JEMUDUK BLOGSPOT KINI BERSIARAN JUGA DI FB JEMUDUK BLOGSPOT..chekidiout!
Menjejak Lubuk
Posted by
admin
on Thursday, September 12, 2013
/
Comments: (0)
Setelah kian lama menyepi kini jemuduk bspot kembali berblogging.
Aksi terbaru komplot ke lubuk Sebarau di Bukit Ibam , Pahang. Sebuah 'bandar' yang terkenal dengan perlombongan emas dan bijih besi di Malaysia.
Sebarau masih ada , namun sering demam akibat kelodak lumpur sisa perlombongan. Sampai bila sungai di sini mampu memelihara hidupan isi perutnya tidaklah diketahui.
Pun begitu , rasa gundah sedikit terubat dengan sapaan seekor dua sebarau walaupun tidak semewah dulu.
Tongkol tepi Highway
Posted by
admin
on Friday, October 19, 2012
/
Comments: (0)
'Pelik tapi benar. Puluhan pengguna lebuhraya Rompin-Muadzam
berpesta mengutip ikan Tongkol di tepi jalan. Kejadian aneh ini membuatkan
suasana hingar-bingar di tepi jalan tersebut. Ada yang berguni , ada yang bawa
tong da nada juga yang memenuhkan bucket hilux mereka dengan tangkapan mudah
tersebut.'
Peristiwa sebenarnya berpunca daripada kemalangan yang
melibatkan Treler yang membawa 12 tan ikan aya@tongkol mengalami kemalangan misteri
setibanya ditempat kejadian.Menurut pemandu treler terbabit ada ‘lembaga’ yang
melintas di hadapan kenderaannya membuatkan beliau menghentikan kenderaanya
secara mengejut. Tindakannya itu mengakibatkan ratusan tong ikan dibawanya
menggelongsor dan memecahkan dinding trelernya.
Bersepahlah ikan dari birai jalan ke seluruh kawasan seluas
50 meter.”Ikan boleh ambil,tong pulang balik” .offer drebar lori tersebut. Maka
berpestalah pengguna lebuhraya mengutip ikan.
RPBIC perlu penambah baik?
Posted by
admin
on Tuesday, June 26, 2012
/
Comments: (0)
Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) acara tahunan yang di adakan di perairan Rompin khabarnya sekali lagi akan beracara seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Memang high-class event ini telah berjaya menarik ramai kaki pancing professional dari serata ceruk dunia.
Ada beberapa perkara yang boleh saya sarankan sebagai penambah-baikkan kepada acara besar ini. Antaranya penyertaan dari peserta tempatan masih agak kurang. Apakah kita tidak cukup ramai penghanyir yang berani bersaing dengan Mat@Minah Saleh dari luar negara? Antara faktornya ialah promosi yang kurang berjaya. Ada anglers dari Rompin dan kawasan sekitar sendiri yang tidak sedar adanya pertandingan yang sebegini ulung di Rompin ini. Penganjur seharusnya menggunakan media secara maksimum untuk menaikkan lagi graf pertandingan ini. Iklan di TV dan akhbar harian secara berterusan tentu akan menjadi buah mulut bagi para pemancing.Sesuailah dengan statusnya sebagai pertandingan antarabangsa.
Pertandingan memancing anjuran Kelab Rekreasi JKR
Posted by
admin
on Saturday, May 26, 2012
/
Comments: (0)
![]() | ||
| Wakil dari England mencuba nasib memancing todak! |
![]() |
| Ada lebih kurang 300 orang agaknya. |
![]() |
| cam tak puashati jer...? |
![]() |
| Memang kaki pancing ni orang yang penyabar... |
![]() |
| Memancing boleh tapi jangan ada unsur judi..( Rujuk Ustaz Azhar , klik sini ) |
Siakap bagak!!!
Posted by
admin
on Sunday, March 11, 2012
/
Comments: (0)
Raja muara yang tewas di tangan pemancing tegar. Alhamdulillah dah nak jadi rezeki. Beratnya 16.5kg. Tapi bukan gue yang dapat hihi..member gue si Subhi yang dapat. Tempat : terpaksa dirahsiakan kerana gue sendiripun tak merasa karan belaian siakap kat situ lagi...tapi inshaAllah akan lebih banyak Siakap yang sudi bergambar dengan kami nanti...
Lais Juasa
Posted by
admin
on Friday, March 9, 2012
/
Comments: (0)
![]() |
| Terpaksa meranduk air hingga ke paras lutut untuk menaiki bot fiber. Air naik bro!! |
![]() | ||||||
| Perghh!! Sape yang tak meleleh ayaq liuq melihat spot begini. Di sinilah dipercayai diamnya spesis Toman belasan kilo. Cuma trip kali ini air naik terlampau tinggi. Toman mengembara ke segenap reba. |
![]() | ||||||||||
| Spot yang paling juicy untuk lais. Setakat guni beras 5 kilo tu padan kat sini sahaja. Lubuk rahsia. |
![]() |
| Pok Su boleh memancing sambil tido lena di atas bot fiber 14 kaki. |
![]() |
| Aku pun tido jugak..hihi.Dah ikan tak nak makan terpaksalah melegakan pinggang. |
![]() |
| Ikan Lais ini malu-malu untuk diajak bergambar. Agaknya kecik sangat kot!! |
AWAS , KAKI TUBA MENGGANAS!
Posted by
admin
on Thursday, February 23, 2012
/
Comments: (0)
Apa yang kengkawan akan buat bila gi ngail tetiba terlihat ikan lais dan terbul mengelepar di birai tebing? Fenomena ini kalau kengkawan rajin turun memancing ke Sungai Rompin , Sungai Aur atau Sungai Gadak di Daerah Rompin kebarangkalian untuk mengalaminya amat tinggi.
Faktor isi perut sungai yang masih banyak dengan spesis hidupun air tawar termasuk ikan dan udang menjadikannya spot yang hangat di daerah ini. Pemancing dari serata ceruk baik dari Negeri Sembilan dan Johor turut sampai ke sini untuk melayan hobi memancing. Mana taknye setakat Sebarau 4,5 kilo tu bagi bebudak je memancing! ( sembang beso le tu )Tapi sayang hari ke hari sungai ini makin di`lacur’kan oleh komplot yang tamak haloba. Pantang aras air surut ada je yang gatal tangan untuk menubanya. Jabatan Perikanan?...Di fahamkan ada juga pihak berwajib turun menyiasat apabila berlaku sesuatu kes namun sehingga kini tidak terdengar lagi sebarang pendakwaan atas pihak yang menganiaya sungai ini.
Jelas mentaliti dunia ketiga AKA Haprak masih mendominasi pemikiran sesetengah penggemar ikan. Para pemancing juga mestilah menjadi duta penyelamat dan kasih-sayang kepada sungai dan alam sekitar.
(Gambar di atas hanya gambar Pakcik Google)
(Gambar di atas hanya gambar Pakcik Google)
Semalam yang 'hangat'
Posted by
admin
on Monday, December 12, 2011
/
Comments: (0)
Kalau dah 'gian' macam-macam cara nak lepaskan hajat. Nasib baik gian memancing bukan gian barbiturat atau samsu...hi,,hi. Dah tahu hari hujan ngek-ngek dua tiga hari tapi masih bersangka baik sungai akan memuntahkan segala isi udangnya ke dakapan kami. Tapi apa nak kata...pagi ok. cuaca agak cerah walau hujan berlarutan dari hari sebelumnya hingga subuh.
Para otai2 pun berkumpul dan merencanakan hajat. Petang gali cacong dan pagi-pagi lagi dah tercongok di kampung Padang Tengku , pantai Bernas. Punyalah semangat tiga biji bot fiber dengan 10 ekor kuda masing-masing berdesup ke pulau jawa...(bukan indonesia bang....Pulau jawa Kuala Rompin daa) Sebaik sahaja umpan pertama di labuhkan hujan pun mula menepung tawar bagai pengantin atas pelamin. Mula-mula halus je renjisnya last2 berbaldi la pulak....Kuyup. Tapi masih berdegil." Ala..hujan-hujan pun udang makan jugak". ada suara yang cuba menyedapkan hati. Tapi udang sepi seribu bahasa. Ada tapi amat jarang dan culas. Bolehlah 10 ekor agaknya udang dara hingga ke petang.Ha..ha. dah la hujan lebat..udang senyap sunyi pulak tu....yang pasti kuyup habis hingga ke petang.
Plan b : cari kepahpun tak berjaya . last-last nyaris tak lepas balik coz jalan raya terputus hubungan akibat banjir...kalau tidak kena buat plan c.
ha..ha...penangan udang musim tengkujuh.!







































