Minggu yang busy!

Hari ini pagi-pagi lagi teman udah bangun. Bukan nak ke sungai tapi kena g mesorat penting plak. Hmm terpaksalah ditangguhkan dulu aktivitas(cam indon je) memancing ke sebelah petang.

Actually petang ni pun xde program lg nak ke mana tapi gerak hati yang teman akan turun memancing petang ni tu ada.

Member-member tengah dok kemaruk casting plak ni. Kekadang teman join jugak tapi kesibukan membataskan pergerakan. Depa dok pulun Sebarau dengan haruan la ni... Xpe la ada masa nanti kita buat satu story about them.

Ni teman upload gambar-gambar semasa memancing Lais itu hari.

Memancing Lais di Sungai Aur...( Tapi sayang tak berapa `mengena' )


Sha menyediakan bot di Pengkalan


Saiz Lais yang memenuhi petak bot


Baungpun ada

Selamat menyambut Maulidur-Rasul.

Terkenang semasa dulu...

Sedar tak sedar sekali lagi kita menyambut sambutan maulid Nabi s.a.w. Teringat teman masa sekolah di zaman awal 80-an dulu. Setiap kali menjelang maulid nabi sekolah hari itu seakan menyambut perayaan yang besar. Sejak pagi lagi murid bersama guru akan berarak dari sekolah ke masjid yang berdekatan bersatu dengan penduduk kampung sekitar.

Hari itu pelbagai program diadakan di masjid sebagai mengenang sirah dan perjuangan Rasul sehingga Islam yang suci sampai kepada kita hari ini. Bagi kami bebudak sekolah (baru sekolah rendah) masa itu time makan la yang paling best!! Bermacam juadah yang ada kami kerjakan sehingga kenyang kemudian baru ramai-ramai berjalan pula balik ke sekolah. Ha..ha..hari itu kira bonus la..cikgupun sibuk dengan Maulid jadi kelas pun macam cuti jer!!!.

Itu lebih kurang 28 tahun dulu.
Masih hijau dan tidak faham apa ertinya menyingkap sirah perjuangan Rasul.

Tapi hari ini , masyarakat masih lagi berarak namun masih ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak erti apakah inti sebenar yang di bawa oleh Rasul s.a.w. Kebanyakan kian lagha , masalah sosial kian bertambah, institusi kekeluargaan kian goyah , dadah , dedah payah nak cerita. Nampaknya sehingga kini sirah dan sunnah rasul masih gagal kita hayati...!

Selamat menyambut Maulidur-Rasul 1431H!!!

Demam udang!

Minggu lepas teman gi lagi memancing udang di Sungai Rompin. Kali ini masih dengan Mi Ayam , Pok Su Din dan Saleh. Cuma Us Joe takleh turun minggu ni sebab kena keje katanya. Nanti banyak sgt ambik cuti banyak plak keje tertunggak katanya.

Lokasi kami kali ini ialah di Gading. Rancangan awal nak berkhemah di tepi sungai atau di rakit terpaksa dipindahkan ke atas jeti kerana kelewatan sampai di hari pertama program.

Betullah kata orang, udang ni tidak menentu mainannya. Jika pada minggu sebelumnya satu bot dua orang boleh menjangkau 4 kilo lebih hasil mahsulnya tapi kali ini keadaan sebaliknya. Dua hari (kira 1 setengah harilah) punya tangkapan tak sampaipun sekilo untuk dua orang! Unbelieveable! But it's really happened to us!

Apa nak buat yer!!! Banyak jugak geng yang kumpau hari tu. Teman tengok geng nogori awal-awal lagi dah cabut bila keadaan dah tak mengena. Rupa-rupanya dikabokan kemudiannya udang hari itu galak makan di sebelah hulu iaitu di Bangkung dan Merelak.

Ha..ha..trip kali ini barulah rasa letih badan berjemur dua hari. Tapi itu perkara biasa bagi pemancing amatur cam teman ni...ingin Dewasa dengan Pengalaman!

Mi menggayakan aksi rempit yang dilihatnya selepas aktiviti menggali cacing!...Bebudak jangan cuba tiru aksi ini. Jika nak tiru jugak beli kain kapan sendiri jangan nyusahkan mak-bapak!



Bot terpaksa di tarik untuk memaksimakan km/j. Maklumkah teman hanya ada enjin 2hp.


Mujur ada pengubat duka



Pok Su dengan Galah muda



Mission Impossible!!!







Gambar di atas adalah rapala yang saya buat sendiri...sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini tapi hanya sekadar mencuba... Dah siap dan masih dalam proses ujian di lapangan...nantikan perkembangannya...!

Gambar-gambar trip terbaru ke Sungai Rompin

(Gua post gambar dulu...cerita kemudian)

Jalan masuk ke Pengkalan yang membuatkan tuan punya kereta makan hati berulam jantung



"Langkah kanan ke kiri kita hari ini??"




...Adegan yang ingin kita lihat..berat sama dipikul



...Adegan yang tak ingin kita lihat...enjin rosak. Tak check dulu ke?



Posing jap sementara repair enjin..hi..hii



Mee Ayam dan Pok Su Din...merempit ke?



Belida Bintik...yang ini kecik , aku lepaskan je!



Us Joe dengan `jongkong' pertamanya.



Sha berposing untuk blog Jemuduk.Lumayan beb!



hi..hi..hii




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |