Apa yang kengkawan akan buat bila gi ngail tetiba terlihat ikan lais dan terbul mengelepar di birai tebing? Fenomena ini kalau kengkawan rajin turun memancing ke Sungai Rompin , Sungai Aur atau Sungai Gadak di Daerah Rompin kebarangkalian untuk mengalaminya amat tinggi.
Faktor isi perut sungai yang masih banyak dengan spesis hidupun air tawar termasuk ikan dan udang menjadikannya spot yang hangat di daerah ini. Pemancing dari serata ceruk baik dari Negeri Sembilan dan Johor turut sampai ke sini untuk melayan hobi memancing. Mana taknye setakat Sebarau 4,5 kilo tu bagi bebudak je memancing! ( sembang beso le tu )
Tapi sayang hari ke hari sungai ini makin di`lacur’kan oleh komplot yang tamak haloba. Pantang aras air surut ada je yang gatal tangan untuk menubanya. Jabatan Perikanan?...Di fahamkan ada juga pihak berwajib turun menyiasat apabila berlaku sesuatu kes namun sehingga kini tidak terdengar lagi sebarang pendakwaan atas pihak yang menganiaya sungai ini.
Jelas mentaliti dunia ketiga AKA Haprak masih mendominasi pemikiran sesetengah penggemar ikan. Para pemancing juga mestilah menjadi duta penyelamat dan kasih-sayang kepada sungai dan alam sekitar.
(Gambar di atas hanya gambar Pakcik Google)
(Gambar di atas hanya gambar Pakcik Google)
No comments:
Post a Comment