Ke gunung kami daki..ke lurah kami turuni...Kali ini kami menjengah satu spot yang sudah tidak asing lagi dalam dunia pengilatan ( istilah baru tu,,) terutamanya bagi caster tegar dari Bukit Ibam.
Seusai menyudahkan kerja di ladang yang berhampiran , saya dan Pok Su berkejar ke lokasi tersebut. Keadaan berbukit-bukau dan tebing curam menjadikan perjalanan ke lokasi tersebut sedikit mencabar walaupun hanya beberapa puluh meter dari jalan tanah merah.
Air sungai yang selebar hanya 50 kaki ini masih agak merah akibat hujan lebat ditambah pula dengan aktiviti perlombongan bijih besi yang kian menjadi-jadi di bahagian hulunya membuatkan kami tidak terkejut dengan keadaan yang menunggu.
Barisan batuan yang merintangi sungai masih di tenggelami air dan yang nampak hanyalah pusaran air di sebelah hilirnya menandakan sedikit masa lagi air akan menyurut.
Menggunakan gewang Yo Zuri minnow kedua-dua kami tidak jemu memujuk sebarau untuk menunjukkan diri. Bukan nak bawa balik kalau mengenapun...dapat bergambar jadilah..!
Namun setelah lebih dua jam meredah semak-samun menghilir sungai...kekumpauan sahaja yang melanda diri. Itupun setelah jenuh bereksperimen dengan pelbagai variasi gewang. Keputusannya : Hari ini balik dulu lain kali bila air jernih sikit kita mai pulak...!
No comments:
Post a Comment