RPBIC perlu penambah baik?


   Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) acara tahunan yang di adakan di perairan Rompin khabarnya sekali lagi akan beracara seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Memang high-class event ini telah berjaya menarik ramai kaki pancing professional dari serata ceruk dunia.

Ada beberapa perkara yang boleh saya sarankan sebagai penambah-baikkan kepada acara besar ini. Antaranya penyertaan dari peserta tempatan masih agak kurang. Apakah kita tidak cukup ramai penghanyir yang berani bersaing dengan Mat@Minah Saleh dari luar negara? Antara faktornya ialah promosi yang kurang berjaya. Ada anglers dari Rompin dan kawasan sekitar sendiri yang tidak sedar adanya pertandingan yang sebegini ulung di Rompin ini. Penganjur seharusnya menggunakan media secara maksimum untuk menaikkan lagi graf pertandingan ini. Iklan di TV dan akhbar harian secara berterusan tentu akan menjadi buah mulut bagi para pemancing.Sesuailah dengan statusnya sebagai pertandingan antarabangsa.


Faktor yang tidak kurang pentingnya ialah hadiah!. RM15 ribu bagi tempat pertama amat jauh berbanding hadiah juara pertandingan di kolam air tawar yang mampu mencecah RM50 ribu bagi tempat pertama. Saya tidak fikir kos menjadi masalah utama untuk menaikkan nilai hadiah kerana penganjuran event ini mendapat tajaan daripada pelbagai pihak dan agensi yang besar-besar!. Ada anglers yang menjadi participant bersuara sinis perihal hadiah yang tidak setimpal dengan kejohanan besar ini. Seharusnya lagi besar hadiah makin ramailah peserta luar dan tempatan yang akan turut serta dan seterusnya menjana aktiviti pelancongan negara dan memperkenalkan Rompin sebagai satu destinasi pelancongan rekreasi dan sukan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |