Trip ringkas satu hari satu malam ke lokasi yang agak lama kami tidak kunjungi. Jika di sebelah Penyabung , Johor Kepulauan seribuat yang terdiri daripada beberapa gugusan buah pulau adalah lokasi pancingan utama para pemancing dan nelayan di sini.
Satu masa dulu memanglah di sini umpama lubuk bagi ikan-ikan saiz sedang dan bagak. Namun dari sehari ke sehari menurut apa yang saya difahamkan amukan pukat tunda yang entah dari mana meratakan habis kebanyakan dasar lautnya mengangkut segala terumbu , tukun dan ikannya ke perut bot pengusaha yang tamak haloba mengakibatkan para nelayan dan pemancing tempatan/luar makan hati dibuatnya.
Menurut seorang bekas tekong yang sempat kami temui , sekarang membawa pemancing yang menyewa bot ke laut lebih lumayan dari menjadi seorang nelayan tradisional. Bukan tidak ada usaha untuk menggalakkan ikan yang dijalankan seperti pembinaan tukun tiruan dan sebagainya namun barangkali kawalan atau penguatkuasaan ke atas bot-bot pukat tunda yang tidak mematuhi peraturan memukat agak longgar membuatkan hasil laut lebih banyak masuk ke kantung mereka daripada nelayan tradisi/tempatan.
Trip kali ini kami menggunakan bot gentian kaca yang di tarik oleh 30 ekor kuda bergelar Yamaha. Mi ( Tekong ) , Pok Su ( Jurusauh ) , Din ( Penolong Jurusauh ) dan saya ( tukang start enjin sekali-sekali bila mi sakit tangan ) sepakat bertolak ke Pulau Seribuat berjudi nasib sebagai pemancing tegar. Arus sangat perlahan dan kekadang langsung mati di tambah pula dengan 'belaian' angin Barat dan Selatan sekali-sekala seakan boleh menggambarkan keputusan trip.
Pelbagai kaedah yang kami gunakan antaranya Jigging , drifting dan membottom.Hanya Pok Su yang berjaya menjigging Jemuduk berskala 6.5 kg yang menjadi si bagak tunggal trip ini. Yang lain hanya catch and release ( putus , rabut la tu ) Ikan-ikan kecil banyak la...Kerisi , Tetambak , Tetanda dan Kerapu menjadi talian hayat yang menyelamatkan dari sindiran isteri rumah..hu..hu.
|
Pulau Tansu...Taman Laut nih! |
|
Bot yang membawa para pemancing... |
|
Pok Su melayan asakan Jemuduk , tapi sayangnya gambar hilang dari kamera digital saya ( bukan sabotaj ye ) |
|
Layan Jig |
|
Din |
|
Yang ni jemuduk kecik |
|
Pembahagian wal-hasil |
|
Anak mi dengan jemuduk bagak hasil pancingan Pok Su |
No comments:
Post a Comment