Pencabar cilik!

Percaya atau tidak jika saya katakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menewaskan Sebarau brutal seberat 2kg? Tapi itulah hakikatnya yang berlaku dua hari yang lalu.

Lokasinya hanya di bawah jambatan di bawah jalanraya menghala ke perkampungan Bukit Ibam. Sememangnya lokasi tersebut menjadi tempat persinggahan para caster di wilayah ini. Boleh di katakan kesemua kaki casting pernah singgah di sini dan mencuba nasib. Ada yang berjaya menaikkan hasil dan ada juga yang kumpau berpanjangan.

Ekosistemnya yang berbatu-batan membentuk struktur seakan air terjun yang amat berpotensi menjadi tempat Sebarau menghendap mangsa. Terdapat juga jayu-kayan yang bersimpang-siur di pertengahan iar yang menambahkan lagi debar kaki casting.

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu diberikan sebatang rod dan gewang shad rap oleh bapanya yang juga turut bersamanya. Berdasarkan cerita Sha Ibam di sebelah paginya si bapa telah berjaya menaikkan spesis yang sama dengan anggaran hampir sekilogram. Trip ulangan mereka di sebelah petang akhirnya membuatkan si cilik berdebar hebat di rembat sang Sebarau yang tidak tahu ia sebenarnya bergelut dengan seorang kanak-kanak seusia 5 tahun..hu..hu..Kesian sebarau tu.

Bukan ramai kanak-kanak baya ini yang berpeluang merasa karan bervoltan tinggi sebegini!! Barangkali selepas ini beliau pasti melekat bersama bapanya ke lokasi-lokasi pancing.

Tahniah buat si cilik!

Orang kecik dapat lesen besar!

Jom kita Raya!

Pejam celik sekejap rasa maka sampailah kita kepada perayaan yang begitu besar ertinya dalam Islam. Pengorbanan yang dituntut oleh Islam wajar di hayati oleh sekalian kaki pancing.

Berapa ramaikah dari kalangan kita sanggup berkorban wang ringgit untuk yang telah digazetkan untuk trip ke laut kepada perjuangan Islam? anak-anak yatim , saudara Islam di merata dunia yang di timpa musibah?

Begitu juga dengan masa memancing yang kita habiskan sepanjang hari malah berhari-hari kekadangnya dengan `berkorban' untuk ke kuliah atau ceramah agama di surau-surau sebagai memenuhi tuntutan sebagai muslim? Sedang menuntut ilmu agama itu sesuatu yang telah difardhukan. Imbang-imbangkanlah keperluan rekreasi dan cari makan kita di dunia dengan bekalan kita di akhirat kelak. Moga kita pemancing tegar yang diberkati Allah.

" Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran. Dan mereka berpesan dengan kesabaran" ...........Wal-asr.

Jemohid seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha buat sekalian rakan-rakan pancing.

Memikat Toman Sungai Meranti

Sungai Meranti di Astajam Rompin. Kelihatan di atasnya empangan untuk tujuan pertanian.




Toman 3.5 kg.



Dengan jentera ringan menjadikan perlawanan yang adil



Man JCB dengan Toman 3 kg



Yang ini kecik sikit...sekilo lebih jer..!



Akibat cuaca yang membadai di laut saya bersama kengkawan lebih banyak menghabiskan masa di sungai dan paya berbanding ke kuala akhir-akhir ini.

Tempat sebegini walaupun di pandang sepi oleh kebanyakan kaki pancing tegar namun kefeelingannya boleh mengubat rindu kepada jenahak dan Ebek yang sedangseronok memadu kasih semasa musim kucah ini. Baik Toman , haruan mahupun Sebarau semuanya boleh dicasting dengan mudah jika kena lokasinya.

Berbekalkan joran aksi ringan dan gewang ekonomi sudah cukup untuk mendatangkan kepuasan kepada kaki casting!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |