Selamat menyambut Maulidur-Rasul.

Terkenang semasa dulu...

Sedar tak sedar sekali lagi kita menyambut sambutan maulid Nabi s.a.w. Teringat teman masa sekolah di zaman awal 80-an dulu. Setiap kali menjelang maulid nabi sekolah hari itu seakan menyambut perayaan yang besar. Sejak pagi lagi murid bersama guru akan berarak dari sekolah ke masjid yang berdekatan bersatu dengan penduduk kampung sekitar.

Hari itu pelbagai program diadakan di masjid sebagai mengenang sirah dan perjuangan Rasul sehingga Islam yang suci sampai kepada kita hari ini. Bagi kami bebudak sekolah (baru sekolah rendah) masa itu time makan la yang paling best!! Bermacam juadah yang ada kami kerjakan sehingga kenyang kemudian baru ramai-ramai berjalan pula balik ke sekolah. Ha..ha..hari itu kira bonus la..cikgupun sibuk dengan Maulid jadi kelas pun macam cuti jer!!!.

Itu lebih kurang 28 tahun dulu.
Masih hijau dan tidak faham apa ertinya menyingkap sirah perjuangan Rasul.

Tapi hari ini , masyarakat masih lagi berarak namun masih ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak erti apakah inti sebenar yang di bawa oleh Rasul s.a.w. Kebanyakan kian lagha , masalah sosial kian bertambah, institusi kekeluargaan kian goyah , dadah , dedah payah nak cerita. Nampaknya sehingga kini sirah dan sunnah rasul masih gagal kita hayati...!

Selamat menyambut Maulidur-Rasul 1431H!!!

Demam udang!

Minggu lepas teman gi lagi memancing udang di Sungai Rompin. Kali ini masih dengan Mi Ayam , Pok Su Din dan Saleh. Cuma Us Joe takleh turun minggu ni sebab kena keje katanya. Nanti banyak sgt ambik cuti banyak plak keje tertunggak katanya.

Lokasi kami kali ini ialah di Gading. Rancangan awal nak berkhemah di tepi sungai atau di rakit terpaksa dipindahkan ke atas jeti kerana kelewatan sampai di hari pertama program.

Betullah kata orang, udang ni tidak menentu mainannya. Jika pada minggu sebelumnya satu bot dua orang boleh menjangkau 4 kilo lebih hasil mahsulnya tapi kali ini keadaan sebaliknya. Dua hari (kira 1 setengah harilah) punya tangkapan tak sampaipun sekilo untuk dua orang! Unbelieveable! But it's really happened to us!

Apa nak buat yer!!! Banyak jugak geng yang kumpau hari tu. Teman tengok geng nogori awal-awal lagi dah cabut bila keadaan dah tak mengena. Rupa-rupanya dikabokan kemudiannya udang hari itu galak makan di sebelah hulu iaitu di Bangkung dan Merelak.

Ha..ha..trip kali ini barulah rasa letih badan berjemur dua hari. Tapi itu perkara biasa bagi pemancing amatur cam teman ni...ingin Dewasa dengan Pengalaman!

Mi menggayakan aksi rempit yang dilihatnya selepas aktiviti menggali cacing!...Bebudak jangan cuba tiru aksi ini. Jika nak tiru jugak beli kain kapan sendiri jangan nyusahkan mak-bapak!



Bot terpaksa di tarik untuk memaksimakan km/j. Maklumkah teman hanya ada enjin 2hp.


Mujur ada pengubat duka



Pok Su dengan Galah muda



Mission Impossible!!!







Gambar di atas adalah rapala yang saya buat sendiri...sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini tapi hanya sekadar mencuba... Dah siap dan masih dalam proses ujian di lapangan...nantikan perkembangannya...!

Gambar-gambar trip terbaru ke Sungai Rompin

(Gua post gambar dulu...cerita kemudian)

Jalan masuk ke Pengkalan yang membuatkan tuan punya kereta makan hati berulam jantung



"Langkah kanan ke kiri kita hari ini??"




...Adegan yang ingin kita lihat..berat sama dipikul



...Adegan yang tak ingin kita lihat...enjin rosak. Tak check dulu ke?



Posing jap sementara repair enjin..hi..hii



Mee Ayam dan Pok Su Din...merempit ke?



Belida Bintik...yang ini kecik , aku lepaskan je!



Us Joe dengan `jongkong' pertamanya.



Sha berposing untuk blog Jemuduk.Lumayan beb!



hi..hi..hii




Berudang di sungai Rompin

Setelah kian lama aku tidak turun memancing baik ke laut mahupun ke sungai kesempatan keemasan datang beberapa hari yang lepas. Tanpa ada perancangan awal aku menghubungi ustaz Joe sahabat yang selalu bersekali dengan aku berudang. Tanpa banyak soal dia yang memang otai dalam bab berudang ni terus aje on!

Maklumat awal yang diterima agak baik. Menurut cerita penduduk tempatan udang galah telah mula meragut umpan walaupun keadaan air sungai Rompin belumlah pulih sepenuhnya akibat hujan monsun. Ada yang sudah boleh membawa pulang berkilo udang sekali turun dan itu satu petanda baik bagi kami.

Seperti kebiasaan selepas subuh jam 0630 pagi kami sudahpun membungkus sarapan di kedai makan. Bawa bekalan berbungkus kekadang lebih menjimatkan masa dan wang jika kena bajetnya. Nak suruh orang rumah masak maklum ajelah anak-anak kecil dah mula celik mata jam 6 pagi.

Jam 730 pagi kami sudahpun memunggahkan peralatan pancing ke dalam bot di Bangkung. Kali ini kami cuba berjudi nasib di sini memandangkan maklumat awal udang mula bermain di sini kebelakangan ini. Berbekalkan umpan cacing dan lima batang joran setiap seorang kami meredah kesejukan pagi ke lubuk yang pertama berhampiran pengkalan bot.

`strike'

Tidak sampai lima minit salah satu joran aku telahpun bergetar keras petanda ditarik sesuatu di bawah sana. Dengan adrenalin yang kian memuncak akibat sekian lama tidak melayan udang dengan penuh perhatian aku menaikkan udang tersebut. Berjaya! Seekor udang saiz dara menjadi pembuka tirai pertama aku musim ini. Belumpun sempat menyimpan udang tersebut joran lain pula bergetar dan keadaan mula sibuk apabila us Joe juga menghadapi keadaan yang sama. Benarlah kata us Joe " Udang ni kalau dia ada tak payah tunggu lama-lama...lima minit cukup untuk membuktikannya"

Hampir 10 ekor udang saiz dara yang berjaya kami naikkan di spot pertama tersebut. Hari sudah semakin cerah dan kelihatan dari jauh ramai para pemancing yang mula turun dari pengkalan walaupun hari ini ialah hari bekerja. Kami berpindah dari satu lubuk ke satu lubuk dan keadaan sudah tidak lagi segalak tadi. Kelihatan bot-bot lain juga seakan hilang arah dalam mencari port yang berbaloi.

Kami cuba untuk berpindah menghilir sungai dan dengan enjin di tarik oleh lapan ekor kuda semuanya pantas(8horsepower). Dan lokasi baru ini rupanya tidak mengecewakan. Seekor demi seekor udang berjaya kami naikkan sehingga kadang-kadang rokok di tangan mati kelaparan..ha..ha.

Semakin kami berpindah ke hilir semakin besar saiz udang yang berjaya kami naikkan. Us Joe mula-mula sekali berjaya menaikkan sepit biru atau 'jongkong' panggilan pemancing di sini. Joran kecilnya melengkung U akibat diasak oleh si galah tersebut. Aku hanya berkongsi kegembiraan dan mengharap turn aku pulak selepas ini.

Hujan

Tompok-tompok hitam mula kelihatan di atas sana walaupoun pada awalnya keadaan cerah. Jam 11 pagi tanpa didapat ditahan-tahan hujan turun denga lebatnya. Us joe yang memang sudah kebiasaan membawa baju hujan dalam begnya bertudung litup dalam hujan tersebut. Hanya bahagian matanya sahaja yang dibuka untuk memantau jorannya. Sementara aku mendapat pengajaran yang pertama hari ini. Baju hujan memang sengaja ditinggalkan kerana beranggapan musim monsun sudahpun berakhir. Lencunlah aku di dalam bot dan hanya telefon , kamera dan beg duit yang berjaya diselamatkan di dalam beg kanvas. Walaupun lencun dan kesejukan perjuangan tetap diteruskan. Alang-alang memancing biar basah!hi..hi..

Walau dalam keadaan hujan sekalipun udang di sungai Rompin tetap menjamah umpan. Barangkali terlampau lama mengidam cacing akibat banjir kut! Hujan reda , panas dan kembali hujan berulang kali menjelang ke petang. Sementara aku terus terus diluluhawa oleh alam.ha..ha.

Etika

Kelihatan semakin banyak bot pemancing yang turun ke sungai Rompin sekarang. Ramai orang banyaklah ragamnya. Ada yang memandu bot seperti merempit di jalanraya tanpa menghiraukan keselamatan pemancing yang lain. Yang agak terkilan ialah apabila melihat perahu-perahu jalur yang dinaiki orang asli yang memancing terpaksa berhimpit ke tebing setiap kali 'mat rempit' yang kebanyakannya bukan orang tempatan ini lalu. Barangkali mereka sukar memahami keadaan susah-payah orang lain.

Begitu juga dengan tangkapan udang yang kecil. Ada yang memakan pancing itu hanya sebesar jari kelengking dan tangkapan sebesar ini haruslah dilepaskan kembali ke habbitatnya agar terus berkembang-biak. Sampai bila populasi udang galah di sini akan terus ujud jika pemancing hanya mengira kepentingan perut semata-mata tanpa memikirkan keperluan generasi akan datang.

'Jongkong'

Di sebelah petang barulah saya berjaya menaikkan si jongkong!. Labuhan umpan dibawah bot rupanya boleh mendatangkan untung. Dapatlah kami merasa tarikan si galah yang sebenar pada trip tersebut.

Menjelang petang sewaktu air mula pasang sekali lagi membuatkan kami tidak menang tangan. Udang saiz dara yang majoritinya memakan umpan pada hari tersebut membuatkan kami terpaksa mencatu umpan yang kian surut. Seekor cacing untuk dua mata kail. Bolehlah asal ada bau cacing.

Kami naik semula ke Pengkalan sebelum maghrib dengan tangkapan yang boleh di kira lumayan. Anggaran tiga kilo lebih untuk dua orang boleh dikira `mengena' memandangkan masih di luar musim dan air sungai belum pulih sepenuhnya.

*Kepada kaki-kaki pancing yang ingin bertukar-tukar pendapat bolehlah mengubungi penulis melalui email jemohid@gmail.com.

Sebarau oh Sebarau!

Setelah kian lama joran aku bersawang di dinding akhirnya hari ini aku menguatkan semangat untuk mencuba port baru untuk memancing. Kali ini bersama seorang lagi anggota geng Tegar , Sha Ibam aku menuju ke port di tasik air terjun bukit Ibam. Spesis yang di buru tidak lain hero sungai si sebarau. Dengar ceritanya beberapa hari lepas seorang angler berjaya menewaskan dua ekor sebarau anggaran sekilo lebih sekor.

Sesampai di lokasi yang tidak jauh daripada jalan Bukit Ibam-Muadzam kami memulakan perjuangan. Lontaran demi lontaran kami lemparkan sehingga lenguh tangan dan bahu. aku bersama Rapala Magnum merah putih sementara Sha menggunakan umpan tiruan Soft Plastic. setelah hampir sejam berlegar-legar mencari spot yang cantik akhirnya kami mengalah. Sebarau langsung tidak kelihatan. Toman dan Haruan yang biasanya pantang di cabar juga menyepikan diri.

Rupanya Sha telah menyediakan plan B. Dalam guni di raga motornya rupanya ada jala. Huh! kali ini pasti jenuh dengan ikan fikir aku dalam hati. Tanpa berlengah sha memulakan tebaran sepanjang alur yang sedikit tenang. Tebaran demi tebaran daripada bulat kepada corak bintang langsung tidak membuahkan sebarang hasil. "Tengokkan gaya bergambar bukan main"..kata aku. Akhirnya dapat juga 2 ekor anak lampam kategori juvana...sedih jugak nak ngambiknya. sebagai team pancing yang beretika tanpa disuruh sha melepaskan anak ikan tersebut. " takut spesis pupus" katanya. Bagus le tu catch and release dah lama di amalkan di negara-negara maju jadi sampai masanya kita juga berhabit begitu.

Kecewa punya pasal terpaksalah kami menggunakan teknik termudah untuk mendapatkan ikan. Bukan tuba tapi beli. ( AMARAN : DI LARANG MENUBA WALAU TAK DAPAT IKAN ) Kami beli ikan sungai yang di jaring oleh penduduk di sungai Aur. Banyak jugak ikannya.Sengarat,baung,kelabau dan lain-lain. Tapi harganya RM20 sekilo beb!! Agaknya kalau Usin Lempoyang ada diapun akan berhenti jual unta."Jual ikan sungai lebih kaya daripada jual unta WOWWW!


Ok. Chow!
sikit punya cantik tempatnya..!

Lokasi yang disyaki didiami spesis Sebarau ang the geng!


Dah macam-macam balingan dibuat...tapi fail!



Plan B



Catch and release!...Kalau hantar majalah dapat hadiah nih!



RM 20 sekilo nih!




Salam buat kaki Pancing!

Adus! Sedar tak sedar dah lama gua tak update kan blog ni...bukan sibuk sangat pun tapi takde peluang nak gi mancing..maklumle asyik ujan jer! Jauh di sudut hati merintih dan bergelora untuk mencampakkan joran abu aku ke laut...(bukan nak buang yer tapi nak mancing le tu)

Sampai orang Umah gue pun nanye bila nak mancing??? Aku pun tak tau dia tanya tu perli ke suruh bebetul! ha..ha...nanti aku turun bebetul kang dia pulak risau.

Anak aku pun asyik nanye udang galah plak. Mane nak mancing udang hari sungai keruh ni??? udang kolam?? Tak seronok la...

okeyla..kalau kengkawan nak ajak aku dan geng-geng tegar turun mancing email la yer! alamatkan saja ke jemohid@yahoo.com. kalau kene gaya cuaca dan bajetnya no hal!

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |