Tak sangka rupanya ramai kaki pancing di bumi Malaysia ini. Menurut kajian hampir 7% rakyat Malaysia berminat atau menyertai aktiviti pancing. Itu sudah ramai bro!! Tapi mengapa tidak banyak kelab-kelab ekslusif atau kecil-kecilan yang kita ketahui?
Sambil pekena moreh lepas terawih hinggap jugak persoalan ini di kepala saya. Di kalangan sahabat handai kita sudah tentulah ramai kaki pancing yang pantang bertemu aje terus tanya perkembangan trip terbaru. Paling tidak bertukar-tukar cerita kumpau masing-masing sambil berpakat bersekali turun ke laut atau paya.
Hmm...bukankah mudah di kelompok kecil ini ada satu pengurusan dan perancangan yang baik!? Ahlinya bukan orang lain tapi sahabat sekepala yang sudah kenal hati-budi masing-masing. Jadi sekaranglah perlunya kita membuat anjakan paradigma. Anjakan dalam cara mengurus sesuatu trip atau event supaya lebih licin dan tersusun. Buat lah kelab.
Walaupun barangkali diperingkat awal ini hanya ada 5 atau 6 orang anglers namun itu permulaan yang cukup baik. Maknanya kita ingin menjadikan hobi memancing ini sesuatu yang lebih bermakna dan mendatangkan manfaat kepada kita. Selain merapatkan ikatan persahabatan dapat juga bertukar-tukar kemahiran antara satu sama lain.
Dengan berpersatuan macam-macam hal dapat di mudahkan. Baik dari segi perancangan awal trip , perjalanan aktiviti , perkongsian tugasan , pencarian maklumat dan yang penting penjimatan kos yang amat ketara sudah tentu dapat di rasakan. Kutiplah yuran RM10 sebulan katakan daripada 10 orang ahli kelab...Setahun kita sudah RM1200/= Itu sudah lebih dari cukup untuk trip dua hari satu malam ke laut di sebelah Rompin dan kepulauan Tioman!
Maklumlah sambil-sambil casting Haruan dan Sebarau setiap minggu sekali-sekala kenalah pergi jauh sikit ke laut bro!
Hi..hi..Adios!!
No comments:
Post a Comment