Tempoh bertenang

Pejam celik tengkujuh dan angin monsun menjenguk lagi. Masa begini jangankan pemancing tegar malah otai tekong pun takut nak ke laut. Jangan cakap handal la kalau main dengan sesuatu yang di luar pengetahuan kita dan hukum alam(ilahi sebenarnya)

Trip yang terbaru dari Penyabung , Rompin dan Kuala Merchung pun dengar khabarnya sudah tidak serancak dulu lagi. Para pengusaha bot dah mula membawa naik bot ke darat untuk selenggara dan cuti panjang tanpa gaji. Alun gelombang yang mencecah 15-20 kaki bukanlah kecil anak untuk dipermainkan.Silap gaya nyawa jadi taruhan. Itulah lumrah terutamanya disebelah Pantai Timur Semenanjung. Sabah dan Sarawak juga rasanya tidak terlepas dari kalendar alam ini.
Nak main ke Paya dan sungai lain pula masalahnya. Hujan memanjang dan air keruh satu hal. Cuma ada sesetengah port sahaja yang sesuai untuk bermain sebarau lepas hujan.

Dah tu ke mana kita musim hujan ni? Inilah masanya untuk menggantung Joran dan menservis alatan pancing yang berselerak di dalam stor! Jangan lupa selongkar juga Jala dan Pukat yang lama kut-kut ada. Boleh juga menjerat Terbul , Lampam dan Tembakang sewaktu aras sungai naik ini.


Think like a fish!!!


Adakah ikan tahu yang kita sedang cuba menipunya??? By lure or gewang!

Lagi gambar sekitar RPBIC

Add 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |