To be or not be...is not a question!

First time in my life. Betullah kata orang peluang yang baik datangnya sekali-sekala dalam hidup. So that’s why a few weeks ago when one of my close friends offered me either want to be a marshall in Royal Pahang Billfish International challenge’s (RPBIC) or not. “Wow!! This is a big chance for me” i said.

Tidak perlu menunggu lama untuk saya menjawabnya. Walaupun saya tidak pernah menyertai atau terlibat dalam acara big game seperti ini namun bagi mencari pengalaman tidak salah mencubanya. Sekadar menjadi pemerhati kepada mereka yang bertanding merebut anugerah otai ikan layaran.

Sempat juga saya membuat research bagaimana untuk tagging ikan daripada lebai google. Harap-harap sedikit homework menjadi advantage kepada saya menjalankan tugas.


RPBIC

Seantero dunia maklum perairan Rompin sememangnya terkenal dengan spesis ikan berparuh seperti mersuji dan layaran. Bahkan dinobatkan sebagai salah satu spot memancing utama dalam kalendar IGFA.

Pada ogos 7 dan 8 hb ni jangan pula ketinggalan kaki pancing yang dahagakan aksi lasak ala laut untuk menyertai Royal Pahang Billfish International challenge (RPBIC) yang akan dilangsungkan di Lanjut, Rompin.




Gulai Rong ikan sungai...

Tengah dok casting haruan semalam tetiba teringat pulak saya akan gulai Rong. Bukan apa ikan haruan kalau buat gulai Rong...perghhhH!!!!!!!!! menjilat jari la jawabnya.

Bagi yang duduk di tepi sungai Tembeling dan sungai Pahang gulai@asam rong bukanlah sesuatu yang pelik tapi bagi orang luar dah tentu ternganga mulut mendengarnya. Apa yang hebatnya rong ini berbanding dengan tempoyak atau lain-lain rencah? Bagi saya jika diberikan gulai rong ikan terbul atau apa-apa juapun berbanding tempoyak ikan patin ....saya pilih gulai Rong. Semacam ada satu rasa 'sentimental value' apabila mengadap hidangan ini.

Asam Rong asalnya diperbuat daripada biji Perah atau biji Getah. Di tumbuk , di uli dan di peram untuk jangka masa tertentu. Payah memang payah membuatnya. Hanya jauhari sahaja yang mampu melakukannya..silap gaya kalau tidak kena gaya membuatnya boleh MABUK!!ha..ha..

Kat tempat lain selain Jerantut , Temerluh dan Lipis saya rasa mende ni tak ada. Oleh itu bagi rakan-rakan yang ingin mencubanya bolehlah pergi ke sana. Rasanya kelat-kelat , pahit dan manis...buat plak pedas sikit...payah nak di gambarkan tapi bagi penggemarnya it's a top of the list!

Agi idup

Jemohid berehat kejap....hi..hi..hi

Gambar-gambar di Pelantar MInyak!








Lombong pun lombonglah labu.....

Petang tadi saya bersama sparring partner Pak Su memecut ke Kg Aur , Bukit Ibam untuk menduga satu kolam di sana yang telah lama kami abaikan. Pak Su yang kali terakhir ke sana beberapa bulan lalu berjaya mendaratkan beberapa ekor haruan baya sekilo dalam masa sepetang sahaja.

Setelah beberapa hari joran kami bercuti hari ini kami akan menugaskannya ke tahap maksima. Saya berbekalkan kekili Dam Quick Striker dan joran ryobi aksi ringan sementara Pak Su dengan joran Pro tech aksi sederhana yang di padankan dengan BC Daiwanya. Umpannya, rapala pelbagai jenis berulamkan janggut dan katak tiruan!

Bertolakpun sudah agak lewat justeru itu kami hanya memfokuskan perjalanan kami terus ke sana tanpa kompromi dengan spot-spot yang lain. Setelah memasuki simpang kg Aur dan menghampiri spot yang kami tujui saya lihat Kama ( beginner caster ) bersama anaknya keluar dari jalan spot yang kami hendak tuju. Joran basterra dan kekili shimano FX nya tertancap kemas di raga motor sementara katak berpropeller terumbang-ambing di hujung joran.

“amacam?” tanya saya yang telah menduga beliau baru selesai menduga spot yang kami tujui. “ Hampeh!! Dah satu jam gua lempar dah nak tercabut lengan ni tapi kosong. Letupan haruan dan toman langsung tak dengar!. Dengar cerita baru ni ada member pulun perabih ikan kat sini!!” kata nya.

Pulak dah....oleh kerana haripun sudah hampir senja kami berpatah balik ke Bukit Ibam dan menduga pula paya lombong di sana. Kebetulan Sha dan Zul RC pun ada di sana. Berpenat lelah mereka merintis jalan di kawasan paya tersebut untuk ke spot yang cantik. Sementara lombong yang masih beroperasi itu dibingitkan lagi dengan bunyi lori dan jentera berat yang melombong bijih.

Bagi geng Ibam disinilah mereka melepaskan gian untuk memancing jika air sungai keruh atau di tuba! Kelihatan juga dua tiga orang kaki casting baru sedang berlatih untuk menancapkan skill balingan masing-masing.

Akhirnya setelah satu jam beraksi hanya Sha yang bejaya mendaratkan seekor haruan juvana. Lain-lain caster hanya menerima rabut ataupun karan sahaja. Tapi keadaan itu memang sudah di duga. Walaupun lokasinya amat cantik tapi populasi ikannya amat kurang. Barangkali lebih tuai ataupun gangguan daripada aktiviti melombong yang masih aktif di sini. Tidak hairanlah spot ini hanya menjadi pilihan terakhir untuk para pemancing yang gian melampau untuk membaling gewang! Umpama padang latihan..hi..hi.

Terkesankah kita?

Hari ini cadangnya nak pergi casting lagi di spot baru. Walaupun letih semalam belum hilang tapi aura pancing tetap memanggil-manggil supaya membaling gewang.

Sambil bekerja sudah membayangkan adegan tarik-menarik. Tup! Tup! Jam 1 tengahari satu sms dari seorang sahabat masuk ke telefon bimbit saya..” Konvoi Freedom Flotilla ke Gaza dilaporkan telah diserang oleh komando tentera Israel.Seramai 10 orang telah disahkan terkorban, kapal Mavi Marmara telah ditawan dan dibawa ketempat yang tidak diketahui.”

Adus!! Dalam hati saya...sebagai seorang Islam dan manusiawi sangat tersentuh saya dengan situasi ini. Bantuan untuk mereka yang dizalimipun dihalang apakah yang akan jadi seterusnya pada rakyat Palestin?

Persolan itu sering memantul dalam kepala saya sewaktu membaling pancing dan gewang ke air kebelakangan ini. Maknanya jangan memancing sahaja tapi berfikir jugalah perkara-perkara yang lain. Betapa senangnya kita di sini saban hari boleh keluar ke mana sahaja dan berbelanja puluhan ringgit sehari untuk melampiaskan hobi memancing. Apakah yang telah dan boleh kita bantu untuk rakyat Palestin? Sesungguhnya persoalan ini kadang-kadang menyenakkan fikiran.

Muhasabah

“Apakah tersusun dalam doaku selepas solat untuk keselamatan dan kedamaian di Palestin?(Adus!! Jarang-jarang sahaja...sering terlupa) Berapa ringgitkah aku hulurkan sumbangan untuk meringankan beban saudara kita di sana? ( Allahuakbar! ) Takkan aku berhabis puluhan ringgit untuk satu-satu trip ke laut tapi hanya melaburkan seringgit dua sebagai ‘saham’ di akhirat kelak? “...kadang-kadang terfikir sendiri...zalimnya saya pada diri saya sendiri!

Untuk menghormati situasi tegang berhampiran perairan Gaza pada hari ini saya membatalkan sahaja trip pada hari ini untuk mengambil masa bermuhasabah diri...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |