Beraya di Kampung

Jumpa saudara-mara dan kengkawan
Alhamdulilah saya telah selamat kembali semula ke Muadzam setelah pulang beraya di kampung. Setelah hampir setahun tidak ketemu sanak-saudara pertemuan mesra di Eidulfitri ini ialah satu saat yang amat bermakna dan disyukuri.
Berborak santai serta bertukar-tukar cerita sambil pekena Lemang dan Rendang membuatkan saya terlupa seketika pada rod & reel dalam bonet kereta yang sudah lama tidak ke air. Di kampung pun sudah kekurangan spot yang baik untuk agenda casting apatah lagi kamping saya agak jauh dari sungai Tembeling jadi ruang ini hanya saya isi dengan berziarah kaum-keluarga seadanya.

Jalanraya di negara kita
Pada pemerhatian saya yang memandu dari Muadzam ke Jerantut keadaan jalan raya pada hari sebelum raya agak sibuk. Sewaktu pulang ke kampung saya mengambil jalan Bera-Temerloh! Kononnya mahu cepat dan mengelakkan ‘jammed’. Jalan memang lengang tapi jalannya amat mendukacitakan. Lubang dan lopak di sana sini sehingga tayar di dihentam dengan teruk di beberapa lokasi. Kekadang tidak ada ruang untuk mengelakkannya melainkan memilih lubang yang lebih cetek dan tergamak untuk diterjah. Sadis!! Bukankah ada pihak yang sepatutnya menjaga kualiti jalanraya di negara kita???

Begitu juga jalan dari Maran-Jengka-Jerantut. Lubang di sana-sini seolah tidak ada penyelenggaraan akibat kerosakan yang dibuat oleh lori sawit dan lori balak. Apa agaknya kata pelancong luar yang ingin bertandang ke Taman Negara ya?

Malang di Jalanraya
Kemalangan? Sesuatu yang seakan sudah tidak boleh dielakkan di musim perayaan. Persoalannya siapa yang kena dan bila! Berjumpa jugak saya dua , tiga kemalangan yang tidak berapa serius tapi sekadar meneyeriuskan muka pemilik kereta tersebut apabila membayar bil membaiki!
Siapa yang harus dipersalahkan , Keadaan jalanraya atau sikap pemandu itu sendiri?...lu pikir lah sendiri kata Nabil!

Gulai Rong ikan Keli
Ini lah salah satu idaman apabila pulang ke kampung. Kalau tidak pekena gulai Rong jika pulang ke Jerantut macam tidak kena jadiknya. Gulai lemak cili api ayam kampungpun tidak setanding dengannya..ha..ha. Seakan ada nilai sentimental apabila menikmatinya. Maklumlah hanya jauhari yang mengenal manikam kan? Bagi orang lain satu kepelikkan makan asam biji Getah/Perah tapi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Jerantut. Memang syok bro!!

Casting , popping , jigging and bottom?
Memang cadangnya nak turun dua , tiga hari ni sebelum agenda besar kami pada 2 oktober nanti. Sekurang-kurang sessi pemanas badan sebelum ke Pelantar Minyak! Nanti la bila ada cukup korum yang masih belum balik beraya dari kampung kami akan pergi.
Ok bro! Chow! Akhi jemohid 3 syawal 1431H.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |