Mission Failed!

Ha..ha..Semalam dengan Pok Su bukan main lagi kami pagi-pagi lagi bertolak ke Nenasi. Lepas Subuh terus je standby kat umah tunggu Pok Su datang ambil. Kononnya nak casting MJ ( bukan Mak Janda ya..) kat sana.

Bertolak dari umah cuaca ok jer tapi sebaik sahaja memasuki simpang Merchong hujan turun renyai-renyai sampai ke Nenasi bukan lagi renyai-renyai tapi boleh banjir dibuatnya. Peluang keemasan itu saya gunakan sebaik mungkin untuk terus tidur!!..ha..ha. Pok Su terus driving sampai ke spot memancing.

Hujan tidak ada tanda-tanda ingin berhenti sehingga pukul 8 pagi dan kami macam anak burung duduk dalam kereta di tepi spot yang juicy! Air sungai makin keruh dengan kelodak dan lumpur. Akhirnya kedua-dua kami lena diulit hujan!

Pukul 9 lebih agaknya baru saya terjaga. Rupanya Pok Su sudah menghunuskan senjatanya di tepi sungai. Saya yang masih mamai segera mencapai set casting dan turut serta. Cuaca dah cukup cantik tapi air sungai melampau keruhnya.Itulah hasil dari penebangan hutan yang melampau di hulu sungai.

Satu masalah lagi jaring telah berselirat merentang sungai.! Ayo!! sejak tempat ini meletup dengan ratusan Siakap tewas di tangan kaki pancing ada pula yang mengambil kesempatan mudah dengan menagang jaring betul-betul merentang sungai dari seberang ke seberang! Bukan satu atau dua tapi amat banyak. Apabila air surut maksimum akan kelihatan jaring mereka merentang bagai pesta di aras air surut! Serba-salah dibuatnya bila kena kes begini. Patutla mereka tagang jaring ditengah aliran sungai kerana ingin mengelakkan jaring mereka dipenuhi sampah dan kayu hanyut!! Haru rasanya.

Tapi kumpau itu tidak membantutkan hasrat kami utnuk ke Pelan B. Casting Haruan pulak. Lokasinya satu kawasan ladang sawit di Rompin. Cuaca telah mula panas terik ketika kami sampai ke sana. Agenda casting diteruskan walaupun ikan lebih banyak bersembunyi diri di lubuk dalam. Panas agaknya. Hanya sekali set BC saya direntap oleh si Juvana namun tidak lekat. Begitulah hingga ke waktu Asar dan kami dah penat untuk mencari lubuk lain.

Pelan C pun bermula...Gi bazaar Ramadhan daaa....Shopping juadah untuk berbuka.

Trip yang tidak dirancang rapi sebegini selalunya menemui ke`kumpau'an (istilah angler siap dengan imbuhan tu..)Tapi tak semestinya setiap trip perlu dirancang terlalu rapi...tidak adventure la pulak! Ada masanya trip santai on the spotpun membuahkan hasil yang amat membuahkan. Pokok pangkalnya skil dan rezeki daa...

"Kumpau hari ini tidak semestinya kumpau lagi esok!"

Mancing-mancing jugak pose jangan tinggal bro!!

Rezeki Ramadhan

Dah jadi kaki pancing tegar ni kekadang naluri unutk memancing datang tidak kira masa. Cuma menjelang Ramadhan ini jadual memancing terpaksa dikurang dan dipendekkan untuk memenuhi pengisian di bulan yang penuh keberkatan ini.

Rugi bro kalau tak ambil kesempatan untuk menghayatinya.Sewaktu bertemu kengkawan selepas terawih di kedai Sahabat Seafood muadzam pada malam minggu yang lalu sempat jugak kami pakat-pakat untuk turun ke Kuala Rompin untuk pancingan santai sempena Ramadhan. Sehari sebelumnya Pok Su dan Ustaz Joe kenduri ikan dengan pelbagai spesis di situ. Antaranya jenahaj , kerapu dan Siakap!

Berpakatlah kami untuk mengulangi kejayaan tersebut dan terpaksalah Gemuk mengkenselkan kerja di hari minggunya. Dengan enjin berkuasa 2hp dan bot fiber 14kaki cukuplah untuk kami menggempur port di seluruh kuala pada hari tersebut.

Cuaca yang agak panas membuatkan kami tidak begitu teruja untuk memancing pada hari tersebut. Maklumlah puasa ni macam-macam ujiannya hi..hi.Kami mendapatkan udang hidup daripada seorang penjual umpan dengan harga seringgit untuk 3 ekor. Jarang boleh jumpa sekarang orang jual umpan semurah ini. Berbekalkan 90 ekor udang hidup , sedikit udang pasar dan 3 ekor sotong kami gagahkan juga untuk turun ke laut.

Gemuk yang paling ekstrim dalam membawa peralatan pada hari tersebut. Dengan joran Shikari di padankan dengan Brazinno bukanlah lawan untuk memancing spesis `anak’ di kuala.” Lama tak guna..” katanya. Itu belum lagi dengan reel Shimano dan rod xzoganya...hantam sajalah Gemuk! Sementara saya hanya membawa kekili banax dan joran abu tournemant serta BC bluemax dan joran pro tech 25paun. Pok su pun berbekal dengan BC Daiwa/protech yang semalamnya telah berjaya menaikkan siakap 5 kg.

Alhamdulillah walaupun kami turun sudah agak lewat tapi berjaya juga kami mendaratkan beberapa ekor jenahak , tetanda , kuku dan ikan sebelah. Tidak ramai pemancing yang turun pada hari tersebut barangkali kerana cuaca yang agak terik. Hanya ada dua tiga buah bot pemancing tempatan yang bersama kami mencuba nasib.

Tangkapan walaupun sedikit tapi lebih dari memuaskan untuk pancingan di kuala. Sempat jugak pada malam tersebut pekena sweet-sour dengan hasil pancingan seharian...Perrggh!

Menilai keadaan...


Sabar menanti



Brazinno vs ikan sebelah



Kerapu yang selamat di sweet-sourkan



Saiz sebegini paling banyak



Jeti Kg Pantai Bernas , Kuala Rompin

Siakap Kuala Rompin


Siapa sangka Kuala Sungai Rompin yang kebiasaannya menjadi laluan bot nelayan keluar ke laut mempunyai spesis siakap yang bagak-bagak!

Buktinya Pok Su Din yang lebih dikenali sebagai forumer Anoklicoh diDNA forum telah berjaya menaikkan spesis berkenaan yang hampir mencecah 6kg! Besar tu bro! Saya yang tidak berkesempatan mengikuti trip pada hari tersebut terpegun dengan tangkapan yang hebat ini. Menurut Pok Su beliau hanya menggunakan BC dan perambut 20paun untuk menewaskan raja muara itu.

Sudahlah perambut kecil tali sulamnya pula pendek , terpaksalah sauh di naikkan untuk melayan asakan MJ tersebut. Akhirnya berjaya jugak ianya di naikkan. Tahniah Pok su.

Aku , pancing dan laut!


Jenuh dan hamun rasanya jika tidak ada aktiviti memancing. Sejak Ramadhan ini baru sekali pergi casting haruan. Itupun dari jam 6 ke 7 petang sahaja sementara menunggu berbuka. Dapat jugaklah rasa karan walaupun tak merasa bergambar.

Ini tak boleh jadi , esok kena cari port yang baik untuk melabuhkan pancing. Kalau boleh ke Kuala lagi Syok! Main jenahak , kerapu dan Siakap!


Buat la Kelab bro!

Tak sangka rupanya ramai kaki pancing di bumi Malaysia ini. Menurut kajian hampir 7% rakyat Malaysia berminat atau menyertai aktiviti pancing. Itu sudah ramai bro!! Tapi mengapa tidak banyak kelab-kelab ekslusif atau kecil-kecilan yang kita ketahui?

Sambil pekena moreh lepas terawih hinggap jugak persoalan ini di kepala saya. Di kalangan sahabat handai kita sudah tentulah ramai kaki pancing yang pantang bertemu aje terus tanya perkembangan trip terbaru. Paling tidak bertukar-tukar cerita kumpau masing-masing sambil berpakat bersekali turun ke laut atau paya.

Hmm...bukankah mudah di kelompok kecil ini ada satu pengurusan dan perancangan yang baik!? Ahlinya bukan orang lain tapi sahabat sekepala yang sudah kenal hati-budi masing-masing. Jadi sekaranglah perlunya kita membuat anjakan paradigma. Anjakan dalam cara mengurus sesuatu trip atau event supaya lebih licin dan tersusun. Buat lah kelab.

Walaupun barangkali diperingkat awal ini hanya ada 5 atau 6 orang anglers namun itu permulaan yang cukup baik. Maknanya kita ingin menjadikan hobi memancing ini sesuatu yang lebih bermakna dan mendatangkan manfaat kepada kita. Selain merapatkan ikatan persahabatan dapat juga bertukar-tukar kemahiran antara satu sama lain.

Dengan berpersatuan macam-macam hal dapat di mudahkan. Baik dari segi perancangan awal trip , perjalanan aktiviti , perkongsian tugasan , pencarian maklumat dan yang penting penjimatan kos yang amat ketara sudah tentu dapat di rasakan. Kutiplah yuran RM10 sebulan katakan daripada 10 orang ahli kelab...Setahun kita sudah RM1200/= Itu sudah lebih dari cukup untuk trip dua hari satu malam ke laut di sebelah Rompin dan kepulauan Tioman!

Maklumlah sambil-sambil casting Haruan dan Sebarau setiap minggu sekali-sekala kenalah pergi jauh sikit ke laut bro!

Hi..hi..Adios!!



SELAMAT BERPUASA ALL ANGLERS!

Ramadhan datang lagi...bulan yang dinanti oleh sekalian hambaNYa yang soleh. Allahhuakbar! Allahuakbar!Allahuakbar!

Besarnya kekuasaan Allah yang mengatur perjalanan sekalian makhluknya. Besar juga rahmat Allah yang memberi kesempatan kepada kita yang dapat ketemu dengan Ramadhan 1431H ini.

Terasa benar usia ini kian meningkat dan memendekkan baki umur yang ada. Bilakah lagi masanya untuk kita meningkatkan amalan yang ada jika tidak sebulan yang melebihi keberkatan seribu bulan ini.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada rakan-rakan anglers di Malaysia , Singapore , Brunei , Indonesia dan serata dunia. Rebutlah peluang untuk mengerjakan solat-solat sunat yang diberi ganjaran seperti solat fardhu dan janganlah ketinggalan untuk mengikuti setiap majlis ilmu/tazkirah yang dianjurkan dimasjid dan surau. Semoga kita beroleh kemantapan akidah dan rahmat dariNya.

...akhi jemohid 10.18 malam 1 Ramadhan

Gambar-gambar RPBIC 2010

RPBIC berakhir sudah. Masing-masing sudah tahu apa kesudahannya. Ada yang tersenyum leret dengan kemenangan dan ada juga yang ralat di hati akibat kekalahan. Itu sudah adat pertandingan bro!!! Relakslah hi..hi.

As one of the marshall saya secara amnya berpuashati dengan pengurusan dan perjalanan international event ini terutamanya dengan kecekapan Persatuan Memancing Malaysia (PEMM) mengendalikannya. Tahniah RG, James , Janet dan the others , specially the marshall’s which working hard and professional to make this compete succesfully!

Bagi kengkawan yang ingin mencuba nasib di Rompin kita jumpa tahun depan InsyaAllah! Mana tahu kut-kut hadiah yang yang bakal ditawarkan lebih lumayan sepadanlah dengan status internasionalnya...

Ni saya paparkan antara aksi selama dua hari tersebut :

Marshall...sessi taklimat dan mengisi borang insuran


Penaja menyumbangkan pelbagai barangan keperluan marshall


Buku log , sticker , bendera dan makanan


Sambil menunggu bot peserta...sembang-sembang dulu


Setahun sekali Kuala Rompin beroleh kemeriahan sebegini...


Tekong menaikkan Sailfish ke bot


Hook up by participants...pompuan tu bro!


Siapa kata tangan yang menghayun buaian tidak boleh menghayun layaran?



Ini buktinya...




















Lens Error!?

Tentu sahabat yang pernah memiliki kamera digital mengalami masalah ini. Kamera , teman karib pemancing tegar sudah tentu sentiasa bersiap-siaga di dalam beg pinggang kita. Dengan bantuan teknologi inilah saat-saat manis dapat di rakam sebagai bukti mata dan kenang-kenangan dalam hal-hal yang tertentu.

Tapi sudah lumrah teknologi manusia sentiasa ada kelemahan. Kamera saya nikon cool pix S220 beragam bebenor akhir-akhir ini. Asyik menunjukkan isyarat `Lens Error’ setiap kali di on kan. Hei geram betul di buatnya apatah lagi disaat-saat akhir ke acara RPBIC yang akan berlangsung.
Puas ketuk dan tengkuh , dah blow dengan air-compressor habis taktik dah pakai tapi masih belum pulih.

Barangkali sahabat-sahabat ada tip yang berguna untuk saya membetulkannya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 jemuduk.blogspot.com |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.

Share |