JEMUDUK BLOGSPOT KINI BERSIARAN JUGA DI FB JEMUDUK BLOGSPOT..chekidiout!
Menjejak Lubuk
Posted by
admin
on Thursday, September 12, 2013
/
Comments: (0)
Setelah kian lama menyepi kini jemuduk bspot kembali berblogging.
Aksi terbaru komplot ke lubuk Sebarau di Bukit Ibam , Pahang. Sebuah 'bandar' yang terkenal dengan perlombongan emas dan bijih besi di Malaysia.
Sebarau masih ada , namun sering demam akibat kelodak lumpur sisa perlombongan. Sampai bila sungai di sini mampu memelihara hidupan isi perutnya tidaklah diketahui.
Pun begitu , rasa gundah sedikit terubat dengan sapaan seekor dua sebarau walaupun tidak semewah dulu.
Tongkol tepi Highway
Posted by
admin
on Friday, October 19, 2012
/
Comments: (0)
'Pelik tapi benar. Puluhan pengguna lebuhraya Rompin-Muadzam
berpesta mengutip ikan Tongkol di tepi jalan. Kejadian aneh ini membuatkan
suasana hingar-bingar di tepi jalan tersebut. Ada yang berguni , ada yang bawa
tong da nada juga yang memenuhkan bucket hilux mereka dengan tangkapan mudah
tersebut.'
Peristiwa sebenarnya berpunca daripada kemalangan yang
melibatkan Treler yang membawa 12 tan ikan aya@tongkol mengalami kemalangan misteri
setibanya ditempat kejadian.Menurut pemandu treler terbabit ada ‘lembaga’ yang
melintas di hadapan kenderaannya membuatkan beliau menghentikan kenderaanya
secara mengejut. Tindakannya itu mengakibatkan ratusan tong ikan dibawanya
menggelongsor dan memecahkan dinding trelernya.
Bersepahlah ikan dari birai jalan ke seluruh kawasan seluas
50 meter.”Ikan boleh ambil,tong pulang balik” .offer drebar lori tersebut. Maka
berpestalah pengguna lebuhraya mengutip ikan.
RPBIC perlu penambah baik?
Posted by
admin
on Tuesday, June 26, 2012
/
Comments: (0)
Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) acara tahunan yang di adakan di perairan Rompin khabarnya sekali lagi akan beracara seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Memang high-class event ini telah berjaya menarik ramai kaki pancing professional dari serata ceruk dunia.
Ada beberapa perkara yang boleh saya sarankan sebagai penambah-baikkan kepada acara besar ini. Antaranya penyertaan dari peserta tempatan masih agak kurang. Apakah kita tidak cukup ramai penghanyir yang berani bersaing dengan Mat@Minah Saleh dari luar negara? Antara faktornya ialah promosi yang kurang berjaya. Ada anglers dari Rompin dan kawasan sekitar sendiri yang tidak sedar adanya pertandingan yang sebegini ulung di Rompin ini. Penganjur seharusnya menggunakan media secara maksimum untuk menaikkan lagi graf pertandingan ini. Iklan di TV dan akhbar harian secara berterusan tentu akan menjadi buah mulut bagi para pemancing.Sesuailah dengan statusnya sebagai pertandingan antarabangsa.
Faktor yang tidak kurang pentingnya ialah hadiah!. RM15 ribu bagi tempat pertama amat jauh berbanding hadiah juara pertandingan di kolam air tawar yang mampu mencecah RM50 ribu bagi tempat pertama. Saya tidak fikir kos menjadi masalah utama untuk menaikkan nilai hadiah kerana penganjuran event ini mendapat tajaan daripada pelbagai pihak dan agensi yang besar-besar!. Ada anglers yang menjadi participant bersuara sinis perihal hadiah yang tidak setimpal dengan kejohanan besar ini. Seharusnya lagi besar hadiah makin ramailah peserta luar dan tempatan yang akan turut serta dan seterusnya menjana aktiviti pelancongan negara dan memperkenalkan Rompin sebagai satu destinasi pelancongan rekreasi dan sukan.