Terkesankah kita?

Hari ini cadangnya nak pergi casting lagi di spot baru. Walaupun letih semalam belum hilang tapi aura pancing tetap memanggil-manggil supaya membaling gewang.

Sambil bekerja sudah membayangkan adegan tarik-menarik. Tup! Tup! Jam 1 tengahari satu sms dari seorang sahabat masuk ke telefon bimbit saya..” Konvoi Freedom Flotilla ke Gaza dilaporkan telah diserang oleh komando tentera Israel.Seramai 10 orang telah disahkan terkorban, kapal Mavi Marmara telah ditawan dan dibawa ketempat yang tidak diketahui.”

Adus!! Dalam hati saya...sebagai seorang Islam dan manusiawi sangat tersentuh saya dengan situasi ini. Bantuan untuk mereka yang dizalimipun dihalang apakah yang akan jadi seterusnya pada rakyat Palestin?

Persolan itu sering memantul dalam kepala saya sewaktu membaling pancing dan gewang ke air kebelakangan ini. Maknanya jangan memancing sahaja tapi berfikir jugalah perkara-perkara yang lain. Betapa senangnya kita di sini saban hari boleh keluar ke mana sahaja dan berbelanja puluhan ringgit sehari untuk melampiaskan hobi memancing. Apakah yang telah dan boleh kita bantu untuk rakyat Palestin? Sesungguhnya persoalan ini kadang-kadang menyenakkan fikiran.

Muhasabah

“Apakah tersusun dalam doaku selepas solat untuk keselamatan dan kedamaian di Palestin?(Adus!! Jarang-jarang sahaja...sering terlupa) Berapa ringgitkah aku hulurkan sumbangan untuk meringankan beban saudara kita di sana? ( Allahuakbar! ) Takkan aku berhabis puluhan ringgit untuk satu-satu trip ke laut tapi hanya melaburkan seringgit dua sebagai ‘saham’ di akhirat kelak? “...kadang-kadang terfikir sendiri...zalimnya saya pada diri saya sendiri!

Untuk menghormati situasi tegang berhampiran perairan Gaza pada hari ini saya membatalkan sahaja trip pada hari ini untuk mengambil masa bermuhasabah diri...!

Casting Haruan di Juasa



Bandang..ni time for rest!! keep hustle bro!



Pak Su teruja dengan Bujuk yang cantik.." Letak dalam aqurium umah kawe comel gak ni hi..hi.."

Siapa boleh tahan kalau melihat spot begini...meletup-letup anak haruan menghentam gewang


Antara Haruan yang tewas...



Anak Toman mengentam 'janggut' Pak Su...

Ahli baru dalam set pancing jemohid


hi..hi..

Berita dari laut

"Amacam"?..tanya saya kepada Pak Su dan Gemuk sebaik sahaja saya bertemu dengan mereka sewaktu pekena nescafe ais sehari selepas mereka dan kengkawan kembali dari pelantar minyak. Maklumlah saya belum pernah sampai ke mana-mana pelantar minyak pun semenjak bergelar angler. Kalau ke pelantar jeti kuala tu biasalah..hi..hi.

" Ada tapi amat kurang! " jawabnya. Menurutnya lagi trip yang lebih banyak bermain bottom ini kurang menjadi jika dibandingkan dengan trip yang terdahulu. Walaupun menggunakan khidmat tekong yang sama membawa team sebelumnya yang berkenduri GT , Talang dan Ebek ternyata nasib tidak menyebelahi mereka. Tapi trip tersebut main JIGGING semata-mata! Tidak seperti trip Pak Su ini yang hanya bergantung harap dengan umpan sotong pasar dan cuma beberapa ekor anak kembung hidup.

Apakah ikan-ikan besar memang gemar membelasah besi jig berbanding umpan hidup? Ramai otai menjawab 'ya'. Terutamanya mereka yang telah lali bertegang urat dengan bapak GT!

Fuhhh!!! Jigging? Satu teknik yang saya kurang mahir yang pasti saya akan praktikkan selepas ini setiap kali berpeluang ke laut.

Selama ini asyik membottom dan casting sekali-sekala. Popper dan jig masih jauh dalam silibus pembelajaran saya..ha..ha..

Memancing : Sukan , Hobi atau Sumber rezeki?

Sudah lama sebenarnya saya ingin memperkatakan tentang perkara ini. Cuma keterbatasan waktu mengekang untuk saya membicarakannya.

Memancing sebagai hobi
- Memang di sinilah segalanya bermula. Barangkali sejak dari kecil bersama kawan-kawan ke parit atau paya sambil berbekalkan batang bertam menghabiskan masa seharian. Walaupun dapat anak puyu tetap di bawa pulang ke rumah dengan senyum menyeringai..hi..hi.. Bagi saya begitulah hobi ini melekat dalam diri. Kadang -kadang mengikut arwah mak dengan mengelek joran bertam dan mata pancing no 13 ( entah apa jenama waktu itu ) meredah hutan rimba mencari lubuk pancing.

Jangan pertikaikan wanita kampung dulu-dulu daripada segi kemahiran mereka dan stamina mereka dalam hal ini. Barangkali tidak ramai di kalangan kita yang mampu bersaing dengan mereka dalam hal ini.

ikan potok , puyu , haruan , sengirin , lais dan baung begitu mudah didapati. Dah hasil memancing seharian kekadang boleh dijadikan hidangan selama dua atau tiga hari...itu dulu.hi..hi..

As a hobby kebanyakan kita pada hari ini berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk melengkapkan set pancing semata-mata untuk kepuasan maksima. Gunanya sesekali apabila ada kelapangan dan hasilnya tidak lah sebegitu diharapkan asal dapat melepaskan gian memancing. Ada yang mengambil sekadar seekor dua ikan untuk di bawa pulang malah ada yang sekadar suka-suka dan mengamalkan catch and release sepenuhnya.

Saya tidak termasuk dalam kategori ini sepenuhnya walaupun bermula sebagai hobi..hi..hi.

Memancing sebagai sukan
- Ada yang menjadikan bidang pancing sebagai sukan. Macam mana tu? Macam bolasepak dan golf? Saya memang kurang arif menafsirnya.

Barangkali kategori ini bagi mereka yang berduit dan tidak mengharapkan hasil yang di pancing sebaliknya mengharapkan kepuasan dan dapat berekreasi bersama keluarga dan teman-teman.

Memancingpun sekadar suka-suka dan tidak bermotifkan keuntungan. Mungkin sekali-sekala diadakan pertandingan sesama anglers untuk mencari kemeriahan.

Memancing sebagai sumber rezeki dan cari makan
- Bagi para nelayan inilah sumber rezeki dan periuk nasi mereka. Selain memukat dan membubu pancing juga menjadi cara penting untuk mendapatkan hasil. Apatah lagi nilai komersial ikan yang di pancing lebih mahal jika dibandingkan dengan ikan pukat atau bubu.

Kadang-kadang saya juga masuk kategori ini.Hi.hi.. setelah berpuluh ringgit ( trip dekat le tu ) di laburkan pada satu-satu trip sudah tentu mengharapkan hasil yang maksima agar balik modal dan pada masa yang sama beroleh kepuasan.

Kasihan juga bagi mereka yang bergantung hidup dengan memancing semata-mata. Jika kuncah di laut atau banjir di darat maka terjejaslah pendapatan mereka. Apatah lagi dalam keadaan ikan di laut yang seakan semakin kurang(?) seakan tidak sempat ,membiak..hi..hi..

Itulah realiti kehidupan.

Aksi yang di tunggu


aksi Pak su dengan jentera harapannya di pelantar minyak



Berdasarkan maklumat semasa rombongan trip ke Pelantar minyak sedang bergasak dengan si bagak di pelantar minyak terengganu..hi..hii

Sayonara...

Hari ini 15 mei para sahabat dari Muadzam ramai yang turun ke laut memancing. Trip paling jauh ialah ke pelantar minyak!. Pak Su, Gemuk , Mi ayam dan tujuh orang lagi kaki pancing tegar telah bertolak ke Terengganu sejak semalam lagi.

Menurut cerita Gemuk mereka akan keluar ke laut hari ini dan balik semula ke daratan hari rabu. Fuh!!!!! Itu sudah hebat dan menarik. Melihatkan peralatan yang di bawa oleh Pak Su dan Gemuk semalam dengan set joran 70-80 paun dan Kekili Multiplier Shimano Tiagra sebesar bolasepak membawa mesej mereka tidak bermain-main kali ini.

Gemuk sahaja berbelanja ribuan ringgit untuk melengkapkan set peralatan pancingnya agar tidak tewas di tengah jalan. Popper dan jig sudahpun tersusun kemas di kotak pancing untuk dipersembahkan kepada si bagak di pelantar sana.

Setakat ke pelantar minyak bukanlah perkara baru bagi mereka. Setelah berpuluh trip ke sana trip ini hanyalah sebagai pemanas badan untuk musim yang baru.

Apapun bersama iringan doa kami ucapkan semoga selamat pergi dan kembali...Adiosss!!!

Casting Haruan jer yob!

Akibat cuaca panas yang agak terik sekarang dan keadaan angin laut yang masih tidak menentu ramai kaki pancing segan untuk ke laut atau mandi cahaya di bawah terik mentari sambil memancing bottom. Plan B nya casting!
Laksana perang gerila ambush dan lari..ha...ha...begitu la gayanya kalu mencari spot yang mengena. Baru-baru ini saya bersama Pak Su Din merayau ke Muadzam ke Bukit Ibam mencari port melepas gian melayan si haruan. Cari punya cari , dari satu paya ke satu paya akhirnya kami sampai ke paya berhampiran PLKN. Walaupun spot ini dahulu begitu juicy dengan spesis haruan , bujuk dan toman namun dengan pertambahan penduduk di sekitar dan tekanan dari pemancing maka kepupusan spesis hampir tidak dapat dielakkan.Hanya dua ekor haruan dan seekor bujuk yang berjaya diperdaya dengan katak plastik di sini. Bolehlah layan tarik sekejap.

Hanya sebesar lengan tapi tarikannya boleh tahan...



Selamat direleasekan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |