Trip terakhir dua hari sebelum Ramadhan benar-benar menyiksa jiwa dan raga. Naik sahaja ke bot kami di sapa Barat Laut bersilih ganti dengan Tenggara dan Selatan. Akibatnya terjadilah analogi yang menarik daripada mula hingga ke akhir trip.
Dah la ikan xde, badai pulak dekribut...hu..hu..Nasib baik trip kali ini hanya ke Pulau Layak di perairan Penyabong, dapat jugak la mengelik di balik pulau...Kalau gi ke Tokong Burung tentu haru jadiknya...
Hanya ikan Apollo yang mendominasi tong coleman di atas dek. Ane , kunyit dan kerong sama geli mencuri umpan sotong dan udang hidup. Hanya Kaci , Tetanda , Delah dan anak ebek yang mampu mengubat sedikit kecewa. Itupun boleh dibilang dengan sebelah tangan jer!!
Ahlan wa Sahlan ya Ramadhanu... Akhirnya sempat juga kita sampai ke Ramadhan 1432H ini. Bulan yang penuh keampunan dan keberkatan...Bulan yang dirindu oleh mereka yang mengaku beriman...Hebatnya Ramadhan itu kerana ianya menjadi madrasah Tarbiyyah bagi sekalian ummah...Cuma tidak ramai yang menyedari dan menghayatinya...
Kita kaki pancing jangan pulak jadik ceroi dalam bulan ni... jangan jadi cam time bebudak dulu yang pantang lepa ponteng puasa atau malas nak berterawih. Sepatutnya masa beginilah kita manfaatkan sepenuhnya untuk bekalan hari Pembalasan yang pasti akan tiba termasuklah kepada kaki pancing , kaki tuba mahupun kaki karan ikan. Jom rebut peluang gi tazkirah!!!
akhi jemohid 2 Ramadhan.
No comments:
Post a Comment