Sebarau oh Sebarau!

Setelah kian lama joran aku bersawang di dinding akhirnya hari ini aku menguatkan semangat untuk mencuba port baru untuk memancing. Kali ini bersama seorang lagi anggota geng Tegar , Sha Ibam aku menuju ke port di tasik air terjun bukit Ibam. Spesis yang di buru tidak lain hero sungai si sebarau. Dengar ceritanya beberapa hari lepas seorang angler berjaya menewaskan dua ekor sebarau anggaran sekilo lebih sekor.

Sesampai di lokasi yang tidak jauh daripada jalan Bukit Ibam-Muadzam kami memulakan perjuangan. Lontaran demi lontaran kami lemparkan sehingga lenguh tangan dan bahu. aku bersama Rapala Magnum merah putih sementara Sha menggunakan umpan tiruan Soft Plastic. setelah hampir sejam berlegar-legar mencari spot yang cantik akhirnya kami mengalah. Sebarau langsung tidak kelihatan. Toman dan Haruan yang biasanya pantang di cabar juga menyepikan diri.

Rupanya Sha telah menyediakan plan B. Dalam guni di raga motornya rupanya ada jala. Huh! kali ini pasti jenuh dengan ikan fikir aku dalam hati. Tanpa berlengah sha memulakan tebaran sepanjang alur yang sedikit tenang. Tebaran demi tebaran daripada bulat kepada corak bintang langsung tidak membuahkan sebarang hasil. "Tengokkan gaya bergambar bukan main"..kata aku. Akhirnya dapat juga 2 ekor anak lampam kategori juvana...sedih jugak nak ngambiknya. sebagai team pancing yang beretika tanpa disuruh sha melepaskan anak ikan tersebut. " takut spesis pupus" katanya. Bagus le tu catch and release dah lama di amalkan di negara-negara maju jadi sampai masanya kita juga berhabit begitu.

Kecewa punya pasal terpaksalah kami menggunakan teknik termudah untuk mendapatkan ikan. Bukan tuba tapi beli. ( AMARAN : DI LARANG MENUBA WALAU TAK DAPAT IKAN ) Kami beli ikan sungai yang di jaring oleh penduduk di sungai Aur. Banyak jugak ikannya.Sengarat,baung,kelabau dan lain-lain. Tapi harganya RM20 sekilo beb!! Agaknya kalau Usin Lempoyang ada diapun akan berhenti jual unta."Jual ikan sungai lebih kaya daripada jual unta WOWWW!


Ok. Chow!
sikit punya cantik tempatnya..!

Lokasi yang disyaki didiami spesis Sebarau ang the geng!


Dah macam-macam balingan dibuat...tapi fail!



Plan B



Catch and release!...Kalau hantar majalah dapat hadiah nih!



RM 20 sekilo nih!




Salam buat kaki Pancing!

Adus! Sedar tak sedar dah lama gua tak update kan blog ni...bukan sibuk sangat pun tapi takde peluang nak gi mancing..maklumle asyik ujan jer! Jauh di sudut hati merintih dan bergelora untuk mencampakkan joran abu aku ke laut...(bukan nak buang yer tapi nak mancing le tu)

Sampai orang Umah gue pun nanye bila nak mancing??? Aku pun tak tau dia tanya tu perli ke suruh bebetul! ha..ha...nanti aku turun bebetul kang dia pulak risau.

Anak aku pun asyik nanye udang galah plak. Mane nak mancing udang hari sungai keruh ni??? udang kolam?? Tak seronok la...

okeyla..kalau kengkawan nak ajak aku dan geng-geng tegar turun mancing email la yer! alamatkan saja ke jemohid@yahoo.com. kalau kene gaya cuaca dan bajetnya no hal!

chow!

H1N1

Dah lama bebeno teman tak memancing nih...joran kat umah dah nak bersawang. Esok ada geng ajak turun mancing udang tapi teman tak siyo nak gi pasal wabak selsema babi nih. Bukan apa sehari dua nih rasa seram jugak tengok merata orang pakai topeng..teman tak berapa selesa pakai topeng nih kecuali dah xde jalan sangat tu lainlah... Lagipun PM kita dah pesan kalu xde hal sangat tak payah pergi ke tempat-tempat awam...( aku warganegara yang baik....) Mungkin sedikit masa lagi bila ada kelapangan dan wabak ni dah lega sikit teman sambung memancing...Kepada sahabat2 kaki pancing berhati-hatilah membawa diri. chau..

P/s - kepada sahabat teman hamba jahil jgn la asyik copy-paste jer!

Jauh berjalan luas pandangan

Aku dengan Geng Tegar baru je balik dari trip ke Kuala Terengganu. Penat akibat perjalanan yang panjang itulah membuatkan aku berehat menulis dua tiga hari ni. Trip kali ni pun boleh dikategorikan tidak berjaya jugak. Hanya sedikit Sotong dan ikan Apollo je yang menyangkut. Ikan besar? Takde diulangi takde !

Memang kurang bernasib baik kerana pergi ke sana musim orang menyandat sotong dah tu ikang mane dok ade!


Dari kanan Gemuk , Wan dan Sha ...pemancing tegar!



Tapi aku dan kengkawan ( kami berlima ) mendapat pengalaman yang luas turun ke Laut di sebelah sana. Apatah lagi ada member yang baru ni la yang merasa gi mancing kat Nganu. Satu perkara yang menariknya bot-bot sewaan di sini semuanya bersih2 dan amat berbeza dengan kebanyakan tempat lain. Sampai Gemuk ( our member ) boleh baring tido kat belakang tuh sambil berdengkur!. Bau hanyir langsung takde dan yang pentingnya aku tengok ada 12 biji lifejacket yang disusun rapi di kabin bot tersebut. Macam ni baru la nampak gaya pro dan boleh berniaga!.

Bersih dan kemas



Tekong di sana pun tidak kurang bagusnya..walaupun tahu diluar musim ikan tapi tetap melayan kami untuk mencari padang pancing...idak le tido manjangggg! (macam kat Afrika tuu! )

Lagi satu yang aku perasan , payah nak cari sampah-sarap kat tepi2 hihgway di Nganu tuuu masuk je negeri jirannya ( lu pikir le sendiri ) fuhhh meriah dengan sampah-sarap ditepi2 jalan. Ngape jadi lagu tu?

Apapun kami mengucapkan Terima Kasih kepada Tekong dan awak2 bot di Nganu ( Pangkalan Keropok Losong ) yang telah memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang masa di sana!.

chauuuu!

Bukan merajuk frust jer!

Kengkawan tentu tertanya-tanya ngape blog aku ni lama x update. Lepas trip 30/31 itu hari terus aku relax jap berblogging. Mana taknye lain dirancang lain pulak yang jadi...! inilah lumrah pemancing yang baru nak mengupgrade kan dirinya cam aku daripada amatur ke tegar.

Mula-mula rancang nak ke Tokong burung.Dah 3 minggu aku kompom dengan tekong bot dan diapun bersetuju dengan bayaran RM700.(umpan dan makanan bawa sendiri) Sampai jer hari turun ke laut sambil minum dengan tekong tu kat kedai kopi di Penyabung pelan2 tekong tu sound RM700 tak lepas dah la ni nak gi tokong burung! Itu yang buat aku heran tu, padahal 3 minggu sebelumnya dengan tekong yang sama jugak aku gi Tokong Burung dengan bayaran RM700 (walaupun pada awalnya perjanjian RM600 jer...maka terkial-kial lah kami mengumpul duit lagi bagi mencukupkan bajet). Kali ni tekong tu buat hal lagi...dia nak naikkan lagi sewa bot. Kalau awal2 dia maklumkan tak lah menjadi hal sangat (walaupun berat ) tapi bila dia buat begitu last2 minit aku mula rasa tertipu dan dia seolah2 cuba mengambil kesempatan di saat aku dan kengkawan dah sampai ke situ dengan peralatan memancing! Tambahan pulak aku lah yang menguruskan trip yang disertai oleh member KL yang baru jer nak cuba bermain di laut!

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak berkompromi dengan tekong tersebut (padahal aku selalu ke laut sewa bot dia). Sampai mana dengan RM700 pun lantaklah. Akhirnya turun lah kami ke laut tapi setakat Karang Acheh je. (tempat yang selalu aku gi dengan fiber enjin 6 kuda!) Dah tak leh buat ape aku dengan geng2 pun layan jer le. Unjam takde,tukun pun takde.Masing2 yang konpius dengan perjalanan trip kali ni pun buat2lah semangat memancing. Sebagai penganjur terasa jugak bersalah di hati tapi nak buat camne...ni bukan bot aku. Dalam 8 orang yang ikut serta hanya seorang dua je yang merasa menarik ikan. Itupun haruan tasik dan Yu bodo je! Tak ke sedih gitu...! Trip kami kali ni dikira gagal. Memang sudah suratan jadi begini dan kami redha dengan ketentuanNya.

Sebagai pengajarannya aku rasa nak serik dah jadi penganjur yang tak bergaji ni... dan yang paling penting pastikan tekong yang dipilih orang yang jujur dan memahami kehendak pelanggan.Pastikan harganya betul2 sebelum terlambat.Aku yang kompom melalui telepon sebanyak 3 kali berkenaan hargapun terkena apatahlagi mereka yang tak beringat! see u!
Akhirnya aku dan teman2 berjaya jugak merencana trip terbaru kami…trip yang akan diadakan pada 30 dan 31 mei ini bakal menyaksikan persaingan sengit 8 orang peserta untuk membuktikan ketegaran masing2.

Awal-awal lagi aku dah siapkan tapak trolling untuk pancing aku ha..ha..ha…Aku tau la dalam bot tu xde mende tu pasal aku dah gi dengan bot tu itu hari…nanti bila naik je bot aku akan mengaksenkan diri aku dengan ciptaan terbaru aku itu!

Kali ini ada sahabat dari KL nak join. Aku pun tak pernah jumpa…tapi dengo cite tegar orangnya…! Baguih le tu…bertambah lagi le geng2 pancing aku.

spesis yang dijangkakan memberi perlawanan sengit



Ok…chow!

Trip 4 may 2009

Seperti yang digembar-gemburkan akhirnya team kami telah mengadakan trip yang terbaru.Kali ini kami ke Pulau Layak, Penyabung Johor.Trip yang dirancang seminggu lebih awal akhirnya berjaya membawa pulang hasil yang agak lumayan.

Kami (aku,Sha dan De) sampai ke Penyabung lebih kurang 1 tengahari. Ketibaan di sini agak terlewat daripada jadual kerana terpaksa membeli umpan hidup terlebih dahulu di bandar Rompin dan sempat jugak shopping barang pancing mana yang kurang.Aku tak beli banyak kerana memang dah dari dulu aku akan membeli sedikit demi sedikit peralatan memancing seperti batu ladung, perambut, kekili, apollo setiap kali berkunjung ke kedai.Lama kelamaan banyak jugak barang pancing aku.

Acara wajib setiap kali sampai ke Penyabung ialah mengisi perut.Perut yang kosong hanya akan mengundang padah jika turun ke laut( takut mabuk le tuu ).Siap makan dan mengangkat bot fiber ke laut kamipun memulakan perjalanan. Kali ini kami berbekalkan enjin suzuki 15 kuda milik bapa sedara de dan Sha. Aku cam biasa jadi jurusauh yang setia sementara Sha mengemudikan bot 22 kaki itu.

Kami sampai di Layak lebih kurang jam 3 petang. Terus sahaja kami melabuhkan pancing sambil menangguhkan dulu kerja2 memasang khemah sebab dah tahan sangat nak mancing agaknya.

Menghanyut Kerapu

Sejak aku rajin ke Laut 4,5 tahun inilah aku tahu teknik menghanyut ni. Teknik yang tak memerlukan kita bersauh dan hanya perlu melabuhkan tali pancing ke dasar laut sambil menunggu rentapan ikan.Kebiasaannya Kerapu minyak dan Kerisi berbaloi dengan kaedah ini. Tapi pada petang ini teknik ini kurang menjadi agaknya.Hanya anak Kerapu minyak dan ane aje yang nyinggah.Aku mencadangkan agar kami berpindak ke Tukun Tayar yang tak berjauhan. Setibanya di situ aku lihat sudah ada sebiji bot yang berlabuh.Tengok gayanya macam bot sewa dari Rompin yang menelan hingga 500 hinggit dari jam 8 hingga 5 petang sewanya.Pada aku tak berbaloi kalau perabih duit beratus ringgit tapi tak bermalam lagipun trip kami ini hanya menelan belanja sekitar rm200 termasuk minyak keta,bot dan makan minum.Jimatkan!?

Sha yang mula2 membaling apollo steel mata 3 nya ke laut.Lepas tu satu joran lagi.Puhh kata aku dalam hati 'gian bebeno nak mancing ni' padahal akupun gitu juge!

Jeng! jeng! jeng!

Tak sampai 10 minit aku membaling pancing tiba-tiba mesin bando 5000 aku menjerit! Sreeeeeet! Terkejut kejap aku tapi dengan pantas aku mencapai joran meng'ejas' drag...ni beso ni.Tarikannya ganas tapi tak lama sempatla aku melayannya kejap!...Sreeeet! joran Sha pulak berbunyi...selang seminit je dan aku belumpun sempat menaikkan spesis yang memakan umpan pancing aku.Kelam kabut jugak kejap bila dua joran sekali ditarik.De yang di tengah terpaksa menggulung pancing yang lain.Sha yang tadinya tengah merakam aksi melayan ikanpun terhenti.(Melepas aku nak letak kat YOU Tube).

Selepas 5 minit ikan yang mendebarkan akupun kelihatan di gigi air..Perggh Gerong Belang rupanya.Spesis yang aku cari-cari selama ini. Beratnya cukup2 tiga kilo tapi ganasnya boleh tahan!

Tak lama kemudian Sha pun menaikkan ikannya.Ebek 2.5 kg...wow ini lumayan kata kami.Tidak lama kemudian sekali lagi Sha menaikkan Ebek.Kali ini sekilo lebih (siap timbang tu). De melayan kerapu dan tanda.

Akhirnya menjelang petang kami naik ke Pulau dan menyiapkan khemah dan memasak.Seronok rasanya jika dapat berkhemah begini.Pengalaman lah yang paling berharga.

Sebelah malamnya kami turun lewat ke laut akibat risaukan keadaan cuaca yang tak menentu.Tidak banyak ikan yang kami naikkan pada malam itu hanya tanda dan daun baru sahaja.Keseronokan petang yang kami sangkakan berlanjutan ke malam tidak menjadi kenyataan.Puas menuggu akhirnya kami naik ke Pulau berehat dan melelapkan mata.

Pagi

Seperti yang di rancang pagi esoknya kami awal-awal lagi bersedia untuk ke Pulau SriBuat untuk menghanyut Kerisi.Kerisi sini besar2 dan jika kena masanya boleh penuh tong coleman tu.Dalam perjalanan kekSriBuat tiba-tiba enjin kami memberikan isyarat yang tertentu.Tiba-tiba je menggelodak tak tentu pasal.Sementara alun di laut sudah mula kelihatan..Aku memandang Sha yang memang dari tadi memandang kat aku.Rupanya fikirannya serupa dengan aku...pusing balik dan jangan cari pasal.Jangan sombong di laut, jika rasa tak kesampaian jangan diteruskan.Terasa sangat kerdilnya bila dikelilingi air laut di sekeliling dan hanya fiber nipis yang memisahkan kita dengan laut yang tak kenal mangsa.Andai enjin rosak dan laut mula bergelora hanya Allah lah yang tahu nasib kita.

Kami bertolak ke Layak semula dan meneruskan aktiviti di situ. Hari ini juga tidak serancak semalam tambahan pula bekalan udang hidup kami kehabisan.Dapatlah kami menambahkan koleksi kami dengan beberapa ekor ikan lagi.Tidak sebesar mana tapi banyak juga.

Akhirnya jam 3 petang kami bertolak pulang ke Jeti Penyabong dengan sedikit terkilan dihati kerana tidak dapat bermain ikan Kerisi. Namun itulah ketentuan Ilahi.Janganlah kita mencabar kuasa alam (yang juga makhluk tuhan) jika sudah dirasakan tidak mampu.Keselamatan dan nyawa lebih penting daripada melepaskan keinginan hati...Pun begitu kami bersyukur dengan hasil yang agak lumayan kali ini.

Kat bawah ni aku letak gambar-gambat trip kali ini.





Video Sha sedang melayan Ebek!




enjin 15 kuda , bot 22 kaki


Ebek tu bang!

Pok dengan Gerong Belangnya.


Ebek lagi


Antara hasil





Aku yang tegar!

Aku sedang bersedia untuk beraksi di jeti Penyabong!



Aku dan team tegar ( nama pun dah box opis ) dah merancang untuk trip yang seterusnya minggu depan.Lokasinya dirahsiakan dahulu untuk mengelakkan kesesakan di laut. Apapun kali ini kami nekad untuk pergi ber'main' di sekitar pulau sahaja kerana bimbangkan keadaan cuaca yang masih sukar diramal.

Bot tidak menjadi masalah kerana mempunyai bot dan enjin sendiri.( Pinjam member punya pun ada jugak hu..hu..) Pun begitu sekurang-kurangnya kami tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk memancing di laut. Hang pa bayangkan kalu bot macam kat gambar atas tu je dah 7,8 ratus malah ada yang mencecah 1200 hanya untuk memancing semalaman kan ke haru kalau geng aku ni tiap bulan 2 kali ke laut? bajet sikit beb!

Bagaimanapun nantikan cerita yang akan aku bawa minggu depan hasil dari trip nih!

chow cin cau!

Pilihanraya oh pilihanraya...!

Rancak sungguh negara kita la ni dengan pilihanraya.Itu satu petanda yang baik dalam sistem demokrasi apabila wakil rakyat yang rasa bermasalah untuk meneruskan khidmat mengembalikan mandat kepada rakyat semula.

Macam ni baru gentleman.Jangan dok tetiba lompat parti lagi teruk.Elok2 kita undi dia pastu dok lompat parti...haru lah gitu.

Ada aku dengar cerita pembesar yang dok habaq mai kalu pilihanraya acap sangat nanti duit rakyat abis!...Laa lagu tu plak.Daripada dok membazir berjuta ringgit sebulan bayar gaji dan elaun kepada pemimpin2 yang tak tau dan tak mau berkhidmat lebih baik buat pilihanraya.Betul tak?

Haa hang jangan dok ingat aku asyik mancing tak amik tau pasal urusan negara.

Semalam yang tewas

Semalam aku ke Kuala Rompin memancing lagi.Orang umah aku cukup sporting bila aku gi mancing...xde masalah dan understanding. Dalam bab memancing ni ramai juga golongan suami yang bermasalah untuk keluar rumah.Si isteri yang `terlampau penyayang' sentiasa menjadi halangan.Mungkin mereka risaukan keselamatan suami mereka atau mereka lebih mengharap suami dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga daripada memancing boleh menjadi alasan.

Bagi aku kualiti time bersama keluarga amat penting disamping langkah keselamatan yang diambil setiap kali keluar memancing barulah isteri di rumah tidak bimbang.Ada kengkawan aku kejap-kejap orang umah call lah sms lah menanyakan khabar.Bukan apa kalau tengah mancing ramai-ramai dalam bot tu bunyi tpon yang bertalu-talu akan mengganggu ketenangan pemancing lain.Ewahhhh!

Berbalik kepada trip aku semalam.Aku sampai ke Kampung Lanjut lebih kurang petang.Selepas pekena nasi goreng di kedai mak cik di situ kamipun memulakan xpdc.Air dah mula menyorong surut semasa aku,Sha dan sepupunya menarik bot dan enjin ke Laut.Aku terus mengajak Sha ke lokasi biasa aku.Lebih satu jam menunggu hanya kuku dan anak kerapu minyak jer yang menyangkut.

Pukul 8 malam barulah air mula pasang dan air yang tadinya agak keruh dan merah mula bertukar jernih dan berkilat.Lagi haru ikan langsung x nak makan umpan udang kami(semalam guna udang pasar jer pasal x sempat ke bandar Rompin mencari udang hidup.Pun gitu udang pasar ni pun agak cantik lagi). Hinggalah ke pukkul 12 malam air mula menyorong surut hanya akan-akan kecil seperti gelama,seekor semilang dan duri jer yang menyentuh umpan.Aku mula puas rasanya.Air pulak lebih laju arusnya daripada biasa hingga bot fiber (gentian kaca 10 kaki) berpusing ke kiri dan ke kanan.

Nak dijadikan cerita jam 2 pagi agaknya enjin pulak buat hal. "enjin ni terkejut dengan air masin kut.." jelas Sha bila enjin 3 kudanya itu meragam.Arus makin laju dan tali sauh pulak pendek hingga kami hanyut ke hampir muka Kuala."Bahaya nih..kata aku jika bot lekat kat beting pasir kang naya kita" Akhirnya kami bersauh di tempat yang cetek sementara Sha merepair enjinnya.

Nasib baik enjinnya hidup dan kami mengakhiri trip kami lebih awal.Dapatlah 10 ekor ikan bercampur-campur.

Pengajaran : Pastikan enjin dan peralatan berfungsi dengan baik sebelum ke Laut atau ke Sungai.Jika tidak susah jadinya...!

Akukah Pemancing itu?

Akhirnya berjaya jugak aku membuka blog berkaitan hobi aku.Ya lah...memancing lah hobi aku. Bila x kerja (kekadang monteng) itulah keja aku.Aku minat belaka...ke laut boleh ke sungai pun boleh.Tahun ni jer dah berpuluh trip aku gi.Ke sungai aku memancing lais dan udang galah.Ke laut aku mencari ikan-ikan bersaiz mega dan menguji kemampuan jentera dan manusia ha..ha over skit!

Aku kalau ke sungai memancing udang ke Sungai Rompin lah lokasi utamanya.Udang Galahnya boleh tahan banyak walaupun sudah makin berkurangan dari tahun ke tahun.Penubaan lah yang menjadi ancaman kepada habitat udang di sini.

Ke laut aku selalu ke laut sebelah Penyabung Johor,Endau Johor dan Kuala Rompin Pahang.Jika dipanjangkan jodoh kita aku akan ceritakan serba sedikit trip-trip yang aku gi dengan gambar sekali.Aku ni bukanlah otai sangan dalam bab memancing cuma buah cempedak di luar pagar jer!

Pun gitu aku selain memancing minatlah jugak pada perkembangan politik tanah air ini seadanya.Barangkali aku akan masukkan jugak sedikit rencana ataupun komen aku berkenaan politik semasa di negara kita.Hidup ini singkat dan kekadang terlalu banyak yang kita ingin lakukan dalam hidup kita. Jadi medan berblogging inilah bakal menjadi sebahagian pengisi dalam hidup aku.

okay! chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |