Pertandingan memancing anjuran Kelab Rekreasi JKR

Wakil dari England mencuba nasib memancing todak!


Ada lebih kurang 300 orang agaknya.
cam tak puashati jer...?
Memang kaki pancing ni orang yang penyabar...
Memancing boleh tapi jangan ada unsur judi..( Rujuk Ustaz Azhar , klik sini )

Siakap senohong gelama ikan duri..!





ANDA BERANI??

Siakap bagak!!!


Raja muara yang tewas di tangan pemancing tegar. Alhamdulillah dah nak jadi rezeki. Beratnya 16.5kg. Tapi bukan gue yang dapat hihi..member gue si Subhi yang dapat. Tempat : terpaksa dirahsiakan kerana gue sendiripun tak merasa karan belaian siakap kat situ lagi...tapi inshaAllah akan lebih banyak Siakap yang sudi bergambar dengan kami nanti...

Lais Juasa


Terpaksa meranduk air hingga ke paras lutut untuk menaiki bot fiber. Air naik bro!!

Perghh!! Sape yang tak meleleh ayaq liuq melihat spot begini. Di sinilah dipercayai diamnya spesis Toman belasan kilo. Cuma trip kali ini air naik terlampau tinggi. Toman mengembara ke segenap reba.   



Spot yang paling juicy untuk lais. Setakat guni beras 5 kilo tu padan kat sini sahaja. Lubuk rahsia.



 




Pok Su boleh memancing sambil tido lena di atas bot fiber 14 kaki.
Sanny...dengan skill tersendiri memperdayakan banyak lais di Lubuk ini. Siap beli bot fiber semata-mata untuk memancing di sini. Kira kengkawan boleh pinjam la...tapi ada kutu yang pasang ubat nyamuk atas lantai bot..."ni yang buat aku bengang ni.." protes sanny.

Aku pun tido jugak..hihi.Dah ikan tak nak makan terpaksalah melegakan pinggang.
Ikan Lais ini malu-malu untuk diajak bergambar. Agaknya kecik sangat kot!!

AWAS , KAKI TUBA MENGGANAS!

Apa yang kengkawan akan buat bila gi ngail tetiba terlihat ikan lais dan terbul mengelepar di birai tebing? Fenomena ini kalau kengkawan rajin turun memancing ke Sungai Rompin ,  Sungai Aur atau Sungai Gadak di Daerah Rompin kebarangkalian untuk mengalaminya amat tinggi.

Faktor isi perut sungai yang masih banyak dengan spesis hidupun air tawar termasuk ikan dan udang menjadikannya spot yang hangat di daerah ini. Pemancing dari serata ceruk baik dari Negeri Sembilan dan Johor turut sampai ke sini untuk melayan hobi memancing. Mana taknye setakat Sebarau 4,5 kilo tu bagi bebudak je memancing! ( sembang beso le tu )

Tapi sayang hari ke hari sungai ini makin di`lacur’kan oleh komplot yang tamak haloba. Pantang aras air surut ada je yang gatal tangan untuk menubanya. Jabatan Perikanan?...Di fahamkan ada juga pihak berwajib turun menyiasat apabila berlaku sesuatu kes namun sehingga kini tidak terdengar lagi sebarang pendakwaan atas pihak yang menganiaya sungai ini.

Jelas mentaliti dunia ketiga AKA Haprak masih mendominasi pemikiran sesetengah penggemar ikan. Para pemancing juga mestilah menjadi duta penyelamat dan kasih-sayang kepada sungai dan alam sekitar.

(Gambar di atas hanya gambar Pakcik Google)

Semalam yang 'hangat'





Kalau dah 'gian' macam-macam cara nak lepaskan hajat. Nasib baik gian memancing bukan gian barbiturat atau samsu...hi,,hi. Dah tahu hari hujan ngek-ngek dua tiga hari tapi masih bersangka baik sungai akan memuntahkan segala isi udangnya ke dakapan kami. Tapi apa nak kata...pagi ok. cuaca agak cerah walau hujan berlarutan dari hari sebelumnya hingga subuh.
Para otai2 pun berkumpul dan merencanakan hajat. Petang gali cacong dan pagi-pagi lagi dah tercongok di kampung Padang Tengku , pantai Bernas. Punyalah semangat tiga biji bot fiber dengan 10 ekor kuda masing-masing berdesup ke pulau jawa...(bukan indonesia bang....Pulau jawa Kuala Rompin daa) Sebaik sahaja umpan pertama di labuhkan hujan pun mula menepung tawar bagai pengantin atas pelamin. Mula-mula halus je renjisnya last2 berbaldi la pulak....Kuyup. Tapi masih berdegil." Ala..hujan-hujan pun udang makan jugak". ada suara yang cuba menyedapkan hati. Tapi udang sepi seribu bahasa. Ada tapi amat jarang dan culas. Bolehlah 10 ekor agaknya udang dara hingga ke petang.Ha..ha. dah la hujan lebat..udang senyap sunyi pulak tu....yang pasti kuyup habis hingga ke petang.
Plan b : cari kepahpun tak berjaya . last-last nyaris tak lepas balik coz jalan raya terputus hubungan akibat banjir...kalau tidak kena buat plan c.

ha..ha...penangan udang musim tengkujuh.!

Tempoh bertenang

Pejam celik tengkujuh dan angin monsun menjenguk lagi. Masa begini jangankan pemancing tegar malah otai tekong pun takut nak ke laut. Jangan cakap handal la kalau main dengan sesuatu yang di luar pengetahuan kita dan hukum alam(ilahi sebenarnya)

Trip yang terbaru dari Penyabung , Rompin dan Kuala Merchung pun dengar khabarnya sudah tidak serancak dulu lagi. Para pengusaha bot dah mula membawa naik bot ke darat untuk selenggara dan cuti panjang tanpa gaji. Alun gelombang yang mencecah 15-20 kaki bukanlah kecil anak untuk dipermainkan.Silap gaya nyawa jadi taruhan. Itulah lumrah terutamanya disebelah Pantai Timur Semenanjung. Sabah dan Sarawak juga rasanya tidak terlepas dari kalendar alam ini.
Nak main ke Paya dan sungai lain pula masalahnya. Hujan memanjang dan air keruh satu hal. Cuma ada sesetengah port sahaja yang sesuai untuk bermain sebarau lepas hujan.

Dah tu ke mana kita musim hujan ni? Inilah masanya untuk menggantung Joran dan menservis alatan pancing yang berselerak di dalam stor! Jangan lupa selongkar juga Jala dan Pukat yang lama kut-kut ada. Boleh juga menjerat Terbul , Lampam dan Tembakang sewaktu aras sungai naik ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |