Galeri terbaru jemuduk

Tongkol tepi Highway

'Pelik tapi benar. Puluhan pengguna lebuhraya Rompin-Muadzam berpesta mengutip ikan Tongkol di tepi jalan. Kejadian aneh ini membuatkan suasana hingar-bingar di tepi jalan tersebut. Ada yang berguni , ada yang bawa tong da nada juga yang memenuhkan bucket hilux mereka dengan tangkapan mudah tersebut.'

Peristiwa sebenarnya berpunca daripada kemalangan yang melibatkan Treler yang membawa 12 tan ikan aya@tongkol mengalami kemalangan misteri setibanya ditempat kejadian.Menurut pemandu treler terbabit ada ‘lembaga’ yang melintas di hadapan kenderaannya membuatkan beliau menghentikan kenderaanya secara mengejut. Tindakannya itu mengakibatkan ratusan tong ikan dibawanya menggelongsor dan memecahkan dinding trelernya.
Bersepahlah ikan dari birai jalan ke seluruh kawasan seluas 50 meter.”Ikan boleh ambil,tong pulang balik” .offer drebar lori tersebut. Maka berpestalah pengguna lebuhraya mengutip ikan.

Ebek depan kuala




Ebek karang Acheh , Penyabong. Tak payah pergi jauh kalau nak main Ebek setara gambar di atas. Tak abispun 2 hingit duit minyak.

RPBIC perlu penambah baik?


   Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) acara tahunan yang di adakan di perairan Rompin khabarnya sekali lagi akan beracara seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Memang high-class event ini telah berjaya menarik ramai kaki pancing professional dari serata ceruk dunia.

Ada beberapa perkara yang boleh saya sarankan sebagai penambah-baikkan kepada acara besar ini. Antaranya penyertaan dari peserta tempatan masih agak kurang. Apakah kita tidak cukup ramai penghanyir yang berani bersaing dengan Mat@Minah Saleh dari luar negara? Antara faktornya ialah promosi yang kurang berjaya. Ada anglers dari Rompin dan kawasan sekitar sendiri yang tidak sedar adanya pertandingan yang sebegini ulung di Rompin ini. Penganjur seharusnya menggunakan media secara maksimum untuk menaikkan lagi graf pertandingan ini. Iklan di TV dan akhbar harian secara berterusan tentu akan menjadi buah mulut bagi para pemancing.Sesuailah dengan statusnya sebagai pertandingan antarabangsa.


Faktor yang tidak kurang pentingnya ialah hadiah!. RM15 ribu bagi tempat pertama amat jauh berbanding hadiah juara pertandingan di kolam air tawar yang mampu mencecah RM50 ribu bagi tempat pertama. Saya tidak fikir kos menjadi masalah utama untuk menaikkan nilai hadiah kerana penganjuran event ini mendapat tajaan daripada pelbagai pihak dan agensi yang besar-besar!. Ada anglers yang menjadi participant bersuara sinis perihal hadiah yang tidak setimpal dengan kejohanan besar ini. Seharusnya lagi besar hadiah makin ramailah peserta luar dan tempatan yang akan turut serta dan seterusnya menjana aktiviti pelancongan negara dan memperkenalkan Rompin sebagai satu destinasi pelancongan rekreasi dan sukan.






Pertandingan memancing anjuran Kelab Rekreasi JKR

Wakil dari England mencuba nasib memancing todak!


Ada lebih kurang 300 orang agaknya.
cam tak puashati jer...?
Memang kaki pancing ni orang yang penyabar...
Memancing boleh tapi jangan ada unsur judi..( Rujuk Ustaz Azhar , klik sini )

Siakap senohong gelama ikan duri..!





ANDA BERANI??

Siakap bagak!!!


Raja muara yang tewas di tangan pemancing tegar. Alhamdulillah dah nak jadi rezeki. Beratnya 16.5kg. Tapi bukan gue yang dapat hihi..member gue si Subhi yang dapat. Tempat : terpaksa dirahsiakan kerana gue sendiripun tak merasa karan belaian siakap kat situ lagi...tapi inshaAllah akan lebih banyak Siakap yang sudi bergambar dengan kami nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |