang atau sekumpulan itu sendiri.
Sayajuga pernah mengalami suasana yang sama seperti di atas. Semasa mula berjinak-jinak dengan hobi/sukan/cari makan dengan aktivitas yang menghanyirkan satu badan ini.

Hal sebegini jika diambil kira quality times atau quality trip amatlah berisiko sekali. Kerja on the spot atau semberono ini bukanlah kebiasaan jika dilihat kepada pemancing-pemancing pro samaada di dalam dan di luar negara.
Ada beberapa perkara atau tips yang perlu dipersiap-siagakan seandainya ingin memastikan sesuatu trip itu lancar dan di kira berjaya.

a) Fokus tangkapan /  focus of your catch
“Jika kail panjang sejengkal jangan laut hendak di duga” itu pepatah orang tua-tua yang menggambarkan ketidak-mampuan individu tertentu dalam menempuhi sesuatu cabaran tanpa ilmu atau persediaan yang rapi. Jika anda ingin mencari ikan layaran adakah patut anda hanya bersenjatakan rod 201b dan reel yang hanya sesuai bermain apollo kerisi? Maknanya di situ biarlah berpadanan dengan keadaan.
Begitu juga perlu difikirkan umpan yang sesuai untuk sesuatu tangkapan. Ramai yang memilih secara rambang dengan menggunakan umpan antarabangsa antaranya ikan kembung , Tamban , Selayang mahupun tongkol ataupun Sotong. Ini pilihan yang bijak namun jika ingin lebih baik sudah tentulah kita akan bersedia dengan umpan ikan hidup untuk memikat Tenggiri dan layaran, udang hidup untuk santapan si ebek mahupun ketam untuk si Bayan.
Pernah terjadi kepada kami sewaktu trip ke Pelantar minyak sedikit masa dahulu umpan hidup langsung tidak ada.Di ulangi Tidak ada. Kesilapannya adalah kerana kami menjangka tekong bot akan ke unjam untuk bermain apollo untuk mendapat hidup terlebih dahulu. Rupa-rupanya tekong tersebut sendiri tidak faham keperluan umpan hidup kerana baru beralih arah daripada nelayan tradisional yang menahan bubu kepada pemandu bot pancing ke laut dalam. Akibatnya kami hampir kumpau namun nasib baik diselamatkan oleh kepingan besi jig yang cuma beberapa keping. 

Akan bersambung...

Still looking for snakehead?


Lasty after several days stayed at home , there is a chance for me to go for casting. If thinking and arguing about cloudy's water i m sure that we should wait for another one month to do that.

This trip was only a 'santai' trip and never hope any catches! Nak lepas gian je!

My BCX6600 Abu and 20lbs protech rod is only my weapon. Several times casting from a river bank lastly make me 'kumpau' again. hi..hi..

Like people said...let weather take their part 1st and don't be stubborn!

Kegilaan pada jig!


Satu masa dahulu...
" Apa benda la depa ni dok asyik main henjut besi kat tengah laut? Boleh dapat ikan ke? Apasal tak pakai umpan?"


Sebulan yang lalu...di tengah laut oil rig
" Woi cepat woi...sapa-sape ada jig cepat turun , ikan dok gila menggasak jig ni!"


Hari ini...
" Ha ha ha nanti aku nak beli besi keping ni banyak-banyak , buat stok!"

Menunggu rintik terakhir

Musim tengkujuh datang lagi. Musim yangmane joran walau beribu sekalipun tetap terperosok di rak berdirinya atau lebih teruk di penuhi sawang. Bagi kami di pantai timur semenanjung sekaranglah masanya untuk membuat post mortem aktiviti pancingan sepanjang tahun.

Mana tidaknya , bangun pagi ujan , petang ujan malam pun ujan memanjang. Aktiviti yang paling baik ialah memukat atau menjala disungai yang kian membuncit naik menunggu bah! Kekadang ada jugak merasa spesis Tembakang sebesar pinggan atau Baung sekilo dua. Paling tidak ikan Terbul dan lampam pun sedap di masak tempoyak atau di goreng garing.

Namun jika sudah hakikinya suka memancing...pancing jugalah yang melekat di hati...

sabarlah bro.... biarlah ujan berlalu dulu...

Pencabar cilik!

Percaya atau tidak jika saya katakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menewaskan Sebarau brutal seberat 2kg? Tapi itulah hakikatnya yang berlaku dua hari yang lalu.

Lokasinya hanya di bawah jambatan di bawah jalanraya menghala ke perkampungan Bukit Ibam. Sememangnya lokasi tersebut menjadi tempat persinggahan para caster di wilayah ini. Boleh di katakan kesemua kaki casting pernah singgah di sini dan mencuba nasib. Ada yang berjaya menaikkan hasil dan ada juga yang kumpau berpanjangan.

Ekosistemnya yang berbatu-batan membentuk struktur seakan air terjun yang amat berpotensi menjadi tempat Sebarau menghendap mangsa. Terdapat juga jayu-kayan yang bersimpang-siur di pertengahan iar yang menambahkan lagi debar kaki casting.

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu diberikan sebatang rod dan gewang shad rap oleh bapanya yang juga turut bersamanya. Berdasarkan cerita Sha Ibam di sebelah paginya si bapa telah berjaya menaikkan spesis yang sama dengan anggaran hampir sekilogram. Trip ulangan mereka di sebelah petang akhirnya membuatkan si cilik berdebar hebat di rembat sang Sebarau yang tidak tahu ia sebenarnya bergelut dengan seorang kanak-kanak seusia 5 tahun..hu..hu..Kesian sebarau tu.

Bukan ramai kanak-kanak baya ini yang berpeluang merasa karan bervoltan tinggi sebegini!! Barangkali selepas ini beliau pasti melekat bersama bapanya ke lokasi-lokasi pancing.

Tahniah buat si cilik!

Orang kecik dapat lesen besar!

Jom kita Raya!

Pejam celik sekejap rasa maka sampailah kita kepada perayaan yang begitu besar ertinya dalam Islam. Pengorbanan yang dituntut oleh Islam wajar di hayati oleh sekalian kaki pancing.

Berapa ramaikah dari kalangan kita sanggup berkorban wang ringgit untuk yang telah digazetkan untuk trip ke laut kepada perjuangan Islam? anak-anak yatim , saudara Islam di merata dunia yang di timpa musibah?

Begitu juga dengan masa memancing yang kita habiskan sepanjang hari malah berhari-hari kekadangnya dengan `berkorban' untuk ke kuliah atau ceramah agama di surau-surau sebagai memenuhi tuntutan sebagai muslim? Sedang menuntut ilmu agama itu sesuatu yang telah difardhukan. Imbang-imbangkanlah keperluan rekreasi dan cari makan kita di dunia dengan bekalan kita di akhirat kelak. Moga kita pemancing tegar yang diberkati Allah.

" Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran. Dan mereka berpesan dengan kesabaran" ...........Wal-asr.

Jemohid seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha buat sekalian rakan-rakan pancing.

Memikat Toman Sungai Meranti

Sungai Meranti di Astajam Rompin. Kelihatan di atasnya empangan untuk tujuan pertanian.




Toman 3.5 kg.



Dengan jentera ringan menjadikan perlawanan yang adil



Man JCB dengan Toman 3 kg



Yang ini kecik sikit...sekilo lebih jer..!



Akibat cuaca yang membadai di laut saya bersama kengkawan lebih banyak menghabiskan masa di sungai dan paya berbanding ke kuala akhir-akhir ini.

Tempat sebegini walaupun di pandang sepi oleh kebanyakan kaki pancing tegar namun kefeelingannya boleh mengubat rindu kepada jenahak dan Ebek yang sedangseronok memadu kasih semasa musim kucah ini. Baik Toman , haruan mahupun Sebarau semuanya boleh dicasting dengan mudah jika kena lokasinya.

Berbekalkan joran aksi ringan dan gewang ekonomi sudah cukup untuk mendatangkan kepuasan kepada kaki casting!

Jenguk-jenguk!

Setelah kian lama menghilang akibat kesibukan sebagai seorang manusia baru inilah saya berpeluang meninjau kembali medan wacana saya yang kian bersawang ini. Maklumlah sejak balik dari Pelantar minyak itu hari tak sempat nak berblogging akibat tuntutan kerja.

Awal oktober yang lalu kami dari Muadzam Anglers team sempat bertandang ke laut dalam untuk merasai pengalaman pertama memancing di pelantar minyak. Bukan apa dengar cerita dan baca majalah sahaja tidak cukup untuk memberi kepuasan kepada aura memancing yang mencanak-canak.

Banyak jugaklah pengalaman yang berguna diperolehi sepanjang trip 4 hari 3 malam tersebut. Di badai ribut selama 3 malam seakan menjadi pemangkin untuk bergelar pemancing tegar. Apapun makluman lanjut barangkali boleh sahabat tatapi di majalah berkaitan pancing sedikit masa lagi. Itupun kalu ada rezeki..ha..ha.

Sekembali dari laut hampir 3 minggu saya tidak mengendong joran. Berehat betul!. Baru minggu inilah saya kembali memakai jersi pemancing tegar dan mencari lubuk.

Semalam saya bersama Man JCB menduga sebuah sungai berpaya di sekitar lombong lama berhampiran Bukit Ibam. Meriah bro! dengan letupan demi letupan Haruan menghentam katak rambai sampai ralit hingga ke petang kami di sana.

Man yang mula ketagih casting mula berkira-kira memenuhkan kotak pancingnya dengan pelbagai jenis gewang yang dirasakan bakal menjadi idaman sebarau, haruan dan Toman. Dah kena karan haruan dan sebarau bukan senang nak hilang bro! Lebih-lebih lagi jika menggunakan set aksi ringan yang menjadikan pertarungan lebih adil dan mendebarkan.

chow!!!

p/s : Gemuk dan rakan-rakan sedang mengikuti seminar Rapala di sebuah IPT di Kuantan hari ini. Saya?...kena kerja lah pulak!! hu..hu..

Sebarau , Haruan dan Toman berkongsi lubuk di lokasi ini. Tempatnya amat cantik tapi sayang belum habis dijelajahi oleh team kami.



Gambar ini saya `snap' di sebuah kedai memborong ikan. Masih ramai yang menjadikan Toman sebagai menu utama dengan RM 7 Sekilogram. Lama-lama nanti pupus kot?



Haruan bujang ini sempat bergambar dengan saya.



Gewang Katak berpropeller.Ada yang panggil katak rambai, ada yang panggil katak rambutan.Suka hati la..yang penting warna terang sebegini amat dirindui oleh spesis snakehead ini.



Man JCB , aksyen dengan haruannya..hi.hi.


Our long journey in 'off-shore trip'


Mesorat akhir sehari sebelum perjalanan bermula.



Jam 10 pagi ini semua barang sudah siap di pack di dalam kenderaan



Singgah di Kuantan untuk ambil rod holder yang di tempah dari Atan Jaip



Berehat sebentar di resort Kemasik. Sempat jugak Gemuk intai FB kejap!



Pantai Kemasik...Sayang tak bawa rod for casting!

Beraya di Kampung

Jumpa saudara-mara dan kengkawan
Alhamdulilah saya telah selamat kembali semula ke Muadzam setelah pulang beraya di kampung. Setelah hampir setahun tidak ketemu sanak-saudara pertemuan mesra di Eidulfitri ini ialah satu saat yang amat bermakna dan disyukuri.
Berborak santai serta bertukar-tukar cerita sambil pekena Lemang dan Rendang membuatkan saya terlupa seketika pada rod & reel dalam bonet kereta yang sudah lama tidak ke air. Di kampung pun sudah kekurangan spot yang baik untuk agenda casting apatah lagi kamping saya agak jauh dari sungai Tembeling jadi ruang ini hanya saya isi dengan berziarah kaum-keluarga seadanya.

Jalanraya di negara kita
Pada pemerhatian saya yang memandu dari Muadzam ke Jerantut keadaan jalan raya pada hari sebelum raya agak sibuk. Sewaktu pulang ke kampung saya mengambil jalan Bera-Temerloh! Kononnya mahu cepat dan mengelakkan ‘jammed’. Jalan memang lengang tapi jalannya amat mendukacitakan. Lubang dan lopak di sana sini sehingga tayar di dihentam dengan teruk di beberapa lokasi. Kekadang tidak ada ruang untuk mengelakkannya melainkan memilih lubang yang lebih cetek dan tergamak untuk diterjah. Sadis!! Bukankah ada pihak yang sepatutnya menjaga kualiti jalanraya di negara kita???

Begitu juga jalan dari Maran-Jengka-Jerantut. Lubang di sana-sini seolah tidak ada penyelenggaraan akibat kerosakan yang dibuat oleh lori sawit dan lori balak. Apa agaknya kata pelancong luar yang ingin bertandang ke Taman Negara ya?

Malang di Jalanraya
Kemalangan? Sesuatu yang seakan sudah tidak boleh dielakkan di musim perayaan. Persoalannya siapa yang kena dan bila! Berjumpa jugak saya dua , tiga kemalangan yang tidak berapa serius tapi sekadar meneyeriuskan muka pemilik kereta tersebut apabila membayar bil membaiki!
Siapa yang harus dipersalahkan , Keadaan jalanraya atau sikap pemandu itu sendiri?...lu pikir lah sendiri kata Nabil!

Gulai Rong ikan Keli
Ini lah salah satu idaman apabila pulang ke kampung. Kalau tidak pekena gulai Rong jika pulang ke Jerantut macam tidak kena jadiknya. Gulai lemak cili api ayam kampungpun tidak setanding dengannya..ha..ha. Seakan ada nilai sentimental apabila menikmatinya. Maklumlah hanya jauhari yang mengenal manikam kan? Bagi orang lain satu kepelikkan makan asam biji Getah/Perah tapi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Jerantut. Memang syok bro!!

Casting , popping , jigging and bottom?
Memang cadangnya nak turun dua , tiga hari ni sebelum agenda besar kami pada 2 oktober nanti. Sekurang-kurang sessi pemanas badan sebelum ke Pelantar Minyak! Nanti la bila ada cukup korum yang masih belum balik beraya dari kampung kami akan pergi.
Ok bro! Chow! Akhi jemohid 3 syawal 1431H.


Selamat Hari Raya Eidulfitri

Sedar tak sedar Ramadhan pantas berlalu meninggalkan kita. Tarbiyyah sebulan seharusnya meninggalkan kesan yang positif dalam jiwa dan gerak-laku kita. Semoga kita menjadi golongan pemancing yang bertakwa!

Perginya Ramadhan disambut pula dengan ketibaan hari besar "Hari Raya" yang dihadiahkan Allah kepada hambanya yang telah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya hamba yang taat dan tidak pernah mempertikaikan perintahNya.

Jadi dikesempatan yang mulia ini sukalah saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pengunjung blog saya saya dan semua rakan anglers! Maap la Bro kalau sepanjang saya menulis ini ada tersilap fakta dan ke'konfius'an!..hi.hi.

Bagi kita yang kebanyakannya sudah menjadi bapak budak penuhilah tuntutan Raya ini dengan apa yang telah disyariatkan Islam. Berhibur dan bergembira tidak salah asal tidak melaghokan apatah lagi menyimpang dari apa yang dianjurkan Islam. Ingat Bro..hidup cuma sementara!

Bagi yang bercadang untuk memandu pulang atau berziarah sanak-saudara berhati-hatilah memandu di jalanraya. Peningkatan kadar kemalangan mutakhir ini adalah amat membimbangkan. Janganlah ada kegopohan di kalangan kaki pancing semasa memandu walhal kitalah manusia yang paling sabar menunggu ikan meragut umpan.

Saya...cam biasa la balik kampung tahun ni kut!! Balik Jerantut tempat kelahiran dan menziarahi pusara ayah-bonda satu kelaziman.Setahun sekali berkumpul seisi keluarga betul-betul membahagiakan.Berbagai ragam dan cerita ditambah pula dengan keriuhan anak-anak sepatutnya menjadi tempat untuk kita merapatkan silaturrahim sesama kaum keluarga yang telah sekian lama terpisah...Tapi dalam pada itu sempat jugak recce lubuk-lubuk pancing baru di kampung..hi..hi.

Once again...
Selamat Hari Raya Eidulftri

Maaf , Zahir dan Batin.

Balik Kampung bro!!


Akhi jemohid
29 Ramadhan 1431H

Mission Failed!

Ha..ha..Semalam dengan Pok Su bukan main lagi kami pagi-pagi lagi bertolak ke Nenasi. Lepas Subuh terus je standby kat umah tunggu Pok Su datang ambil. Kononnya nak casting MJ ( bukan Mak Janda ya..) kat sana.

Bertolak dari umah cuaca ok jer tapi sebaik sahaja memasuki simpang Merchong hujan turun renyai-renyai sampai ke Nenasi bukan lagi renyai-renyai tapi boleh banjir dibuatnya. Peluang keemasan itu saya gunakan sebaik mungkin untuk terus tidur!!..ha..ha. Pok Su terus driving sampai ke spot memancing.

Hujan tidak ada tanda-tanda ingin berhenti sehingga pukul 8 pagi dan kami macam anak burung duduk dalam kereta di tepi spot yang juicy! Air sungai makin keruh dengan kelodak dan lumpur. Akhirnya kedua-dua kami lena diulit hujan!

Pukul 9 lebih agaknya baru saya terjaga. Rupanya Pok Su sudah menghunuskan senjatanya di tepi sungai. Saya yang masih mamai segera mencapai set casting dan turut serta. Cuaca dah cukup cantik tapi air sungai melampau keruhnya.Itulah hasil dari penebangan hutan yang melampau di hulu sungai.

Satu masalah lagi jaring telah berselirat merentang sungai.! Ayo!! sejak tempat ini meletup dengan ratusan Siakap tewas di tangan kaki pancing ada pula yang mengambil kesempatan mudah dengan menagang jaring betul-betul merentang sungai dari seberang ke seberang! Bukan satu atau dua tapi amat banyak. Apabila air surut maksimum akan kelihatan jaring mereka merentang bagai pesta di aras air surut! Serba-salah dibuatnya bila kena kes begini. Patutla mereka tagang jaring ditengah aliran sungai kerana ingin mengelakkan jaring mereka dipenuhi sampah dan kayu hanyut!! Haru rasanya.

Tapi kumpau itu tidak membantutkan hasrat kami utnuk ke Pelan B. Casting Haruan pulak. Lokasinya satu kawasan ladang sawit di Rompin. Cuaca telah mula panas terik ketika kami sampai ke sana. Agenda casting diteruskan walaupun ikan lebih banyak bersembunyi diri di lubuk dalam. Panas agaknya. Hanya sekali set BC saya direntap oleh si Juvana namun tidak lekat. Begitulah hingga ke waktu Asar dan kami dah penat untuk mencari lubuk lain.

Pelan C pun bermula...Gi bazaar Ramadhan daaa....Shopping juadah untuk berbuka.

Trip yang tidak dirancang rapi sebegini selalunya menemui ke`kumpau'an (istilah angler siap dengan imbuhan tu..)Tapi tak semestinya setiap trip perlu dirancang terlalu rapi...tidak adventure la pulak! Ada masanya trip santai on the spotpun membuahkan hasil yang amat membuahkan. Pokok pangkalnya skil dan rezeki daa...

"Kumpau hari ini tidak semestinya kumpau lagi esok!"

Mancing-mancing jugak pose jangan tinggal bro!!

Rezeki Ramadhan

Dah jadi kaki pancing tegar ni kekadang naluri unutk memancing datang tidak kira masa. Cuma menjelang Ramadhan ini jadual memancing terpaksa dikurang dan dipendekkan untuk memenuhi pengisian di bulan yang penuh keberkatan ini.

Rugi bro kalau tak ambil kesempatan untuk menghayatinya.Sewaktu bertemu kengkawan selepas terawih di kedai Sahabat Seafood muadzam pada malam minggu yang lalu sempat jugak kami pakat-pakat untuk turun ke Kuala Rompin untuk pancingan santai sempena Ramadhan. Sehari sebelumnya Pok Su dan Ustaz Joe kenduri ikan dengan pelbagai spesis di situ. Antaranya jenahaj , kerapu dan Siakap!

Berpakatlah kami untuk mengulangi kejayaan tersebut dan terpaksalah Gemuk mengkenselkan kerja di hari minggunya. Dengan enjin berkuasa 2hp dan bot fiber 14kaki cukuplah untuk kami menggempur port di seluruh kuala pada hari tersebut.

Cuaca yang agak panas membuatkan kami tidak begitu teruja untuk memancing pada hari tersebut. Maklumlah puasa ni macam-macam ujiannya hi..hi.Kami mendapatkan udang hidup daripada seorang penjual umpan dengan harga seringgit untuk 3 ekor. Jarang boleh jumpa sekarang orang jual umpan semurah ini. Berbekalkan 90 ekor udang hidup , sedikit udang pasar dan 3 ekor sotong kami gagahkan juga untuk turun ke laut.

Gemuk yang paling ekstrim dalam membawa peralatan pada hari tersebut. Dengan joran Shikari di padankan dengan Brazinno bukanlah lawan untuk memancing spesis `anak’ di kuala.” Lama tak guna..” katanya. Itu belum lagi dengan reel Shimano dan rod xzoganya...hantam sajalah Gemuk! Sementara saya hanya membawa kekili banax dan joran abu tournemant serta BC bluemax dan joran pro tech 25paun. Pok su pun berbekal dengan BC Daiwa/protech yang semalamnya telah berjaya menaikkan siakap 5 kg.

Alhamdulillah walaupun kami turun sudah agak lewat tapi berjaya juga kami mendaratkan beberapa ekor jenahak , tetanda , kuku dan ikan sebelah. Tidak ramai pemancing yang turun pada hari tersebut barangkali kerana cuaca yang agak terik. Hanya ada dua tiga buah bot pemancing tempatan yang bersama kami mencuba nasib.

Tangkapan walaupun sedikit tapi lebih dari memuaskan untuk pancingan di kuala. Sempat jugak pada malam tersebut pekena sweet-sour dengan hasil pancingan seharian...Perrggh!

Menilai keadaan...


Sabar menanti



Brazinno vs ikan sebelah



Kerapu yang selamat di sweet-sourkan



Saiz sebegini paling banyak



Jeti Kg Pantai Bernas , Kuala Rompin

Siakap Kuala Rompin


Siapa sangka Kuala Sungai Rompin yang kebiasaannya menjadi laluan bot nelayan keluar ke laut mempunyai spesis siakap yang bagak-bagak!

Buktinya Pok Su Din yang lebih dikenali sebagai forumer Anoklicoh diDNA forum telah berjaya menaikkan spesis berkenaan yang hampir mencecah 6kg! Besar tu bro! Saya yang tidak berkesempatan mengikuti trip pada hari tersebut terpegun dengan tangkapan yang hebat ini. Menurut Pok Su beliau hanya menggunakan BC dan perambut 20paun untuk menewaskan raja muara itu.

Sudahlah perambut kecil tali sulamnya pula pendek , terpaksalah sauh di naikkan untuk melayan asakan MJ tersebut. Akhirnya berjaya jugak ianya di naikkan. Tahniah Pok su.

Aku , pancing dan laut!


Jenuh dan hamun rasanya jika tidak ada aktiviti memancing. Sejak Ramadhan ini baru sekali pergi casting haruan. Itupun dari jam 6 ke 7 petang sahaja sementara menunggu berbuka. Dapat jugaklah rasa karan walaupun tak merasa bergambar.

Ini tak boleh jadi , esok kena cari port yang baik untuk melabuhkan pancing. Kalau boleh ke Kuala lagi Syok! Main jenahak , kerapu dan Siakap!


Buat la Kelab bro!

Tak sangka rupanya ramai kaki pancing di bumi Malaysia ini. Menurut kajian hampir 7% rakyat Malaysia berminat atau menyertai aktiviti pancing. Itu sudah ramai bro!! Tapi mengapa tidak banyak kelab-kelab ekslusif atau kecil-kecilan yang kita ketahui?

Sambil pekena moreh lepas terawih hinggap jugak persoalan ini di kepala saya. Di kalangan sahabat handai kita sudah tentulah ramai kaki pancing yang pantang bertemu aje terus tanya perkembangan trip terbaru. Paling tidak bertukar-tukar cerita kumpau masing-masing sambil berpakat bersekali turun ke laut atau paya.

Hmm...bukankah mudah di kelompok kecil ini ada satu pengurusan dan perancangan yang baik!? Ahlinya bukan orang lain tapi sahabat sekepala yang sudah kenal hati-budi masing-masing. Jadi sekaranglah perlunya kita membuat anjakan paradigma. Anjakan dalam cara mengurus sesuatu trip atau event supaya lebih licin dan tersusun. Buat lah kelab.

Walaupun barangkali diperingkat awal ini hanya ada 5 atau 6 orang anglers namun itu permulaan yang cukup baik. Maknanya kita ingin menjadikan hobi memancing ini sesuatu yang lebih bermakna dan mendatangkan manfaat kepada kita. Selain merapatkan ikatan persahabatan dapat juga bertukar-tukar kemahiran antara satu sama lain.

Dengan berpersatuan macam-macam hal dapat di mudahkan. Baik dari segi perancangan awal trip , perjalanan aktiviti , perkongsian tugasan , pencarian maklumat dan yang penting penjimatan kos yang amat ketara sudah tentu dapat di rasakan. Kutiplah yuran RM10 sebulan katakan daripada 10 orang ahli kelab...Setahun kita sudah RM1200/= Itu sudah lebih dari cukup untuk trip dua hari satu malam ke laut di sebelah Rompin dan kepulauan Tioman!

Maklumlah sambil-sambil casting Haruan dan Sebarau setiap minggu sekali-sekala kenalah pergi jauh sikit ke laut bro!

Hi..hi..Adios!!



SELAMAT BERPUASA ALL ANGLERS!

Ramadhan datang lagi...bulan yang dinanti oleh sekalian hambaNYa yang soleh. Allahhuakbar! Allahuakbar!Allahuakbar!

Besarnya kekuasaan Allah yang mengatur perjalanan sekalian makhluknya. Besar juga rahmat Allah yang memberi kesempatan kepada kita yang dapat ketemu dengan Ramadhan 1431H ini.

Terasa benar usia ini kian meningkat dan memendekkan baki umur yang ada. Bilakah lagi masanya untuk kita meningkatkan amalan yang ada jika tidak sebulan yang melebihi keberkatan seribu bulan ini.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada rakan-rakan anglers di Malaysia , Singapore , Brunei , Indonesia dan serata dunia. Rebutlah peluang untuk mengerjakan solat-solat sunat yang diberi ganjaran seperti solat fardhu dan janganlah ketinggalan untuk mengikuti setiap majlis ilmu/tazkirah yang dianjurkan dimasjid dan surau. Semoga kita beroleh kemantapan akidah dan rahmat dariNya.

...akhi jemohid 10.18 malam 1 Ramadhan

Gambar-gambar RPBIC 2010

RPBIC berakhir sudah. Masing-masing sudah tahu apa kesudahannya. Ada yang tersenyum leret dengan kemenangan dan ada juga yang ralat di hati akibat kekalahan. Itu sudah adat pertandingan bro!!! Relakslah hi..hi.

As one of the marshall saya secara amnya berpuashati dengan pengurusan dan perjalanan international event ini terutamanya dengan kecekapan Persatuan Memancing Malaysia (PEMM) mengendalikannya. Tahniah RG, James , Janet dan the others , specially the marshall’s which working hard and professional to make this compete succesfully!

Bagi kengkawan yang ingin mencuba nasib di Rompin kita jumpa tahun depan InsyaAllah! Mana tahu kut-kut hadiah yang yang bakal ditawarkan lebih lumayan sepadanlah dengan status internasionalnya...

Ni saya paparkan antara aksi selama dua hari tersebut :

Marshall...sessi taklimat dan mengisi borang insuran


Penaja menyumbangkan pelbagai barangan keperluan marshall


Buku log , sticker , bendera dan makanan


Sambil menunggu bot peserta...sembang-sembang dulu


Setahun sekali Kuala Rompin beroleh kemeriahan sebegini...


Tekong menaikkan Sailfish ke bot


Hook up by participants...pompuan tu bro!


Siapa kata tangan yang menghayun buaian tidak boleh menghayun layaran?



Ini buktinya...




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |