Semalam yang 'hangat'





Kalau dah 'gian' macam-macam cara nak lepaskan hajat. Nasib baik gian memancing bukan gian barbiturat atau samsu...hi,,hi. Dah tahu hari hujan ngek-ngek dua tiga hari tapi masih bersangka baik sungai akan memuntahkan segala isi udangnya ke dakapan kami. Tapi apa nak kata...pagi ok. cuaca agak cerah walau hujan berlarutan dari hari sebelumnya hingga subuh.
Para otai2 pun berkumpul dan merencanakan hajat. Petang gali cacong dan pagi-pagi lagi dah tercongok di kampung Padang Tengku , pantai Bernas. Punyalah semangat tiga biji bot fiber dengan 10 ekor kuda masing-masing berdesup ke pulau jawa...(bukan indonesia bang....Pulau jawa Kuala Rompin daa) Sebaik sahaja umpan pertama di labuhkan hujan pun mula menepung tawar bagai pengantin atas pelamin. Mula-mula halus je renjisnya last2 berbaldi la pulak....Kuyup. Tapi masih berdegil." Ala..hujan-hujan pun udang makan jugak". ada suara yang cuba menyedapkan hati. Tapi udang sepi seribu bahasa. Ada tapi amat jarang dan culas. Bolehlah 10 ekor agaknya udang dara hingga ke petang.Ha..ha. dah la hujan lebat..udang senyap sunyi pulak tu....yang pasti kuyup habis hingga ke petang.
Plan b : cari kepahpun tak berjaya . last-last nyaris tak lepas balik coz jalan raya terputus hubungan akibat banjir...kalau tidak kena buat plan c.

ha..ha...penangan udang musim tengkujuh.!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |