Ramai yang boleh memancing dan ramai yang menyatakan minat memancing. Hobi hanyir dan lasak ini ternyata dikongsi seantero alam dengan pelbagai kaedah dan deskripsi masing-masing.
Saya memancing kerana saya rasa seronok melakukannya. Dapat atau tidak ikan itu bukan halnya. Hasil tangkapan itu cuma kekadang menjadi penanda aras tahap kecekapan dan rezeki yang telah ditentukan tuhan.
Seronok rasanya itu bukan semasa melontarkan jig atau menghulur umpan hidup ke laut mulanya tapi apabila mula bercerita tentang cadangan sesuatu trip pun sudah mula menampakkan keterujaannya. Seronok itu nikmat yang sukar di gambarkan ghairahnya..hi..hi.
Tapi Kadang-kadang memang ada rasa kebosanannya apabila umpan yang diperam langsung tidak dipedulikan walau sudah berjam lamanya menunggu. Apatah lagi arus mati atau umpan yang diingini tidak mengikut spesifikasi. Jemu , bosan dan lemah semangat kekadang. Namun itu sebahagian tarbiyyah dalam menghayati erti memancing yang sebenarnya.
Kalau kita boleh mengekalkan tahap keterujaan kita dalam setiap waktu dalam kehidupan dan dalam segala hal yang kita lakukan sebagaimana perasaan kita sewaktu memunggah barang ke bot sewaktu ingin ke luar ke laut sudah tentu kita boleh menjadi seorang yang hebat dalam kehidupan.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment