Pencabar cilik!

Percaya atau tidak jika saya katakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menewaskan Sebarau brutal seberat 2kg? Tapi itulah hakikatnya yang berlaku dua hari yang lalu.

Lokasinya hanya di bawah jambatan di bawah jalanraya menghala ke perkampungan Bukit Ibam. Sememangnya lokasi tersebut menjadi tempat persinggahan para caster di wilayah ini. Boleh di katakan kesemua kaki casting pernah singgah di sini dan mencuba nasib. Ada yang berjaya menaikkan hasil dan ada juga yang kumpau berpanjangan.

Ekosistemnya yang berbatu-batan membentuk struktur seakan air terjun yang amat berpotensi menjadi tempat Sebarau menghendap mangsa. Terdapat juga jayu-kayan yang bersimpang-siur di pertengahan iar yang menambahkan lagi debar kaki casting.

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu diberikan sebatang rod dan gewang shad rap oleh bapanya yang juga turut bersamanya. Berdasarkan cerita Sha Ibam di sebelah paginya si bapa telah berjaya menaikkan spesis yang sama dengan anggaran hampir sekilogram. Trip ulangan mereka di sebelah petang akhirnya membuatkan si cilik berdebar hebat di rembat sang Sebarau yang tidak tahu ia sebenarnya bergelut dengan seorang kanak-kanak seusia 5 tahun..hu..hu..Kesian sebarau tu.

Bukan ramai kanak-kanak baya ini yang berpeluang merasa karan bervoltan tinggi sebegini!! Barangkali selepas ini beliau pasti melekat bersama bapanya ke lokasi-lokasi pancing.

Tahniah buat si cilik!

Orang kecik dapat lesen besar!

Jom kita Raya!

Pejam celik sekejap rasa maka sampailah kita kepada perayaan yang begitu besar ertinya dalam Islam. Pengorbanan yang dituntut oleh Islam wajar di hayati oleh sekalian kaki pancing.

Berapa ramaikah dari kalangan kita sanggup berkorban wang ringgit untuk yang telah digazetkan untuk trip ke laut kepada perjuangan Islam? anak-anak yatim , saudara Islam di merata dunia yang di timpa musibah?

Begitu juga dengan masa memancing yang kita habiskan sepanjang hari malah berhari-hari kekadangnya dengan `berkorban' untuk ke kuliah atau ceramah agama di surau-surau sebagai memenuhi tuntutan sebagai muslim? Sedang menuntut ilmu agama itu sesuatu yang telah difardhukan. Imbang-imbangkanlah keperluan rekreasi dan cari makan kita di dunia dengan bekalan kita di akhirat kelak. Moga kita pemancing tegar yang diberkati Allah.

" Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran. Dan mereka berpesan dengan kesabaran" ...........Wal-asr.

Jemohid seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha buat sekalian rakan-rakan pancing.

Memikat Toman Sungai Meranti

Sungai Meranti di Astajam Rompin. Kelihatan di atasnya empangan untuk tujuan pertanian.




Toman 3.5 kg.



Dengan jentera ringan menjadikan perlawanan yang adil



Man JCB dengan Toman 3 kg



Yang ini kecik sikit...sekilo lebih jer..!



Akibat cuaca yang membadai di laut saya bersama kengkawan lebih banyak menghabiskan masa di sungai dan paya berbanding ke kuala akhir-akhir ini.

Tempat sebegini walaupun di pandang sepi oleh kebanyakan kaki pancing tegar namun kefeelingannya boleh mengubat rindu kepada jenahak dan Ebek yang sedangseronok memadu kasih semasa musim kucah ini. Baik Toman , haruan mahupun Sebarau semuanya boleh dicasting dengan mudah jika kena lokasinya.

Berbekalkan joran aksi ringan dan gewang ekonomi sudah cukup untuk mendatangkan kepuasan kepada kaki casting!

Jenguk-jenguk!

Setelah kian lama menghilang akibat kesibukan sebagai seorang manusia baru inilah saya berpeluang meninjau kembali medan wacana saya yang kian bersawang ini. Maklumlah sejak balik dari Pelantar minyak itu hari tak sempat nak berblogging akibat tuntutan kerja.

Awal oktober yang lalu kami dari Muadzam Anglers team sempat bertandang ke laut dalam untuk merasai pengalaman pertama memancing di pelantar minyak. Bukan apa dengar cerita dan baca majalah sahaja tidak cukup untuk memberi kepuasan kepada aura memancing yang mencanak-canak.

Banyak jugaklah pengalaman yang berguna diperolehi sepanjang trip 4 hari 3 malam tersebut. Di badai ribut selama 3 malam seakan menjadi pemangkin untuk bergelar pemancing tegar. Apapun makluman lanjut barangkali boleh sahabat tatapi di majalah berkaitan pancing sedikit masa lagi. Itupun kalu ada rezeki..ha..ha.

Sekembali dari laut hampir 3 minggu saya tidak mengendong joran. Berehat betul!. Baru minggu inilah saya kembali memakai jersi pemancing tegar dan mencari lubuk.

Semalam saya bersama Man JCB menduga sebuah sungai berpaya di sekitar lombong lama berhampiran Bukit Ibam. Meriah bro! dengan letupan demi letupan Haruan menghentam katak rambai sampai ralit hingga ke petang kami di sana.

Man yang mula ketagih casting mula berkira-kira memenuhkan kotak pancingnya dengan pelbagai jenis gewang yang dirasakan bakal menjadi idaman sebarau, haruan dan Toman. Dah kena karan haruan dan sebarau bukan senang nak hilang bro! Lebih-lebih lagi jika menggunakan set aksi ringan yang menjadikan pertarungan lebih adil dan mendebarkan.

chow!!!

p/s : Gemuk dan rakan-rakan sedang mengikuti seminar Rapala di sebuah IPT di Kuantan hari ini. Saya?...kena kerja lah pulak!! hu..hu..

Sebarau , Haruan dan Toman berkongsi lubuk di lokasi ini. Tempatnya amat cantik tapi sayang belum habis dijelajahi oleh team kami.



Gambar ini saya `snap' di sebuah kedai memborong ikan. Masih ramai yang menjadikan Toman sebagai menu utama dengan RM 7 Sekilogram. Lama-lama nanti pupus kot?



Haruan bujang ini sempat bergambar dengan saya.



Gewang Katak berpropeller.Ada yang panggil katak rambai, ada yang panggil katak rambutan.Suka hati la..yang penting warna terang sebegini amat dirindui oleh spesis snakehead ini.



Man JCB , aksyen dengan haruannya..hi.hi.


Our long journey in 'off-shore trip'


Mesorat akhir sehari sebelum perjalanan bermula.



Jam 10 pagi ini semua barang sudah siap di pack di dalam kenderaan



Singgah di Kuantan untuk ambil rod holder yang di tempah dari Atan Jaip



Berehat sebentar di resort Kemasik. Sempat jugak Gemuk intai FB kejap!



Pantai Kemasik...Sayang tak bawa rod for casting!

Beraya di Kampung

Jumpa saudara-mara dan kengkawan
Alhamdulilah saya telah selamat kembali semula ke Muadzam setelah pulang beraya di kampung. Setelah hampir setahun tidak ketemu sanak-saudara pertemuan mesra di Eidulfitri ini ialah satu saat yang amat bermakna dan disyukuri.
Berborak santai serta bertukar-tukar cerita sambil pekena Lemang dan Rendang membuatkan saya terlupa seketika pada rod & reel dalam bonet kereta yang sudah lama tidak ke air. Di kampung pun sudah kekurangan spot yang baik untuk agenda casting apatah lagi kamping saya agak jauh dari sungai Tembeling jadi ruang ini hanya saya isi dengan berziarah kaum-keluarga seadanya.

Jalanraya di negara kita
Pada pemerhatian saya yang memandu dari Muadzam ke Jerantut keadaan jalan raya pada hari sebelum raya agak sibuk. Sewaktu pulang ke kampung saya mengambil jalan Bera-Temerloh! Kononnya mahu cepat dan mengelakkan ‘jammed’. Jalan memang lengang tapi jalannya amat mendukacitakan. Lubang dan lopak di sana sini sehingga tayar di dihentam dengan teruk di beberapa lokasi. Kekadang tidak ada ruang untuk mengelakkannya melainkan memilih lubang yang lebih cetek dan tergamak untuk diterjah. Sadis!! Bukankah ada pihak yang sepatutnya menjaga kualiti jalanraya di negara kita???

Begitu juga jalan dari Maran-Jengka-Jerantut. Lubang di sana-sini seolah tidak ada penyelenggaraan akibat kerosakan yang dibuat oleh lori sawit dan lori balak. Apa agaknya kata pelancong luar yang ingin bertandang ke Taman Negara ya?

Malang di Jalanraya
Kemalangan? Sesuatu yang seakan sudah tidak boleh dielakkan di musim perayaan. Persoalannya siapa yang kena dan bila! Berjumpa jugak saya dua , tiga kemalangan yang tidak berapa serius tapi sekadar meneyeriuskan muka pemilik kereta tersebut apabila membayar bil membaiki!
Siapa yang harus dipersalahkan , Keadaan jalanraya atau sikap pemandu itu sendiri?...lu pikir lah sendiri kata Nabil!

Gulai Rong ikan Keli
Ini lah salah satu idaman apabila pulang ke kampung. Kalau tidak pekena gulai Rong jika pulang ke Jerantut macam tidak kena jadiknya. Gulai lemak cili api ayam kampungpun tidak setanding dengannya..ha..ha. Seakan ada nilai sentimental apabila menikmatinya. Maklumlah hanya jauhari yang mengenal manikam kan? Bagi orang lain satu kepelikkan makan asam biji Getah/Perah tapi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Jerantut. Memang syok bro!!

Casting , popping , jigging and bottom?
Memang cadangnya nak turun dua , tiga hari ni sebelum agenda besar kami pada 2 oktober nanti. Sekurang-kurang sessi pemanas badan sebelum ke Pelantar Minyak! Nanti la bila ada cukup korum yang masih belum balik beraya dari kampung kami akan pergi.
Ok bro! Chow! Akhi jemohid 3 syawal 1431H.


Selamat Hari Raya Eidulfitri

Sedar tak sedar Ramadhan pantas berlalu meninggalkan kita. Tarbiyyah sebulan seharusnya meninggalkan kesan yang positif dalam jiwa dan gerak-laku kita. Semoga kita menjadi golongan pemancing yang bertakwa!

Perginya Ramadhan disambut pula dengan ketibaan hari besar "Hari Raya" yang dihadiahkan Allah kepada hambanya yang telah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya hamba yang taat dan tidak pernah mempertikaikan perintahNya.

Jadi dikesempatan yang mulia ini sukalah saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pengunjung blog saya saya dan semua rakan anglers! Maap la Bro kalau sepanjang saya menulis ini ada tersilap fakta dan ke'konfius'an!..hi.hi.

Bagi kita yang kebanyakannya sudah menjadi bapak budak penuhilah tuntutan Raya ini dengan apa yang telah disyariatkan Islam. Berhibur dan bergembira tidak salah asal tidak melaghokan apatah lagi menyimpang dari apa yang dianjurkan Islam. Ingat Bro..hidup cuma sementara!

Bagi yang bercadang untuk memandu pulang atau berziarah sanak-saudara berhati-hatilah memandu di jalanraya. Peningkatan kadar kemalangan mutakhir ini adalah amat membimbangkan. Janganlah ada kegopohan di kalangan kaki pancing semasa memandu walhal kitalah manusia yang paling sabar menunggu ikan meragut umpan.

Saya...cam biasa la balik kampung tahun ni kut!! Balik Jerantut tempat kelahiran dan menziarahi pusara ayah-bonda satu kelaziman.Setahun sekali berkumpul seisi keluarga betul-betul membahagiakan.Berbagai ragam dan cerita ditambah pula dengan keriuhan anak-anak sepatutnya menjadi tempat untuk kita merapatkan silaturrahim sesama kaum keluarga yang telah sekian lama terpisah...Tapi dalam pada itu sempat jugak recce lubuk-lubuk pancing baru di kampung..hi..hi.

Once again...
Selamat Hari Raya Eidulftri

Maaf , Zahir dan Batin.

Balik Kampung bro!!


Akhi jemohid
29 Ramadhan 1431H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |