Gambar-gambar trip terbaru ke Sungai Rompin

(Gua post gambar dulu...cerita kemudian)

Jalan masuk ke Pengkalan yang membuatkan tuan punya kereta makan hati berulam jantung



"Langkah kanan ke kiri kita hari ini??"




...Adegan yang ingin kita lihat..berat sama dipikul



...Adegan yang tak ingin kita lihat...enjin rosak. Tak check dulu ke?



Posing jap sementara repair enjin..hi..hii



Mee Ayam dan Pok Su Din...merempit ke?



Belida Bintik...yang ini kecik , aku lepaskan je!



Us Joe dengan `jongkong' pertamanya.



Sha berposing untuk blog Jemuduk.Lumayan beb!



hi..hi..hii




Berudang di sungai Rompin

Setelah kian lama aku tidak turun memancing baik ke laut mahupun ke sungai kesempatan keemasan datang beberapa hari yang lepas. Tanpa ada perancangan awal aku menghubungi ustaz Joe sahabat yang selalu bersekali dengan aku berudang. Tanpa banyak soal dia yang memang otai dalam bab berudang ni terus aje on!

Maklumat awal yang diterima agak baik. Menurut cerita penduduk tempatan udang galah telah mula meragut umpan walaupun keadaan air sungai Rompin belumlah pulih sepenuhnya akibat hujan monsun. Ada yang sudah boleh membawa pulang berkilo udang sekali turun dan itu satu petanda baik bagi kami.

Seperti kebiasaan selepas subuh jam 0630 pagi kami sudahpun membungkus sarapan di kedai makan. Bawa bekalan berbungkus kekadang lebih menjimatkan masa dan wang jika kena bajetnya. Nak suruh orang rumah masak maklum ajelah anak-anak kecil dah mula celik mata jam 6 pagi.

Jam 730 pagi kami sudahpun memunggahkan peralatan pancing ke dalam bot di Bangkung. Kali ini kami cuba berjudi nasib di sini memandangkan maklumat awal udang mula bermain di sini kebelakangan ini. Berbekalkan umpan cacing dan lima batang joran setiap seorang kami meredah kesejukan pagi ke lubuk yang pertama berhampiran pengkalan bot.

`strike'

Tidak sampai lima minit salah satu joran aku telahpun bergetar keras petanda ditarik sesuatu di bawah sana. Dengan adrenalin yang kian memuncak akibat sekian lama tidak melayan udang dengan penuh perhatian aku menaikkan udang tersebut. Berjaya! Seekor udang saiz dara menjadi pembuka tirai pertama aku musim ini. Belumpun sempat menyimpan udang tersebut joran lain pula bergetar dan keadaan mula sibuk apabila us Joe juga menghadapi keadaan yang sama. Benarlah kata us Joe " Udang ni kalau dia ada tak payah tunggu lama-lama...lima minit cukup untuk membuktikannya"

Hampir 10 ekor udang saiz dara yang berjaya kami naikkan di spot pertama tersebut. Hari sudah semakin cerah dan kelihatan dari jauh ramai para pemancing yang mula turun dari pengkalan walaupun hari ini ialah hari bekerja. Kami berpindah dari satu lubuk ke satu lubuk dan keadaan sudah tidak lagi segalak tadi. Kelihatan bot-bot lain juga seakan hilang arah dalam mencari port yang berbaloi.

Kami cuba untuk berpindah menghilir sungai dan dengan enjin di tarik oleh lapan ekor kuda semuanya pantas(8horsepower). Dan lokasi baru ini rupanya tidak mengecewakan. Seekor demi seekor udang berjaya kami naikkan sehingga kadang-kadang rokok di tangan mati kelaparan..ha..ha.

Semakin kami berpindah ke hilir semakin besar saiz udang yang berjaya kami naikkan. Us Joe mula-mula sekali berjaya menaikkan sepit biru atau 'jongkong' panggilan pemancing di sini. Joran kecilnya melengkung U akibat diasak oleh si galah tersebut. Aku hanya berkongsi kegembiraan dan mengharap turn aku pulak selepas ini.

Hujan

Tompok-tompok hitam mula kelihatan di atas sana walaupoun pada awalnya keadaan cerah. Jam 11 pagi tanpa didapat ditahan-tahan hujan turun denga lebatnya. Us joe yang memang sudah kebiasaan membawa baju hujan dalam begnya bertudung litup dalam hujan tersebut. Hanya bahagian matanya sahaja yang dibuka untuk memantau jorannya. Sementara aku mendapat pengajaran yang pertama hari ini. Baju hujan memang sengaja ditinggalkan kerana beranggapan musim monsun sudahpun berakhir. Lencunlah aku di dalam bot dan hanya telefon , kamera dan beg duit yang berjaya diselamatkan di dalam beg kanvas. Walaupun lencun dan kesejukan perjuangan tetap diteruskan. Alang-alang memancing biar basah!hi..hi..

Walau dalam keadaan hujan sekalipun udang di sungai Rompin tetap menjamah umpan. Barangkali terlampau lama mengidam cacing akibat banjir kut! Hujan reda , panas dan kembali hujan berulang kali menjelang ke petang. Sementara aku terus terus diluluhawa oleh alam.ha..ha.

Etika

Kelihatan semakin banyak bot pemancing yang turun ke sungai Rompin sekarang. Ramai orang banyaklah ragamnya. Ada yang memandu bot seperti merempit di jalanraya tanpa menghiraukan keselamatan pemancing yang lain. Yang agak terkilan ialah apabila melihat perahu-perahu jalur yang dinaiki orang asli yang memancing terpaksa berhimpit ke tebing setiap kali 'mat rempit' yang kebanyakannya bukan orang tempatan ini lalu. Barangkali mereka sukar memahami keadaan susah-payah orang lain.

Begitu juga dengan tangkapan udang yang kecil. Ada yang memakan pancing itu hanya sebesar jari kelengking dan tangkapan sebesar ini haruslah dilepaskan kembali ke habbitatnya agar terus berkembang-biak. Sampai bila populasi udang galah di sini akan terus ujud jika pemancing hanya mengira kepentingan perut semata-mata tanpa memikirkan keperluan generasi akan datang.

'Jongkong'

Di sebelah petang barulah saya berjaya menaikkan si jongkong!. Labuhan umpan dibawah bot rupanya boleh mendatangkan untung. Dapatlah kami merasa tarikan si galah yang sebenar pada trip tersebut.

Menjelang petang sewaktu air mula pasang sekali lagi membuatkan kami tidak menang tangan. Udang saiz dara yang majoritinya memakan umpan pada hari tersebut membuatkan kami terpaksa mencatu umpan yang kian surut. Seekor cacing untuk dua mata kail. Bolehlah asal ada bau cacing.

Kami naik semula ke Pengkalan sebelum maghrib dengan tangkapan yang boleh di kira lumayan. Anggaran tiga kilo lebih untuk dua orang boleh dikira `mengena' memandangkan masih di luar musim dan air sungai belum pulih sepenuhnya.

*Kepada kaki-kaki pancing yang ingin bertukar-tukar pendapat bolehlah mengubungi penulis melalui email jemohid@gmail.com.

Sebarau oh Sebarau!

Setelah kian lama joran aku bersawang di dinding akhirnya hari ini aku menguatkan semangat untuk mencuba port baru untuk memancing. Kali ini bersama seorang lagi anggota geng Tegar , Sha Ibam aku menuju ke port di tasik air terjun bukit Ibam. Spesis yang di buru tidak lain hero sungai si sebarau. Dengar ceritanya beberapa hari lepas seorang angler berjaya menewaskan dua ekor sebarau anggaran sekilo lebih sekor.

Sesampai di lokasi yang tidak jauh daripada jalan Bukit Ibam-Muadzam kami memulakan perjuangan. Lontaran demi lontaran kami lemparkan sehingga lenguh tangan dan bahu. aku bersama Rapala Magnum merah putih sementara Sha menggunakan umpan tiruan Soft Plastic. setelah hampir sejam berlegar-legar mencari spot yang cantik akhirnya kami mengalah. Sebarau langsung tidak kelihatan. Toman dan Haruan yang biasanya pantang di cabar juga menyepikan diri.

Rupanya Sha telah menyediakan plan B. Dalam guni di raga motornya rupanya ada jala. Huh! kali ini pasti jenuh dengan ikan fikir aku dalam hati. Tanpa berlengah sha memulakan tebaran sepanjang alur yang sedikit tenang. Tebaran demi tebaran daripada bulat kepada corak bintang langsung tidak membuahkan sebarang hasil. "Tengokkan gaya bergambar bukan main"..kata aku. Akhirnya dapat juga 2 ekor anak lampam kategori juvana...sedih jugak nak ngambiknya. sebagai team pancing yang beretika tanpa disuruh sha melepaskan anak ikan tersebut. " takut spesis pupus" katanya. Bagus le tu catch and release dah lama di amalkan di negara-negara maju jadi sampai masanya kita juga berhabit begitu.

Kecewa punya pasal terpaksalah kami menggunakan teknik termudah untuk mendapatkan ikan. Bukan tuba tapi beli. ( AMARAN : DI LARANG MENUBA WALAU TAK DAPAT IKAN ) Kami beli ikan sungai yang di jaring oleh penduduk di sungai Aur. Banyak jugak ikannya.Sengarat,baung,kelabau dan lain-lain. Tapi harganya RM20 sekilo beb!! Agaknya kalau Usin Lempoyang ada diapun akan berhenti jual unta."Jual ikan sungai lebih kaya daripada jual unta WOWWW!


Ok. Chow!
sikit punya cantik tempatnya..!

Lokasi yang disyaki didiami spesis Sebarau ang the geng!


Dah macam-macam balingan dibuat...tapi fail!



Plan B



Catch and release!...Kalau hantar majalah dapat hadiah nih!



RM 20 sekilo nih!




Salam buat kaki Pancing!

Adus! Sedar tak sedar dah lama gua tak update kan blog ni...bukan sibuk sangat pun tapi takde peluang nak gi mancing..maklumle asyik ujan jer! Jauh di sudut hati merintih dan bergelora untuk mencampakkan joran abu aku ke laut...(bukan nak buang yer tapi nak mancing le tu)

Sampai orang Umah gue pun nanye bila nak mancing??? Aku pun tak tau dia tanya tu perli ke suruh bebetul! ha..ha...nanti aku turun bebetul kang dia pulak risau.

Anak aku pun asyik nanye udang galah plak. Mane nak mancing udang hari sungai keruh ni??? udang kolam?? Tak seronok la...

okeyla..kalau kengkawan nak ajak aku dan geng-geng tegar turun mancing email la yer! alamatkan saja ke jemohid@yahoo.com. kalau kene gaya cuaca dan bajetnya no hal!

chow!

H1N1

Dah lama bebeno teman tak memancing nih...joran kat umah dah nak bersawang. Esok ada geng ajak turun mancing udang tapi teman tak siyo nak gi pasal wabak selsema babi nih. Bukan apa sehari dua nih rasa seram jugak tengok merata orang pakai topeng..teman tak berapa selesa pakai topeng nih kecuali dah xde jalan sangat tu lainlah... Lagipun PM kita dah pesan kalu xde hal sangat tak payah pergi ke tempat-tempat awam...( aku warganegara yang baik....) Mungkin sedikit masa lagi bila ada kelapangan dan wabak ni dah lega sikit teman sambung memancing...Kepada sahabat2 kaki pancing berhati-hatilah membawa diri. chau..

P/s - kepada sahabat teman hamba jahil jgn la asyik copy-paste jer!

Jauh berjalan luas pandangan

Aku dengan Geng Tegar baru je balik dari trip ke Kuala Terengganu. Penat akibat perjalanan yang panjang itulah membuatkan aku berehat menulis dua tiga hari ni. Trip kali ni pun boleh dikategorikan tidak berjaya jugak. Hanya sedikit Sotong dan ikan Apollo je yang menyangkut. Ikan besar? Takde diulangi takde !

Memang kurang bernasib baik kerana pergi ke sana musim orang menyandat sotong dah tu ikang mane dok ade!


Dari kanan Gemuk , Wan dan Sha ...pemancing tegar!



Tapi aku dan kengkawan ( kami berlima ) mendapat pengalaman yang luas turun ke Laut di sebelah sana. Apatah lagi ada member yang baru ni la yang merasa gi mancing kat Nganu. Satu perkara yang menariknya bot-bot sewaan di sini semuanya bersih2 dan amat berbeza dengan kebanyakan tempat lain. Sampai Gemuk ( our member ) boleh baring tido kat belakang tuh sambil berdengkur!. Bau hanyir langsung takde dan yang pentingnya aku tengok ada 12 biji lifejacket yang disusun rapi di kabin bot tersebut. Macam ni baru la nampak gaya pro dan boleh berniaga!.

Bersih dan kemas



Tekong di sana pun tidak kurang bagusnya..walaupun tahu diluar musim ikan tapi tetap melayan kami untuk mencari padang pancing...idak le tido manjangggg! (macam kat Afrika tuu! )

Lagi satu yang aku perasan , payah nak cari sampah-sarap kat tepi2 hihgway di Nganu tuuu masuk je negeri jirannya ( lu pikir le sendiri ) fuhhh meriah dengan sampah-sarap ditepi2 jalan. Ngape jadi lagu tu?

Apapun kami mengucapkan Terima Kasih kepada Tekong dan awak2 bot di Nganu ( Pangkalan Keropok Losong ) yang telah memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang masa di sana!.

chauuuu!

Bukan merajuk frust jer!

Kengkawan tentu tertanya-tanya ngape blog aku ni lama x update. Lepas trip 30/31 itu hari terus aku relax jap berblogging. Mana taknye lain dirancang lain pulak yang jadi...! inilah lumrah pemancing yang baru nak mengupgrade kan dirinya cam aku daripada amatur ke tegar.

Mula-mula rancang nak ke Tokong burung.Dah 3 minggu aku kompom dengan tekong bot dan diapun bersetuju dengan bayaran RM700.(umpan dan makanan bawa sendiri) Sampai jer hari turun ke laut sambil minum dengan tekong tu kat kedai kopi di Penyabung pelan2 tekong tu sound RM700 tak lepas dah la ni nak gi tokong burung! Itu yang buat aku heran tu, padahal 3 minggu sebelumnya dengan tekong yang sama jugak aku gi Tokong Burung dengan bayaran RM700 (walaupun pada awalnya perjanjian RM600 jer...maka terkial-kial lah kami mengumpul duit lagi bagi mencukupkan bajet). Kali ni tekong tu buat hal lagi...dia nak naikkan lagi sewa bot. Kalau awal2 dia maklumkan tak lah menjadi hal sangat (walaupun berat ) tapi bila dia buat begitu last2 minit aku mula rasa tertipu dan dia seolah2 cuba mengambil kesempatan di saat aku dan kengkawan dah sampai ke situ dengan peralatan memancing! Tambahan pulak aku lah yang menguruskan trip yang disertai oleh member KL yang baru jer nak cuba bermain di laut!

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak berkompromi dengan tekong tersebut (padahal aku selalu ke laut sewa bot dia). Sampai mana dengan RM700 pun lantaklah. Akhirnya turun lah kami ke laut tapi setakat Karang Acheh je. (tempat yang selalu aku gi dengan fiber enjin 6 kuda!) Dah tak leh buat ape aku dengan geng2 pun layan jer le. Unjam takde,tukun pun takde.Masing2 yang konpius dengan perjalanan trip kali ni pun buat2lah semangat memancing. Sebagai penganjur terasa jugak bersalah di hati tapi nak buat camne...ni bukan bot aku. Dalam 8 orang yang ikut serta hanya seorang dua je yang merasa menarik ikan. Itupun haruan tasik dan Yu bodo je! Tak ke sedih gitu...! Trip kami kali ni dikira gagal. Memang sudah suratan jadi begini dan kami redha dengan ketentuanNya.

Sebagai pengajarannya aku rasa nak serik dah jadi penganjur yang tak bergaji ni... dan yang paling penting pastikan tekong yang dipilih orang yang jujur dan memahami kehendak pelanggan.Pastikan harganya betul2 sebelum terlambat.Aku yang kompom melalui telepon sebanyak 3 kali berkenaan hargapun terkena apatahlagi mereka yang tak beringat! see u!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |