Sinopsis buka Kuala...

 Arakian tengkujuh hampir ke penghujungnya. Hujan yang mencurah beberapa ketika lalu seakan mengendurkan tenaganya.Sudah pasti antara yang bergembira dengan perkembangan ini ialah golongan kaki pancing jua adanya. Keghairahan yang sudah tidak mampu tertahan lagi untuk mengunjungi lubuk dan tukun yang selama ini menjadi rutin kunjungan bakal terlaksana dengan kendurnya hujan dan angin monsun ini.  Sungai yang melimpah banjirpun sudah mula surut ke takat normal meninggalkan seribu kesan akibat hanyutan arus deras air.

Benarlah kata pepatah , sekali air bah sekali pantai berubah. Disesetengah tempat bentuk geografinya tidak lagi seperti asal. Ada yang berbeting , berpulau dan bereba. Yang pastinya lokasi-lokasi ini bakal menjadi medan baru bagi penggila kail untuk menduganya.Di tambah pula dengan penambahan jumlah populasi ikan semasa membiak tatkala air melimpah tebing sudah pastinya akan memberi bonus kepada kita.

Kaki pancing tidak kira mat bottom , kaki casting atau jigger man rutin yang selama ini terbantut kembali beransur normal. Yang ke darat sudah pun meninjau lubuk manakala yang ke laut sudah pun mula menempak bot. Ada bot di Terengganu yang telahpun penuh tempahannya sehingga ke bulan julai! Wow!! Menjadi benar nampaknya rezeki para tekong yang bergantung hidup dengan industri pancingan ini. Tahniah. Cuma dalam masa yang sama diharaplah para tekong meng'uppgrade'kan tahap servis di bot masing-masing ke tahap yang lebih professional. Majoritinya sudah baik cuma ada segelintir yang masih tertinggal di belakang dengan sikap  tidak pandai melayan pelanggan yang ingin mencari keseronokkan memancing di laut.Tinggalkan dongeng 'tekong tidur` dan 'liat untuk berpindah'!

Sementara bagi rakan pemancing pula haruslah lebih mendisiplinkan diri dalam bidang ini. Hormati hak dan keselesan orang lain , amalkan menjaga kebersihan padang pancing dan amalkan jua 'catch n release' sebagai selected harvest! Bimbang juga jika generasi akan datang tidak mengenali Sebarau dan Kelah atau Ebek dan Jemuduk!

Tahniah juga kepada anglers yang cuba menerokai pelbagai teknik pancingan dari bottom , casting mahupun jigging! Maklumlah bidang pancing ini luas dan pelbagai yang memberikan kepuasan yang berbeza.

Bagi kami di Muadzam trip buka Kuala nampaknya bakal berlayar ke Pelantar minyak lagi. Berpunca dari trip pada oktober lepas yang mensasarkan monster dan bagak namun sebaliknya hanya bergasak dengan kerisi dan cupak. Di harap trip kali ini bolehlah melampiaskan hasrat yang sekian lama terpendam. Members dah cukup , bot dah tempah dan deposit dah pun bayar...hanya menunggu saat ketika dengan debar adrenalin.

Saya percaya sahabat di luar sanapun sudah ada rancangan trip masing-masing menjelang tirai pancingan 2011 bermula. Apapun yang kita buat jangan lah sampai lupa tanggungjawab kita kepada diri , keluarga , masyarakat dan negara. Jelinglah seketika kepada masalah sosial yang kian parah , fikirlah jua anak bangsa yang terjebak dengan najis dadah...apakah uasaha kita untuk membantu. Juga kepada mereka yang kesempitan hidup perlu di bantu akibat kenaikkan kos sara hidup yang kian mencanak naik. Jangan kita tersenyum lebar di lubuk sementara ada yang lain terpaksa mengikat perut untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak isteri. Tolonglah mereka yang kesusahan.

Yang paling penting pemancing jangan tinggal solat! Jangan abaikan perintah dan tegahan agama walau di lubuk mana kita berada. Maklumlah hidup ini singkat untuk diabaikan begiru sahaja...


Semoga Allah memberi kemudahan dan keberkatan kepada kita kaki pancing!

Salam buka kuala dari saya...Jemohid.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |