Allah telah mengingatkan yang mana amat rugilah seseorang hambanya itu yang berpeluang bertemu Ramadhan namun setelah berakhir Ramadhan dosanya tidak juga diampunkan.Wal’iyazubillah! janganlah kita kaki pancing termasuk dalam golongan itu hendaknya.
Ramadhan berlalu Syawal pasti menjelma. Hari kemenangan bagi mereka taat akan perintah puasa dari tuhannya. (Bagi yang kumpau puasa janganlah lebih-lebih pulak yea! ) Berbaju baru , kereta baru dan belanja mewah sudah menjadi rutin sebahagian kita. Sepatutnya tidaklah salah jika bersederhana dan mengikut cara Rasul S.A.W bukan bersederhana mengikut cara Qarun atau Haman.
Jalanraya dan Hariraya seakan tidak dapat di pisahkan lagi. Sama ada untuk menjadi laluan destinasi balik kampung , laluan ziarah Hari Raya mahupun Korban Hariraya. Cuma siapa dan bila sahaja yang tidak ketahuan. Hati-hati la bro!! Jangan gopoh dan leka semasa memandu. Bertimbang rasa lah sikit pada pengguna yang lain.
Ruang ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat memenuhkan puasa dan Selamat Bereidulfitri kepada semua pengunjung http://jemuduk.blogspot.com/ . Jom kita terus memeriahkan arena pancing seantero dunia!
No comments:
Post a Comment