Sebarau VS Jenahak




Mi dan Pok Su masing-masing menunjukkan piala kebangggan mereka!! Moh la weh kita ke laut!

Berudang di Sungai Rompin

Sebut saja Sungai Rompin , pasti penggemar hobi pancing akan terbayang akan kepesatan habitat Udang Galahnya atau Macrobranchium rosenbergi dalam bahasa saintifik. Memang benar jika anda mengambil masa sehari membuat bancian akan kesibukan sungai ini dalam melayani ketibaan kaki pancing dari seluruh negara pasti anda akan terpegun dengan angkanya.

Pemancing bukan sahaja dari daerah berdekatan malah ada di antara mereka yang datang dari Johor , Negeri Sembilan , Kuala Lumpur malah Singapura untuk merasai debaran menaikkan udang galahnya. Pendek kata jika hari bekerjapun habis permintaan bot-bot yang membuat sewaan disini apatah lagi hari minggu yang umpama pesta di sini. Ramai juga yang membawa bot sendiri namun lebih senang jika menyewa sahaja bot 12 kaki dengan enjin 3 kuda dengan sewaan serendah RM40 hingga RM50 untuk pancingan sehari suntuk.

Saya bersama Pok Su dan Mi Ayam lebih gemar menggunakan bot sendiri yang sememangnya telah diparkir ditebingan sungai Rompin ini. Enjin 5 kuda paling sesuai jika ingin menduga spot demi spot yang dirasakan berpotensi. Tapi minggu lepas terpaksalah bawa enjin 10 kuda apabila enjin saya meragam akibat terlampau lama terbiar tanpa sebarang selenggaraan.

Turun dijeti Kampung Pantai Bernas kemudiaanya mudik ke Kampung Ayam hanya mengambil masa 10 minit untuk masing-masing menurunkan umpan cacing ke dasar. Air sudah cantik tapi suhunya masih sejuk membuatkan getuan udang tidak sehebat mana. Mungkin minggu depanlah tempoh yang paling sesuai untuk berpesta udang agaknya. Dengan kekuatan 3 orang pemancing dan berbelas batang pancing berjaya juga kami mendaratkan hampir dua kilo Udang. Di sini tangkapan sebanyak ini dikira tidak berapa menjadi! Namun cukup untuk sessi memanaskan badan setelah hampir 6 bulan joran bersawang di dinding.

Kepada yang ingin memancing di sini dinasihatkan membawa bot sendiri atau membuat tempahan awal dengan penyewa bot. Takut kalau bot yang di harap kehabisan walaupun ramai yang mengusahakan pakej sewaan bot di sepanjang sungai Rompin baik dari Leban Chondong hinggalah ke Kedaik di bahagian hulunya.

Jom mancing udang bro!




Suasana tenang di awal pagi di Kampung Pantai Bernas...sayangnya jeti baru  Kompleks Sukan  tenggelam di kambus pasir semasa musim tengukujuh yang lalu


Mi Ayam siap memasang enjin ke bot untuk memulakan ekspidisi

Pernah menjadi Tekong tersohor dulu ni...

Antara tangkapan awal sessi pagi

Saiz sebegini yang paling dinantikan...
Galah kecik pun ambil kesempatan untuk bergambar

Duri dan anak baung spepsis yang paling laju mngerjakan umpan

ni kalau jual mau RM30 sekilo nih!

Udang sebesar ibu jari je yang banyak. Mane pegi sepit birunya?

Jeti yang didirikan di sepanjang sungai Rompin untuk kemudahan pemancing berekreasi bersama keluarga

Berkunjung ke Lubuk Aspa

Ke gunung kami daki..ke lurah kami turuni...Kali ini kami menjengah satu spot yang sudah tidak asing lagi dalam dunia pengilatan ( istilah baru tu,,) terutamanya bagi caster tegar dari Bukit Ibam.

Seusai menyudahkan kerja di ladang yang berhampiran , saya dan Pok Su berkejar ke lokasi tersebut. Keadaan berbukit-bukau dan tebing curam menjadikan perjalanan ke lokasi tersebut sedikit mencabar walaupun hanya beberapa puluh meter dari jalan tanah merah.

Air sungai yang selebar hanya 50 kaki ini masih agak merah akibat hujan lebat ditambah pula dengan aktiviti perlombongan bijih besi  yang kian menjadi-jadi di bahagian hulunya membuatkan kami tidak terkejut dengan keadaan yang menunggu.

Barisan batuan yang merintangi sungai masih di tenggelami air dan yang nampak hanyalah pusaran air di sebelah hilirnya menandakan sedikit masa lagi air akan menyurut.

Menggunakan gewang Yo Zuri minnow kedua-dua kami tidak jemu memujuk sebarau untuk menunjukkan diri. Bukan nak bawa balik kalau mengenapun...dapat bergambar jadilah..!

Namun setelah lebih dua jam meredah semak-samun menghilir sungai...kekumpauan sahaja yang melanda diri. Itupun setelah jenuh bereksperimen dengan pelbagai variasi gewang. Keputusannya : Hari ini balik dulu lain kali bila air jernih sikit kita mai pulak...!


Foto ekslusif :



Fishing Knot @ Ikatan Tali Pancing

Ikatan mudah yang selalu kita lupa









source here

Misi Menjejak Lubuk Haruan diteruskan

Kerana tidak betah ke laut terpaksa kami berlama-lamaan di tasik, paya dan sungai kali ini." Asal ada karan udah le " Kata Anoklicoh. Tapi dalam trip kami akhir-akhir ini nyata tidak banyak Haruan yang didaratkan. Toman Apatahlagi walaupun telah singgah di singgahsana utamanya. Tak macam dulu le!

Mungkin air sungai masih melimpahi tebing membuatkan ikan lebih selesa berburu didalam reba yang menyemak di tepi sungai.

Spesis snakehead..sedap kalau bakar dancicah budu..pergh!!!! 



Satu Paya yang menghadirkan debaran acapkali kami ke sini

Suak di satu lokasi berhampiran ladang sawit. Ini lah singgahsana monster Toman yang Senyap sunyi kali ini



Haruan saiz lengan budak..Boleh la bro!!
Casting di pintu air.      
Di sinilah tempat yang paling digemari oleh kaki pancing di sekitar Muadzam dan Keratong.

Ikan Baung Musim Banjir




Jom membaung bro! Masa yang sesuai memburunya ialah semasa air sungai sedikit keruh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |