Trip 4 may 2009

Seperti yang digembar-gemburkan akhirnya team kami telah mengadakan trip yang terbaru.Kali ini kami ke Pulau Layak, Penyabung Johor.Trip yang dirancang seminggu lebih awal akhirnya berjaya membawa pulang hasil yang agak lumayan.

Kami (aku,Sha dan De) sampai ke Penyabung lebih kurang 1 tengahari. Ketibaan di sini agak terlewat daripada jadual kerana terpaksa membeli umpan hidup terlebih dahulu di bandar Rompin dan sempat jugak shopping barang pancing mana yang kurang.Aku tak beli banyak kerana memang dah dari dulu aku akan membeli sedikit demi sedikit peralatan memancing seperti batu ladung, perambut, kekili, apollo setiap kali berkunjung ke kedai.Lama kelamaan banyak jugak barang pancing aku.

Acara wajib setiap kali sampai ke Penyabung ialah mengisi perut.Perut yang kosong hanya akan mengundang padah jika turun ke laut( takut mabuk le tuu ).Siap makan dan mengangkat bot fiber ke laut kamipun memulakan perjalanan. Kali ini kami berbekalkan enjin suzuki 15 kuda milik bapa sedara de dan Sha. Aku cam biasa jadi jurusauh yang setia sementara Sha mengemudikan bot 22 kaki itu.

Kami sampai di Layak lebih kurang jam 3 petang. Terus sahaja kami melabuhkan pancing sambil menangguhkan dulu kerja2 memasang khemah sebab dah tahan sangat nak mancing agaknya.

Menghanyut Kerapu

Sejak aku rajin ke Laut 4,5 tahun inilah aku tahu teknik menghanyut ni. Teknik yang tak memerlukan kita bersauh dan hanya perlu melabuhkan tali pancing ke dasar laut sambil menunggu rentapan ikan.Kebiasaannya Kerapu minyak dan Kerisi berbaloi dengan kaedah ini. Tapi pada petang ini teknik ini kurang menjadi agaknya.Hanya anak Kerapu minyak dan ane aje yang nyinggah.Aku mencadangkan agar kami berpindak ke Tukun Tayar yang tak berjauhan. Setibanya di situ aku lihat sudah ada sebiji bot yang berlabuh.Tengok gayanya macam bot sewa dari Rompin yang menelan hingga 500 hinggit dari jam 8 hingga 5 petang sewanya.Pada aku tak berbaloi kalau perabih duit beratus ringgit tapi tak bermalam lagipun trip kami ini hanya menelan belanja sekitar rm200 termasuk minyak keta,bot dan makan minum.Jimatkan!?

Sha yang mula2 membaling apollo steel mata 3 nya ke laut.Lepas tu satu joran lagi.Puhh kata aku dalam hati 'gian bebeno nak mancing ni' padahal akupun gitu juge!

Jeng! jeng! jeng!

Tak sampai 10 minit aku membaling pancing tiba-tiba mesin bando 5000 aku menjerit! Sreeeeeet! Terkejut kejap aku tapi dengan pantas aku mencapai joran meng'ejas' drag...ni beso ni.Tarikannya ganas tapi tak lama sempatla aku melayannya kejap!...Sreeeet! joran Sha pulak berbunyi...selang seminit je dan aku belumpun sempat menaikkan spesis yang memakan umpan pancing aku.Kelam kabut jugak kejap bila dua joran sekali ditarik.De yang di tengah terpaksa menggulung pancing yang lain.Sha yang tadinya tengah merakam aksi melayan ikanpun terhenti.(Melepas aku nak letak kat YOU Tube).

Selepas 5 minit ikan yang mendebarkan akupun kelihatan di gigi air..Perggh Gerong Belang rupanya.Spesis yang aku cari-cari selama ini. Beratnya cukup2 tiga kilo tapi ganasnya boleh tahan!

Tak lama kemudian Sha pun menaikkan ikannya.Ebek 2.5 kg...wow ini lumayan kata kami.Tidak lama kemudian sekali lagi Sha menaikkan Ebek.Kali ini sekilo lebih (siap timbang tu). De melayan kerapu dan tanda.

Akhirnya menjelang petang kami naik ke Pulau dan menyiapkan khemah dan memasak.Seronok rasanya jika dapat berkhemah begini.Pengalaman lah yang paling berharga.

Sebelah malamnya kami turun lewat ke laut akibat risaukan keadaan cuaca yang tak menentu.Tidak banyak ikan yang kami naikkan pada malam itu hanya tanda dan daun baru sahaja.Keseronokan petang yang kami sangkakan berlanjutan ke malam tidak menjadi kenyataan.Puas menuggu akhirnya kami naik ke Pulau berehat dan melelapkan mata.

Pagi

Seperti yang di rancang pagi esoknya kami awal-awal lagi bersedia untuk ke Pulau SriBuat untuk menghanyut Kerisi.Kerisi sini besar2 dan jika kena masanya boleh penuh tong coleman tu.Dalam perjalanan kekSriBuat tiba-tiba enjin kami memberikan isyarat yang tertentu.Tiba-tiba je menggelodak tak tentu pasal.Sementara alun di laut sudah mula kelihatan..Aku memandang Sha yang memang dari tadi memandang kat aku.Rupanya fikirannya serupa dengan aku...pusing balik dan jangan cari pasal.Jangan sombong di laut, jika rasa tak kesampaian jangan diteruskan.Terasa sangat kerdilnya bila dikelilingi air laut di sekeliling dan hanya fiber nipis yang memisahkan kita dengan laut yang tak kenal mangsa.Andai enjin rosak dan laut mula bergelora hanya Allah lah yang tahu nasib kita.

Kami bertolak ke Layak semula dan meneruskan aktiviti di situ. Hari ini juga tidak serancak semalam tambahan pula bekalan udang hidup kami kehabisan.Dapatlah kami menambahkan koleksi kami dengan beberapa ekor ikan lagi.Tidak sebesar mana tapi banyak juga.

Akhirnya jam 3 petang kami bertolak pulang ke Jeti Penyabong dengan sedikit terkilan dihati kerana tidak dapat bermain ikan Kerisi. Namun itulah ketentuan Ilahi.Janganlah kita mencabar kuasa alam (yang juga makhluk tuhan) jika sudah dirasakan tidak mampu.Keselamatan dan nyawa lebih penting daripada melepaskan keinginan hati...Pun begitu kami bersyukur dengan hasil yang agak lumayan kali ini.

Kat bawah ni aku letak gambar-gambat trip kali ini.





Video Sha sedang melayan Ebek!




enjin 15 kuda , bot 22 kaki


Ebek tu bang!

Pok dengan Gerong Belangnya.


Ebek lagi


Antara hasil





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |