Persediaan sebelum ke Laut

Ramai kaki pancing terutamanya beginner kadang-kadang tangkap muat aturcara memancing mereka tanpa ada perancangan yang rapi. Hal sebegini barangkali disebabkan mereka sekadar ingin mengikut rakan sebaya berekreasi ataupun memang sudah menjadi habit seseorang atau sekumpulan itu sendiri.
Sayajuga pernah mengalami suasana yang sama seperti di atas. Semasa mula berjinak-jinak dengan hobi/sukan/cari makan dengan aktivitas yang menghanyirkan satu badan ini.

Hal sebegini jika diambil kira quality times atau quality trip amatlah berisiko sekali. Kerja on the spot atau semberono ini bukanlah kebiasaan jika dilihat kepada pemancing-pemancing pro samaada di dalam dan di luar negara.
Ada beberapa perkara atau tips yang perlu dipersiap-siagakan seandainya ingin memastikan sesuatu trip itu lancar dan di kira berjaya.

a) Fokus tangkapan /  focus of your catch
“Jika kail panjang sejengkal jangan laut hendak di duga” itu pepatah orang tua-tua yang menggambarkan ketidak-mampuan individu tertentu dalam menempuhi sesuatu cabaran tanpa ilmu atau persediaan yang rapi. Jika anda ingin mencari ikan layaran adakah patut anda hanya bersenjatakan rod 201b dan reel yang hanya sesuai bermain apollo kerisi? Maknanya di situ biarlah berpadanan dengan keadaan.
Begitu juga perlu difikirkan umpan yang sesuai untuk sesuatu tangkapan. Ramai yang memilih secara rambang dengan menggunakan umpan antarabangsa antaranya ikan kembung , Tamban , Selayang mahupun tongkol ataupun Sotong. Ini pilihan yang bijak namun jika ingin lebih baik sudah tentulah kita akan bersedia dengan umpan ikan hidup untuk memikat Tenggiri dan layaran, udang hidup untuk santapan si ebek mahupun ketam untuk si Bayan.
Pernah terjadi kepada kami sewaktu trip ke Pelantar minyak sedikit masa dahulu umpan hidup langsung tidak ada.Di ulangi Tidak ada. Kesilapannya adalah kerana kami menjangka tekong bot akan ke unjam untuk bermain apollo untuk mendapat hidup terlebih dahulu. Rupa-rupanya tekong tersebut sendiri tidak faham keperluan umpan hidup kerana baru beralih arah daripada nelayan tradisional yang menahan bubu kepada pemandu bot pancing ke laut dalam. Akibatnya kami hampir kumpau namun nasib baik diselamatkan oleh kepingan besi jig yang cuma beberapa keping. 

Akan bersambung...

2 comments:

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Tgk orang memancing macam best je...seriwangi first time pegang pancing masa ikut rombongan PUSPANITA kat kedah dan kena masuk pertandingan memancing. Pegang pancing pun tak pandai, nak taruk umpan kat mata kail pun terkial-kial, itupun ada orang yang sudi tolong, tapi...bila dapat ikan seronoknya..!Selalu mimpi tangkap ikan dgn tangan.

admin said...

hi..hi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |