Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri

Sedar tak sedar Ramadhan pantas berlalu meninggalkan kita. Tarbiyyah sebulan seharusnya meninggalkan kesan yang positif dalam jiwa dan gerak-laku kita. Semoga kita menjadi golongan pemancing yang bertakwa!

Perginya Ramadhan disambut pula dengan ketibaan hari besar "Hari Raya" yang dihadiahkan Allah kepada hambanya yang telah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya hamba yang taat dan tidak pernah mempertikaikan perintahNya.

Jadi dikesempatan yang mulia ini sukalah saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pengunjung blog saya saya dan semua rakan anglers! Maap la Bro kalau sepanjang saya menulis ini ada tersilap fakta dan ke'konfius'an!..hi.hi.

Bagi kita yang kebanyakannya sudah menjadi bapak budak penuhilah tuntutan Raya ini dengan apa yang telah disyariatkan Islam. Berhibur dan bergembira tidak salah asal tidak melaghokan apatah lagi menyimpang dari apa yang dianjurkan Islam. Ingat Bro..hidup cuma sementara!

Bagi yang bercadang untuk memandu pulang atau berziarah sanak-saudara berhati-hatilah memandu di jalanraya. Peningkatan kadar kemalangan mutakhir ini adalah amat membimbangkan. Janganlah ada kegopohan di kalangan kaki pancing semasa memandu walhal kitalah manusia yang paling sabar menunggu ikan meragut umpan.

Saya...cam biasa la balik kampung tahun ni kut!! Balik Jerantut tempat kelahiran dan menziarahi pusara ayah-bonda satu kelaziman.Setahun sekali berkumpul seisi keluarga betul-betul membahagiakan.Berbagai ragam dan cerita ditambah pula dengan keriuhan anak-anak sepatutnya menjadi tempat untuk kita merapatkan silaturrahim sesama kaum keluarga yang telah sekian lama terpisah...Tapi dalam pada itu sempat jugak recce lubuk-lubuk pancing baru di kampung..hi..hi.

Once again...
Selamat Hari Raya Eidulftri

Maaf , Zahir dan Batin.

Balik Kampung bro!!


Akhi jemohid
29 Ramadhan 1431H

No comments:

Post a Comment