Gambar-gambar di Pelantar MInyak!








Lombong pun lombonglah labu.....

Petang tadi saya bersama sparring partner Pak Su memecut ke Kg Aur , Bukit Ibam untuk menduga satu kolam di sana yang telah lama kami abaikan. Pak Su yang kali terakhir ke sana beberapa bulan lalu berjaya mendaratkan beberapa ekor haruan baya sekilo dalam masa sepetang sahaja.

Setelah beberapa hari joran kami bercuti hari ini kami akan menugaskannya ke tahap maksima. Saya berbekalkan kekili Dam Quick Striker dan joran ryobi aksi ringan sementara Pak Su dengan joran Pro tech aksi sederhana yang di padankan dengan BC Daiwanya. Umpannya, rapala pelbagai jenis berulamkan janggut dan katak tiruan!

Bertolakpun sudah agak lewat justeru itu kami hanya memfokuskan perjalanan kami terus ke sana tanpa kompromi dengan spot-spot yang lain. Setelah memasuki simpang kg Aur dan menghampiri spot yang kami tujui saya lihat Kama ( beginner caster ) bersama anaknya keluar dari jalan spot yang kami hendak tuju. Joran basterra dan kekili shimano FX nya tertancap kemas di raga motor sementara katak berpropeller terumbang-ambing di hujung joran.

“amacam?” tanya saya yang telah menduga beliau baru selesai menduga spot yang kami tujui. “ Hampeh!! Dah satu jam gua lempar dah nak tercabut lengan ni tapi kosong. Letupan haruan dan toman langsung tak dengar!. Dengar cerita baru ni ada member pulun perabih ikan kat sini!!” kata nya.

Pulak dah....oleh kerana haripun sudah hampir senja kami berpatah balik ke Bukit Ibam dan menduga pula paya lombong di sana. Kebetulan Sha dan Zul RC pun ada di sana. Berpenat lelah mereka merintis jalan di kawasan paya tersebut untuk ke spot yang cantik. Sementara lombong yang masih beroperasi itu dibingitkan lagi dengan bunyi lori dan jentera berat yang melombong bijih.

Bagi geng Ibam disinilah mereka melepaskan gian untuk memancing jika air sungai keruh atau di tuba! Kelihatan juga dua tiga orang kaki casting baru sedang berlatih untuk menancapkan skill balingan masing-masing.

Akhirnya setelah satu jam beraksi hanya Sha yang bejaya mendaratkan seekor haruan juvana. Lain-lain caster hanya menerima rabut ataupun karan sahaja. Tapi keadaan itu memang sudah di duga. Walaupun lokasinya amat cantik tapi populasi ikannya amat kurang. Barangkali lebih tuai ataupun gangguan daripada aktiviti melombong yang masih aktif di sini. Tidak hairanlah spot ini hanya menjadi pilihan terakhir untuk para pemancing yang gian melampau untuk membaling gewang! Umpama padang latihan..hi..hi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |