Gambar sekitar Royal Pahang

Pengkhabar cerita

Among the Marshall...

Jentera yang digunakan para penduga marlin dan layaran

Geng Yazid dan Joran Panjang ( Sirip) turut mencuba nasib
Inikah lokasi utama layaran tahun ini...Pulau Batu Berhala. 1 Jam 20 minit dari jeti kargo Pantai Bernas Rompin



Kemeriahan di meja penganjur

RG...Presiden Persatuan Memancing Malaysia

Marshal menyerahkan tugasan masing-masing

Trip terbaru

Pulau Semut.



Us joe turut serta...dah lama tak turun katanya...

mie..mabuk ke bro??

Awak-awak

Us joe memang rajin memasak...nasi goreng abis licin!!

Tekong Setopa

Bot yang jadi tunggangan...hi..hi

galeri


Pok Su dengan Haruan Lombong Tokong

Galah sebelum air sungai jadi teh tarik

Us joe dan pasangan duetnya Sani memancing udang!!

Ramadhan bulan Tarbiyyah dan Keampunan

Pejam celik sekejap saja rasanya Ramadhan hadir menziarahi kita. Kenikmatannya kian hampir meninggalkan kita yang entah sempat atau tidak dengan Ramadhan tahun hadapan. Apakah telah berlaku perubahan besar dalam hidup kita seusai tarbiyyah sebulan ini.
Allah telah mengingatkan yang mana amat rugilah seseorang hambanya itu yang berpeluang bertemu Ramadhan namun setelah berakhir Ramadhan dosanya tidak juga diampunkan.Wal’iyazubillah! janganlah kita kaki pancing termasuk dalam golongan itu hendaknya.

Ramadhan berlalu Syawal pasti menjelma. Hari kemenangan bagi mereka taat akan perintah puasa dari tuhannya.  (Bagi yang kumpau puasa janganlah lebih-lebih pulak yea! ) Berbaju baru , kereta baru dan belanja mewah sudah menjadi rutin sebahagian kita. Sepatutnya tidaklah salah jika bersederhana dan mengikut cara Rasul S.A.W bukan bersederhana mengikut cara Qarun atau Haman.
Jalanraya dan Hariraya seakan tidak dapat di pisahkan lagi. Sama ada untuk menjadi laluan destinasi balik kampung , laluan ziarah Hari Raya mahupun Korban Hariraya. Cuma siapa dan bila sahaja yang tidak ketahuan. Hati-hati la bro!! Jangan gopoh dan leka semasa memandu. Bertimbang rasa lah sikit pada pengguna yang lain.  
Ruang ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat memenuhkan puasa dan Selamat Bereidulfitri kepada semua pengunjung   http://jemuduk.blogspot.com/ . Jom kita terus memeriahkan arena pancing seantero dunia!

Yang DiRindu Telah Tiba

Trip terakhir dua hari sebelum Ramadhan benar-benar menyiksa jiwa dan raga. Naik sahaja ke bot kami di sapa Barat Laut bersilih ganti dengan Tenggara dan Selatan. Akibatnya terjadilah analogi yang menarik daripada mula hingga ke akhir trip.

Dah la ikan xde, badai pulak dekribut...hu..hu..Nasib baik trip kali ini hanya ke Pulau Layak di perairan Penyabong, dapat jugak la mengelik di balik pulau...Kalau gi ke Tokong Burung tentu haru jadiknya...

Hanya ikan Apollo yang mendominasi tong coleman di atas dek. Ane , kunyit dan kerong sama geli mencuri umpan sotong dan udang hidup. Hanya Kaci , Tetanda , Delah dan anak ebek yang mampu mengubat sedikit kecewa. Itupun boleh dibilang dengan sebelah tangan jer!!

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhanu... Akhirnya sempat juga kita sampai ke Ramadhan 1432H ini. Bulan yang penuh keampunan dan keberkatan...Bulan yang dirindu oleh mereka yang mengaku beriman...Hebatnya Ramadhan itu kerana ianya menjadi madrasah Tarbiyyah bagi sekalian ummah...Cuma tidak ramai yang menyedari dan menghayatinya...

Kita kaki pancing jangan pulak jadik ceroi dalam bulan ni... jangan jadi cam time bebudak dulu yang pantang lepa ponteng puasa atau malas nak berterawih. Sepatutnya masa beginilah kita manfaatkan sepenuhnya untuk bekalan hari Pembalasan yang pasti akan tiba termasuklah kepada kaki pancing , kaki tuba mahupun kaki karan ikan. Jom rebut peluang gi tazkirah!!!

akhi jemohid 2 Ramadhan.

Perginya seorang serikandi muslimah

"....saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dr Lo'lo Al-Ghazali.

Kita hanyalah bilangan hari. 
Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi.
Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.
Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. 
Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. 
Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan.
Dunia ini amat sementara; 
ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Cover Page la pulak...!



Kali ini Pok Su dan hasil jiggingnya menghiasi muka depan majalah sirip edisi julai. Trip yang saya terlepas untuk menyertainya itu rupanya menjadi Pesta Jig dengan si bagak! Mana taknya tenggiri skala 10 kilo ke bawah sahaja sudah berbelas ekor! Meriah bro! Itu belum masuk ikan lain lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |