Trip Kual Rompin

Tarikh : Baru je semalam
Lokasi : Kg Lanjut , Rompin
Umpan : Udang Hidup dan udang pasar
Ulasan : Walaupun di sini seakan sudah menjadi lokasi tetap tapi trip kali ini tak berapa mengena. Air jernih sangat kut??

Boya Kuala. Panduan penting kepada para nelayan. Di lokasi ini juga terdapat monster yang bermastautin.

Senarai harga udang untuk memudahkan pembeli
Ustaz joe melayan asakan Jenahak
Kerapu juvana
boleh baby gak!

beria nengok cam la udang tu boleh pilih..hi..hi

Otai kakap Kuala Rompin

Sayang...jeti kompleks sukan ini sudah hampir setahun dibenami pasir akibat tengkujuh yg lalu. Apa tindakan pihak berwajib agaknya??

snakehead hunter




Walhasil Pancingan Pelantar minyak

Latest trip to offshore. unfortunately i m not a part of them. Just two members of our team re involved tapi saat keceriaan ini dapat kami rasakan bersama.Member belasah jemuduk bro!!!

Pok Su dengan trofi Jemuduk Pelantar Minyak. Banyak lagi tu tapi enter frame yg beso jer!

igloo 90L penuh for each person! berbaloi-baloi!

Siap offer kat pasar lagi...

Bro Mat Boyen peraih ikan tersohor di Muadzam sedang memilih ikan untuk jualan

Mi Ayam pun enter frame jugak..hi..hi..

Memancing : Mengapa seronok sangat?

Ramai yang boleh memancing dan ramai yang menyatakan minat  memancing. Hobi hanyir dan lasak ini ternyata dikongsi seantero alam dengan pelbagai kaedah dan deskripsi masing-masing.
Saya memancing kerana saya rasa seronok melakukannya. Dapat atau tidak ikan itu bukan halnya. Hasil tangkapan itu cuma kekadang menjadi penanda aras tahap kecekapan dan rezeki yang telah ditentukan tuhan.
Seronok rasanya itu bukan semasa melontarkan jig atau menghulur umpan hidup ke laut mulanya tapi apabila mula bercerita tentang cadangan sesuatu trip pun sudah mula menampakkan keterujaannya. Seronok itu nikmat yang sukar di gambarkan ghairahnya..hi..hi.
Tapi Kadang-kadang memang ada rasa kebosanannya apabila umpan yang diperam langsung tidak dipedulikan walau sudah berjam lamanya menunggu. Apatah lagi arus mati atau umpan yang diingini tidak mengikut spesifikasi. Jemu , bosan dan lemah semangat kekadang. Namun itu sebahagian tarbiyyah dalam menghayati erti memancing yang sebenarnya.
Kalau kita boleh mengekalkan tahap keterujaan kita dalam setiap waktu dalam kehidupan dan dalam segala hal yang kita lakukan sebagaimana perasaan kita sewaktu memunggah barang ke bot sewaktu ingin ke luar ke laut sudah tentu kita boleh menjadi seorang yang hebat dalam kehidupan.InsyaAllah.

Trip ke Pulau Seribuat

Trip ringkas satu hari satu malam ke lokasi yang agak lama kami tidak kunjungi. Jika di sebelah Penyabung , Johor Kepulauan seribuat yang terdiri daripada beberapa gugusan buah  pulau adalah lokasi pancingan utama para pemancing dan nelayan di sini. 

Satu masa dulu memanglah di sini umpama lubuk bagi ikan-ikan saiz sedang dan bagak. Namun dari sehari ke sehari menurut apa yang saya difahamkan amukan pukat tunda yang entah dari mana meratakan habis kebanyakan dasar lautnya mengangkut segala terumbu , tukun dan ikannya ke perut bot pengusaha yang tamak haloba mengakibatkan para nelayan dan pemancing tempatan/luar makan hati dibuatnya.

Menurut seorang bekas tekong yang sempat kami temui , sekarang membawa pemancing yang menyewa bot ke laut lebih lumayan dari menjadi seorang nelayan tradisional. Bukan tidak ada usaha untuk menggalakkan ikan yang dijalankan seperti pembinaan tukun tiruan dan sebagainya namun barangkali kawalan atau penguatkuasaan ke atas bot-bot pukat tunda yang tidak mematuhi peraturan memukat  agak longgar membuatkan hasil laut lebih banyak masuk ke kantung mereka daripada nelayan tradisi/tempatan.

Trip kali ini kami menggunakan bot gentian kaca yang di tarik oleh 30 ekor kuda bergelar Yamaha.  Mi ( Tekong ) , Pok Su ( Jurusauh ) , Din ( Penolong Jurusauh ) dan saya ( tukang start enjin sekali-sekali bila mi sakit tangan ) sepakat bertolak ke Pulau Seribuat berjudi nasib sebagai pemancing tegar. Arus sangat perlahan dan kekadang langsung mati di tambah pula dengan 'belaian' angin Barat dan Selatan sekali-sekala seakan boleh menggambarkan keputusan trip. 

Pelbagai kaedah yang kami gunakan antaranya Jigging , drifting dan membottom.Hanya Pok Su yang berjaya menjigging Jemuduk berskala 6.5 kg yang menjadi si bagak tunggal trip ini. Yang lain hanya catch and release ( putus , rabut la tu ) Ikan-ikan kecil banyak la...Kerisi , Tetambak , Tetanda dan Kerapu  menjadi talian hayat yang menyelamatkan dari sindiran isteri rumah..hu..hu.



Pulau Tansu...Taman Laut nih!

Bot yang membawa para pemancing...

Pok Su melayan asakan Jemuduk , tapi sayangnya gambar hilang dari kamera digital saya ( bukan sabotaj ye )


Layan Jig

Din

Yang ni jemuduk kecik


Pembahagian wal-hasil

Anak mi dengan jemuduk bagak hasil pancingan Pok Su
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |