Terkesankah kita?

Hari ini cadangnya nak pergi casting lagi di spot baru. Walaupun letih semalam belum hilang tapi aura pancing tetap memanggil-manggil supaya membaling gewang.

Sambil bekerja sudah membayangkan adegan tarik-menarik. Tup! Tup! Jam 1 tengahari satu sms dari seorang sahabat masuk ke telefon bimbit saya..” Konvoi Freedom Flotilla ke Gaza dilaporkan telah diserang oleh komando tentera Israel.Seramai 10 orang telah disahkan terkorban, kapal Mavi Marmara telah ditawan dan dibawa ketempat yang tidak diketahui.”

Adus!! Dalam hati saya...sebagai seorang Islam dan manusiawi sangat tersentuh saya dengan situasi ini. Bantuan untuk mereka yang dizalimipun dihalang apakah yang akan jadi seterusnya pada rakyat Palestin?

Persolan itu sering memantul dalam kepala saya sewaktu membaling pancing dan gewang ke air kebelakangan ini. Maknanya jangan memancing sahaja tapi berfikir jugalah perkara-perkara yang lain. Betapa senangnya kita di sini saban hari boleh keluar ke mana sahaja dan berbelanja puluhan ringgit sehari untuk melampiaskan hobi memancing. Apakah yang telah dan boleh kita bantu untuk rakyat Palestin? Sesungguhnya persoalan ini kadang-kadang menyenakkan fikiran.

Muhasabah

“Apakah tersusun dalam doaku selepas solat untuk keselamatan dan kedamaian di Palestin?(Adus!! Jarang-jarang sahaja...sering terlupa) Berapa ringgitkah aku hulurkan sumbangan untuk meringankan beban saudara kita di sana? ( Allahuakbar! ) Takkan aku berhabis puluhan ringgit untuk satu-satu trip ke laut tapi hanya melaburkan seringgit dua sebagai ‘saham’ di akhirat kelak? “...kadang-kadang terfikir sendiri...zalimnya saya pada diri saya sendiri!

Untuk menghormati situasi tegang berhampiran perairan Gaza pada hari ini saya membatalkan sahaja trip pada hari ini untuk mengambil masa bermuhasabah diri...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |