Friday, May 14, 2010

Sayonara...

Hari ini 15 mei para sahabat dari Muadzam ramai yang turun ke laut memancing. Trip paling jauh ialah ke pelantar minyak!. Pak Su, Gemuk , Mi ayam dan tujuh orang lagi kaki pancing tegar telah bertolak ke Terengganu sejak semalam lagi.

Menurut cerita Gemuk mereka akan keluar ke laut hari ini dan balik semula ke daratan hari rabu. Fuh!!!!! Itu sudah hebat dan menarik. Melihatkan peralatan yang di bawa oleh Pak Su dan Gemuk semalam dengan set joran 70-80 paun dan Kekili Multiplier Shimano Tiagra sebesar bolasepak membawa mesej mereka tidak bermain-main kali ini.

Gemuk sahaja berbelanja ribuan ringgit untuk melengkapkan set peralatan pancingnya agar tidak tewas di tengah jalan. Popper dan jig sudahpun tersusun kemas di kotak pancing untuk dipersembahkan kepada si bagak di pelantar sana.

Setakat ke pelantar minyak bukanlah perkara baru bagi mereka. Setelah berpuluh trip ke sana trip ini hanyalah sebagai pemanas badan untuk musim yang baru.

Apapun bersama iringan doa kami ucapkan semoga selamat pergi dan kembali...Adiosss!!!

No comments:

Post a Comment