Casting Toman dan Sebarau di Juasa

   Hari ini saya pergi ke ladang Juasa bersama Pok Su. Targetnya Toman , Baung dan Sebarau. Sambil-sambil tu sempat juga mengumpan Lais dan RM60 sekilo.
Berkayuh jugak la kami sekejap di tengah panas mentari. Tapi sayang air sungai masih melimpahi tebing dan Toman langsung menyepi diri.


Berkayuh di arus deras



Casting sampai lenguh



Air sungai besar melimpahi tebing


Pelbagai jenis Gewang di guna pakai


Gewang kekatak saya sempat berposing bergaya





Umpan Toman




Umpan yang di cangkuk begini tahan agak lama




Air tohor




Memancing Ke Pulau Sibu

Pulau Sibu terletak hanya 30 minit dari pantai timur Semenanjung Malaysia. Terdiri dari Pulau Besar Sibu, Sibu Pulau Tengah, Pulau Sibu Hujung, Pulau Kukus dan Pulau Tinggi. Kepulauan ini kaya akan keindahan alam dan penyu merangkak ke darat di sini pada bulan Julai untuk bertelur. Sulit untuk berfikir bahawa ini daerah damai yang pernah menjadi tempat kem pelarian Vietnam.
Kebanyakan dari pulau-pulau terus berpenghuni tetapi di Pulau Sibu Besar contohnya  pelbagai resort telahdi buka dan mempopularkan lagi kedudukannya dalam kalendar pelancongan.  
Ada berbagai kegiatan di luar bilik, memancing menjadi sangat popular. Scuba diving juga merupakan pilihan yang baik sebagai daerah ini ditetapkan sebagai Taman Laut pada tahun 1993 untuk pemuliharaan kehidupan laut dalam air sekitarnya.  
Jom kita pakat menjoran ke Pulau Sibu pulak.

Menjejak Lubuk Sebarau

Setelah jenuh bermain dengan Haruan dan Toman sekali sekala Sebarau Gadang menjadi buruan. Berbekalkan pelbagai jenis Gewang dan teknik habis segala ceruk sungai di jelajah mencari spesis  Hampala MakrolepiOdata ini. Yang tak best nya bila kita pergi jer sebarau sunyi sepi menyorok diri. Berpeluh satu badan menghayun joran dan bertukar gewang. Tapi dah tertulis rezeki kali ini tidak ada.Nak buat cam mane. Petang ni nak gi casting Haruan plak..hu..hu.

Epol...saban petang menjenguk sungai dan lubuk mengintai Sebarau." Aku selagi tak dapat sebarau memang tak puas hati" katanya. Gigih dan berazam!

Satu lokasi rahsia yang sentiasa menghadirkan sebarau bersaiz Gadang di Bukit Ibam. Hanya kroni sahaja yang pernah di dedahkan dengan lokasi ini." Amboi geng kaki pancing ni pandai benor dok jaga port depa'!
  
Flora yang menarik di sekitar padang pancing. Minat fotografi jugak aku nih! Amatur tapinya...


'close-up'


Ulat bulu pun boleh jadi bahan fotografi.

Kenduri Cecupak Di Pelantar Minyak

Memancing di Pelantar minyak boleh dikatakan   cita-cita utama kebanyakan kaki pemancing. Selain padang pancing idaman di kepulauan Borneo ,   atau Koh Adang di Thailand mahupun kepulauan Bali dan Komodo di Indonesia  pelantar minyak tempatanlah tempat yang paling dekat untuk menduga lautan dalam. Dengan kos ekonomi sudah berpeluang  untuk bertarung dengan  dengan

spesis bagak yang mampu memedihkan pinggang kaki pancing. Berjaya menewaskan spesis seperti  GT  , kerapu ,  jenahak  atau  ebek  yang  bersaiz `monster’  seakan menjadi nilai tambah kepada  `handicap’ tidak rasmi  di kalangan rakan pancing.

Memang telah lama saya bersama sahabat-sahabat Muadzam Anglers  merancang untuk menjejakkan kaki ke pelantar minyak. Tapi oleh kerana tuntutan kerja  tambahan pula trip ini menuntut keperluan masa yang panjang maka perancangan tersebut terbantut begitu sahaja. Tapi awal Ogos lalu Ikhwan yang selalu berulang-alik dari Muadzam ke Terengganu membawa khabar gembira kepada kami untuk turut serta dalam trip yang di atur oleh abang iparnya. Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal kami tidak mengambil masa yang panjang untuk menyetujuinya.
Gemuk dan Pok Su Din yang pernah menyertai trip ke pelantar minyak di awal tahun yang lalu turut teruja lantaran trip yang di atur di luar musim itu tidak berapa menjadi. Mengikut pandangan Pok Su yang paling arif berkenaan dengan pancingan di  ‘offshore’  mengatakan bulan oktober dan novemberlah yang paling sesuai ke sana kerana angin monsun baru berputik dan ikan-ikan agak frenzy dengan olakan plankton yang di bawa arus. Pada kami kucah sedikit tidak mengapa asalkan hajat untuk bergasak dengan si bagak menjadi kenyataan.

Maka mengembaralah  kami mengumpulkan keperluan sedikit  demi sedikit membuat persiapan awal untuk  memenuhkan kotak pancing masing-masing.  “ Persediaan mesti rapi dengan jentera yang boleh diyakini jika ingin berkunjung ke padang pancing seperti ini”. Kata Pok Su. “Biar putih tulang jangan putih mata” kata gemuk pula. Sebulan sebelum ke laut kami telah sibuk berkunjung ke kedai-kedai pancing untuk mengumpulkan bahan. Dari Muadzam kami pergi hingga ke Segamat , Gemas , Kuantan malah kadang-kadang  hingga ke Mersing membelek dari satu kedai ke satu kedai walaupun untuk mendapatkan sebatang joran idaman.
Gemuk yang paling meriah dalam membuat persiapan. Dari set bottom hinggalah set popping dan jigging habis diborongnya. Tidak cukup rod Shikari dan Maguro dibelinya pula rod Xzoga PE 3 dan 4 untuk dipadankan dengan Biomaster 8000 dan Tyrnosnya. Pok Su memilih untuk menggunakan Shimano Tiagra 50W yang terperap dalam simpanannya.
 Perbincangan berkenaan trip sentiasa  mengisi perbualan saban hari setiap kali bertemu di kedai kopi. Segala persiapan termasuk jadual perjalanan , barang makanan dan persediaan umpan di perhalusi bersama seakan inilah ‘trip of the year!’ .
Membilang hari untuk trip ke laut sememangnya mendebarkan , umpama anak kecil yang tidak sabar  menunggu tibanya hari raya lagaknya. Itulah ironisnya jika memancing sudah sebati dalam diri.

Bermain dengan jumlah anggota trip yang tidak tentu sahihnya juga turut mencemaskan , kejap jadi kejap tak jadi , kejap 8 orang kejap 7 orang turut memeningkan kepala penganjur.  Manakan tidak , silap gaya boleh kensel sesuatu trip jika ada yang menarik diri di saat akhir nanti. Akhirnya keputusan muktamad dua minggu sebelum bertolak tinggallah kami enam orang. Saya , Pok Su , Gemuk , Ikwan , Faizal dan Bakri. Kami berempat akan bertolak dari Muadzam sementara  Faizal dan Bakri akan  terus memandu  dari Kuala Lumpur  dan menginap di rumah keluarga Ikhwan di Kuala Terengganu sehari sebelum ke laut. Sengaja kami bertolak sehari lebih awal kerana tidak mahu tergopoh-gapah dan kepenatan di laut .

Agaknya memang sudah menjadi rezeki kami ke pelantar minyak sehingga ke tarikh bertolak perancangan terus  mengikut jadual tanpa ada sebarang masalah.
Awal subuh lagi kami sudah bertolak dari rumah Ikhwan untuk mencari umpan segar di pasar borong dan bersarapan. Kami sampai di Pengkalan Keropok Losong tepat jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan bersama tekong. “ Bukan main tepat masanya kalau pergi memancing! ” tersenyum saya apabila teringatkan  kata-kata isteri saya sewaktu saya tergopoh-gapah mengemas peralatan  pada malam sebelum bertolak ke Terengganu. Ha..ha. Mana tidaknya kadang-kadang nak bawa keluarga bersiar-siarpun miss memanjang janjinya.

Naik sahaja ke bot rindu pada laut dan ombak seakan terlerai. Hati tersenyum puas setelah keinginan yang selama ini bakal terlunas. Bot yang digerakkan oleh enjin mitsubishi Pak Awang  seakan terlalu perlahan sehingga masing-masing resah menunggu detik melempar umpan ke dasar laut. Set pancing yang masih berbungkus rapi masih tidak diusik memandangkan masa perjalanan yang masih panjang. Masa lebih banyak dihabiskan dengan berbual cerita pancing , makan dan tidur. Hanya Gemuk dan Pok Su yang mencuba teknik trolling dengan set monster masing-masing. Gemuk dengan Tyrnos 30 yang di padankan dengan rod xzoga PE4 sementara Pok Su dengan Shimano Tiagra 50W yang dipasanglkan dengan Shimano Triton 70 paunnya. Lama setelah jenuh menunggu barulah Tyrnos milik Gemuk menjerit hebat. Bot diberhentikan bagi memberi laluan kepada Gemuk melayan ‘monster’ yang barangkali menjadi juadah tengahari kami pada hari itu namun malangnya yang tertangkap hanyalah gumpalan rumpai laut yang hanyut di bawa arus. Melepaslah jawabnya hasrat  kami untuk merasa singgam Tenggiri sebaliknya ikan tongkol untuk di buat umpan yang menjadi mangsa!
Setelah menempuhi perjalanan selama 8 jam Pak Awang memberhentikan bot dan terus menurunkan sauh. Yang lucunya dalam keadaan terpisat-pisat baru bangun dari tidur ada rakan yang terus menjenguk ke luar kabin mencari Pelantar minyak! Ha..ha. Maklumlah inilah pengalaman pertama kebanyakan kami  untuk melihat sendiri  keajaiban teknologi manusia menegakkan  struktur mega di lautan dalam. Rupanya kami baru sampai tiga suku perjalanan sahaja. Untuk ke Pelantar minyak masih berbaki enam jam perjalanan kata Pak Awang. Memandangkan hari sudah senja beliau memutuskan untuk bermalam di sini dan akan meneruskan perjalanan keesokan paginya.
 Lokasi ini menurut tekong ialah perkuburan kapal perang dunia ke 2. Menurutnya lagi disini pernah mencatat rekod  tangkapan ebek , jenahak dan kerapu yang bagak-bagak. Mendengar taklimat ringkasnya itu maka berlumba-lumbalah batu ladung terjun ke dasar. Arus agak deras dan batu ladung nombor 11 yang saya gunakan hanya sampai ke dasar apabila tali mono Lemax dalam gelendung Penn 321 saya tinggal separuh sedangkan anggaran kedalaman air hanya 60 meter.
Tidak sampai 10 minit joran Pok Nasir,  pembantu tekong yang menjadi tukang masak kami melendut hebat di asak penghuni kapal karam. Beliau dengan tenang  menaikkan ibu kerisi seberat 3 kilogram. “Wah! Ini sudah cantik!”,sorak kami.

Pakej lengkap!
 Rupanya keterujaan  kami tidak mampu menghalang kehendak tuhan. Menjelang maghrib langit yang tadinya terang-benderang mula  ditutupi awan hitam petanda hujan  bakal tiba. Kilat dan petir mula sabung-menyabung  sementara gelombang mula meninggi. Hati mula tidak enak dengan keadaan yang berlaku seolah-olah ribut dahsyat di laut Bering yang sering di tontoni dalam siri Deadliest catch di saluran Discovery bakal di rasai sendiri. Jika berhampiran pulau ada juga tempat yang boleh dituju tapi ini di lautan lepas bro! Mana ada tempat nak berlindung , mahu tak mahu hadapi aje le!. Selepas isya’ apa yang dibimbangi mula menjadi kenyataan. Umpama mendapat pakej lengkap dengan hujan lebat , ribut-petir  disertai angin kencang dan gelombang besar. Bot selebar 10 kaki dan lebih 40 kaki panjang itu di uji hebat pada malam itu sementara kami  memenuhkan kabin berhimpit-himpitan.ha..ha. Mana ahli yang tadinya sekadar mual-mual mula menumpahkan laharnya. Akhirnya  pada malam itu langsung tidak ada peluang untuk memancing.

Hari kedua
Jam 7 pagi keesokannya barulah keadaan kembali tenang. Tekong terus sahaja mengemudikan bot menyambung perjalanan. Menjelang tengahari barulah nampak kepada kami struktur binaan Pelantar Dulang dan gugusannya. Kami akhirnya berlabuh dua jam melepasi pelantar-pelantar tersebut.
Kami pada awalnya menjangkakan tekong akan ke unjam untuk mendapatkan umpan hidup tapi oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah kami menggunakan umpan sotong , anak kembung dan ikan Tongkol yang di beli  sebelum bertolak di pasar borong.
 Masing-masing menggunakan dua set joran. Set multiplier  di ikat kemas pada rod holder untuk mengumpan si monster  sementara set spinning  digunakan untuk pancingan apollo dan jig.  Seekor demi seekor Kerapu , Remong dan ibu kerisi berskala satu hingga tiga kilo dinaikkan. Hanya umpan hirisan  sotong dan ikan  yang digunakan cuma sekali-sekala Gemuk melempar popper dan jig untuk memujuk monster namun tidak ada sambutan. Boiling ikan pun langsung tidak kelihatan.

Turun makan-turun makan
Menjelang senja kami sekali lagi didatangi angin kencang dan laut bergelora. Daripada senja hingga ke tengah malam masa hanya dihabiskan dengan rehat dan tidur.Ribut hari ini tidak kurang hebatnya berbanding semalam. Jam 2 pagi saya yang terlena dikejutkan oleh Pok su.      “ Lekas-lekas ikan tengah galak membaham jig!”. Tanpa perlu di ulang saya bingkas bangun dan mencapai rod Abu Tournemant II yang sudah siap jig white rabbit 100 gram luminos dihujungnya. Di atas lantai bot beberapa ekor cupak bersaiz dua dan empat  kilo berkaparan. Rupanya hanya Gemuk dan Pok Su yang berjaga selepas ribut pada malam itu. Setelah menjerit memanggil rakan-rakan lain saya memulakan aksi jigging. Jig dicaskan seketika kemudian diturunkan ke dasar, belum sempatpun sampai ke dasar sudah terasa ada makhluk yang cuba membaham kepingan besi itu. Unjun sahaja dua-tiga kali terus kekili Banax SX5000 menjerit menahan asakan ikan. Tidak ada larian ke kiri atau kanan cuma menekan ke dasar laut. Tidak lama kemudian barulah seekor Cupak 3 kilogram berjaya dinaikkan.
Cupak  (Horse mackerel)  sungguh frenzy membaham jig. Pantang sahaja jig diturunkan pasti ada yang menelannya. Kadang-kadang hingga tidak ada masa untuk mencas semula jig yang mula pudar cahayanya.Jig hanya perlu di unjun hingga ke pertengahan air , jika sambaran tersasar maka jig diturunkan semula ke dasar. Cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga.
 Keadaan mula gawat di sekeliling bot bot. Masing-masing sibuk melayan henjutan cecupak yang entah beratus ekor berkubu di betul-betul di bawah bot. Gemuk yang sering kehilangan jig akibat cecupak yang terbabas membaham  perambut kejutannya akhirnya kehabisan jig. Nasib baik Faizal membawa stok jig yang banyak terpaksalah meminjam daripadanya.
Mengunjun jig di kedalaman lebih 60 meter bukanlah perkara yang mudah. Menunggu jig sampai ke dasar sudah satu hal dan melayan asakan ikan dengan arus yang agak deras benar-benar meletihkan. Akhirnya seorang-seorang demi seorang yang menggantung joran bukan kerana ikan tidak mahu makan tapi kepenatan yang amat sangat.Bayangkan Gemuk sehingga mampu menggoyang-goyangkan Rod Xzoganya sambil duduk di buritan bot. Itupun di baham cecupak!. Menjelang pagi kesemua jigger yang kepenatan berkaparan tidur dilantai bot.

Hari ketiga
Siang harinya tidak banyak aktiviti yang di lakukan akibat masih mengantuk dan kepenatan. Hanya menjelang tengahari barulah aktiviti pancingan dasar bermula. Seperti  semalam hanya ibu kerisi , remong ,cermin dan kerapu yang dinaikkan. Rata-ratanya bersaiz satu hingga dua kilo sahaja.
Tekong hanya berpindah lokasi menjelang petang ke lokasi cecupak yang semalamnya rakus membaham jig. Tapi malangnya menjelang senja sekali lagi kami didatangi ribut. Kali ini mencetuskan gelombang yang lebih besar berbanding dua malam sebelumnya. Ini sudah kira hatrik! Tiga malam dilanda ribut di laut dalam. Gelombang laut menggunung dari dua ke tiga meter membuatkan bot terumbang-ambing pasrah menerima ujian. Masing-masing hanya mampu berharap agar ribut cepat berlalu. Kalau dah tiga malam berturut-turut bukan setakat kami, undertaker pun boleh tumbang bro!
Hanya dua ekor cecupak bersaiz 4 kg yang sudi menjamah jig pada malam tersebut. Barangkali sudah mula culas akibat mendapat pengajaran pada malam sebelumnya.
Menjelang pagi barulah ribut mula reda. Sempat saya melihat joran pancing dan tong-tong ikan berselerak di atas bot kesan ribut semalam. Seperti lepas perang gayanya. Pukul 8 pagi tekong Pak Awangpun memulakan perjalanan pulang dan sampai semula ke pengkalan bot Losong waktu maghrib.

Walaupun tanpa kelibat monster ,  trip ini bolehlah dikatakan hampir berjaya. Puluhan ekor cecupak , Kerapu , cermin dan ibu kerisi sekurang-kurangnya menjadi ubat merawat kekecewaan itu. Nyata bukanlah setiap trip ke pelantar minyak itu akan membawa hasil yang lumayan dengan rekod monster . Jangan menyangka setiap trip ke pelantar minyak bakal membawa pulangan lumayan dengan tangkapan bertong-tong dengan hasil yang bagak-bagak! Barangkali cuaca dan arus yang tidak kena boleh menjadikan keterujaan pemancing satu kekecewaan. Kami bernasib baik tidak kumpau sepenuhnya walaupun keadaan cuaca agak  mencemaskan.

Giant Travelly aka Gerepoh Lubuknya di Pelantar Minyak

The giant trevally, Caranx ignobilis (also known as the giant kingfish, lowly trevally, barrier trevally, ulua, or GT), is a species of large marine fish classified in the jack family, Carangidae. The giant trevally is distributed throughout the tropical waters of the Indo-Pacific region, with a range stretching from South Africa in the west to Hawaii in the east, including Japan in the north and Australia in the south.

The giant trevally is distinguished by its steep head profile, strong tail scutes and a variety of other more detailed anatomical features. It is normally a silvery colour with occasional dark spots, however males may be black once they mature. It is the largest fish in the genus Caranx, growing to a maximum known size of 170 cm and a weight of 80 kg. The giant trevally inhabits a wide range of marine environments, from estuaries, shallow bays and lagoons as a juvenile to deeper reefs, offshore atolls and large embayments as an adult. Juveniles of the species are known to live in waters of very low salinity such as coastal lakes and upper reaches of rivers, and tend prefer turbid waters.

The giant trevally is a powerful apex predator in most of its habitats, and is known to hunt individually and in schools. The species predominantly takes various fish as prey, although crustaceans, cephalopods and molluscs make up a considerable part of the diet in some regions. The species has some quite novel hunting strategies including following monk seals and stealing prey that is stirred up, as well as using sharks to ambush prey. The species reproduces in the warmer months, with peaks differing by region. Spawning occurs at specific stages of the lunar cycle, when large schools of giant trevally congregate to spawn over reefs and bays, with reproductive behaviour observed in the wild. The fish grows relatively fast, reaching sexual maturity at a length of around 60 cm at 3 years of age.

The giant trevally is both an important species to commercial fisheries and a recognised gamefish, with the species taken by nets and lines by professionals and by bait and lures by anglers. Catch statistics in the Asian region show hauls of 4000-10 000 tonnes, while around 10 000 lbs of the species is taken in Hawaii each year. The species is considered poor to excellent table fare by different authors, although ciguatera poisoning is common in the fish. Dwindling numbers around the main Hawaiian Islands have also led to several proposals to reduce the catch of fish in this region.

Tip ke Laut Dalam : A Good Boatman!


Ramai yang tidak mengambil kira faktor tekong yang baik sebagai nilai tambah dalam mendapatkan kepuasan dalam sessi memancing. Kekadang di batasi dengan sumber maklumat yang terhad mahupun memang tidak ambil tahu.Asalka

n boleh ke laut dan memancing tidak mengapa. Kemudian jika tangkapan tidak menjadi barulah sedar tekong tidak berusaha setara mana.

Dalam trip Muadzam Team Anglers baru-baru ini Gemuk mendapatkan antara tekong yang terbaik di Terengganu. Cik Mat namanya dan kalau tidak silap saya di Pengkalan Besut. Servisnya 5 bintang termasuk makan-minum yang berjadual , keadaan bot yang amat bersih dan paling bagus pandai mengambil hati pelanggan. Beliau tidak seperti segelintir tekong yang parking bot dan tidur sebaliknya sentiasa berusaha mencari `lubuk'2 yang juicy untuk dijelajahi. Cam tu baru best. Bila dah berusaha sedaya-upaya hasil tangkapan bukan lagi menjadi perkiraan.Mana tahu kalau dah kebetulan trip ke laut itu serentak dengan kejadian tsunami nak buat cam ne pulak kan??

Adalah lebih baik kita mengenali our boatman.





Off shore trip

Gemuk and others member re just came back home from their fishing trip to offshore last night. Unluckly for me coz cannot join this trip for some reason. But a success of my team's member trip re also my satisfaction.

i ll chat with them and get some news. Maybe right now they're on the bed for whole days coz of tired and sleepy.

check it out later!

Menjaring ikan sungai


Hujan lebat menaikkan paras sungai ke tahap menggembirakan kaki menjaring. Kelihatan Ngah dan sahabatnya bersedia untuk memasang jaring



Berkayuh di arus deras memerlukan skill yang tinggi



Jaring di pasang di birai reba



Dalam reba begini ikan menyembunyikan diri daripada arus deras



Tengah dok pasang pukat dah ada yang mengena

Menjejak lubuk Baung dan Lais






Memancing tanpa mengira tempat. Ke laut boleh , ke sungai boleh ke paya pun boleh. Ini gambar terbaru semasa saya dan Pok Su Din menjejak Baung dan Lais di anak sungai di sekitar ladang sawit dekat Muadzam Shah.
Ikan masih kurang galak dan air masih sedikit keruh. Motor pulak pancit.hi..hi..terpaksalah menapak 2km ke jalan utama mendapatkan bantuan. Best dan mencabar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |