Sebut saja Sungai Rompin , pasti penggemar hobi pancing akan  terbayang akan kepesatan habitat Udang Galahnya atau Macrobranchium  rosenbergi dalam bahasa saintifik. Memang benar jika anda mengambil masa  sehari membuat bancian akan kesibukan sungai ini dalam melayani  ketibaan kaki pancing dari seluruh negara pasti anda akan terpegun  dengan angkanya.
Pemancing bukan sahaja dari daerah  berdekatan malah ada di antara mereka yang datang dari Johor , Negeri  Sembilan , Kuala Lumpur malah Singapura untuk merasai debaran menaikkan  udang galahnya. Pendek kata jika hari bekerjapun habis permintaan  bot-bot yang membuat sewaan disini apatah lagi hari minggu yang umpama  pesta di sini. Ramai juga yang membawa bot sendiri namun lebih senang  jika menyewa sahaja bot 12 kaki dengan enjin 3 kuda dengan sewaan  serendah RM40 hingga RM50 untuk pancingan sehari suntuk.
Saya  bersama Pok Su dan Mi Ayam lebih gemar menggunakan bot sendiri yang  sememangnya telah diparkir ditebingan sungai Rompin ini. Enjin 5 kuda  paling sesuai jika ingin menduga spot demi spot yang dirasakan  berpotensi. Tapi minggu lepas terpaksalah bawa enjin 10 kuda apabila  enjin saya meragam akibat terlampau lama terbiar tanpa sebarang  selenggaraan.
Turun dijeti Kampung Pantai Bernas  kemudiaanya mudik ke Kampung Ayam hanya mengambil masa 10 minit untuk  masing-masing menurunkan umpan cacing ke dasar. Air sudah cantik tapi  suhunya masih sejuk membuatkan getuan udang tidak sehebat mana. Mungkin  minggu depanlah tempoh yang paling sesuai untuk berpesta udang agaknya.  Dengan kekuatan 3 orang pemancing dan berbelas batang pancing berjaya  juga kami mendaratkan hampir dua kilo Udang. Di sini tangkapan sebanyak  ini dikira tidak berapa menjadi! Namun cukup untuk sessi memanaskan  badan setelah hampir 6 bulan joran bersawang di dinding.
Kepada  yang ingin memancing di sini dinasihatkan membawa bot sendiri atau  membuat tempahan awal dengan penyewa bot. Takut kalau bot yang di harap  kehabisan walaupun ramai yang mengusahakan pakej sewaan bot di sepanjang  sungai Rompin baik dari Leban Chondong hinggalah ke Kedaik di bahagian  hulunya.
Jom mancing udang bro!
|  | 
| Suasana tenang di awal pagi di Kampung Pantai Bernas...sayangnya jeti baru  Kompleks Sukan  tenggelam di kambus pasir semasa musim tengukujuh yang lalu |  |  |  | 
 | 
 | 
 | 
|  | 
| Mi Ayam siap memasang enjin ke bot untuk memulakan ekspidisi | 
|  | 
| Pernah menjadi Tekong tersohor dulu ni... | 
|  | 
| Antara tangkapan awal sessi pagi | 
|  | 
| Saiz sebegini yang paling dinantikan... | 
|  | 
| Galah kecik pun ambil kesempatan untuk bergambar | 
|  | 
| Duri dan anak baung spepsis yang paling laju mngerjakan umpan | 
|  | 
| ni kalau jual mau RM30 sekilo nih! | 
|  | 
| Udang sebesar ibu jari je yang banyak. Mane pegi sepit birunya? | 
|  | 
| Jeti yang didirikan di sepanjang sungai Rompin untuk kemudahan pemancing berekreasi bersama keluarga |